Pages

Thursday, March 4, 2010

TGNA masuk hospital

Salam Sejahtera,,

Disebabkan kekecohan berita lompatan katak-katak, berita pimpinan yang masuk hospital terpinggir, rupanya TGNA dah masuk hospital. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan TGNA yang kita kasihi pukih seperti biasa.. Insyaallah..

Nik Aziz masuk hospital

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, selepas mengadu sakit dada, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Setiausaha akhbarnya Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika menjalani pemeriksaan di klinik jantung universiti itu, Nik Aziz merasa sakit di dada sebelah kiri.

Nik Aziz kini ditempatkan di wad orang kenamaan di hospital tersebut, tambah Ahmad Fadhli kepadaMalaysiakini hari ini.

Masalah kesihatan Nik Aziz itu dipercayai menyebabkannya tidak dapat menyambut Sultan Kelantan yang berangkat pulang hari ini dari mendapatkan rawatan perubatan di Singapura.

Ditanya tentang tahap kesihatan semasa mursyidul am PAS itu, Ahmad Fadhli berkata Nik Aziz semakin pulih.

“Pukul 12.00 tengah hari tadi saya melawat beliau. Keadaannya
alhamdulillah bertambah baik. Sudah (boleh) baca surat khabar.”

Tambahnya, Nik Aziz dijangka dapat keluar daripada wad dan bertugas seperti biasa tidak berapa lama lagi.

“Tengoklah dalam dua, tiga hari lagi,” kata Ahmad Fadhli lagi.

4 comments:

  1. Bukannya apa mm , bagi alasan agar tak payah sambut sultan balik dari singapore je tu.... penipu jugak ye nik aziz nyanyuk ni

    ReplyDelete
  2. mentang2 dah ada ura2 nik ajis akn dipanggil mengadap sultan pada hari tu..si ajis ni jatuh sakit lak...muskil aku dgn ajis ni....sblm ni bkn main sihat lagi...habis satu mlysia nik ajis round sblm2 ni xde lak nak sakit...

    ReplyDelete
  3. aik nak kena approval jugak ke...kah kah kah

    ReplyDelete
  4. wuuikh...joostspring pun ada...kah kah kah

    ReplyDelete