Pages

Sunday, April 11, 2010

Cakap Tak Serupa Bikin Dari Ulama Songsang..

Salam Sejahteraa..

Huh.. hebat hari ini, dalam kolum rencana Mingguan Malaysia hari ini 11 Apr 2010, Tuan Mufti Negeri Aku menulis kolum yang sebelum ini di tulis oleh Dr Asri.

Tajuknya "Ulama Bukan Pak Turut"

Entahlah, betuikah mufti yang tulis, atau orang lain yang tolong tulis, atau pun apa yang dia tulis tu ia faham ka tidak dengan apa yang ia praktikkans selama ini...





Baca seterusnya DI SINI


Aku malas nak ulas apa yang Tok Mufti negeri aku tu tulis, mampuih pi la,,, dia nak bodek ka, puji menteri ka itu dia punya pasai...

Tapi semenjak selepas PRU12 yang lalu, setiap kali Sidang Parlimen, si anak Cina ni yang juga ketua Pemuda DAP dan Ahli Parlimen Rasah, kalau dalam Parlimen ucapan-ucapannya mesti dia mempertikaikan aktiviti judi kat Malaysia,,

Yang terbaharu, dalam sidang Parlimen dua tiga hari lepas ia mempertikai lagi Kementerian Kewangan yang meluluskan 26 cabutan khas "Special Draw" dalam sebulan...Aku tak tau kenapa dia ni begitu fobia dengan judi....

Jadi aku harap Tok Mufti biarlah jelas sikit, kalau setakat yang dok pi kalung bunga kat tugu tu Menteri-menteri dan Panglima ATM dan KPN sahaja yang terlibat, tetapi bab judi ni berapa juta rakyat Malaysia yang terlibat, bermula dari Raja-raja Melayu, tak payah cakap raja mana, ahli Politik UMNO, dan ramai lagi orang-orang Melayu yang terlibat...

Janganlah sekadar meletak label "Judi Haram Untuk Orang Islam kat Kedai- Kedai Judi Halal" tetapi keputusannya masih keluar kat muka-muka akhbar Berita Harian, Utusan Melayu, Metro dan bermacam-macam lagi akhbar Melayu..Orang Cina dan India jarang-jarang sangat yang nak beli akhbar Melayu.....!!!!.

1 comment:

  1. Ualam ada 2 kategori satunya ulama baik dan satu lagi ulama jahat....

    Pandai-pandailah kita menilai mereka dengan ilmu agama untuk mengelakkan kita daripada berlindung di bawah payung ulama jahat ni...jangan nilai ikut perasaan dan nafsu.

    Ulama jahat ini..kata orang tua-tua adalah diumpamakan sebagai "ular dalam semak" kalau kita jumpa elok kita palu saja habis cerita.

    ReplyDelete