Pages

Monday, May 17, 2010

Tahniah Tokeh Garam Bukit..


Salam Sejahtera...

Malam tadi aku dapat tiduk dengan penuh kepuasan, puas kerana tumpang seronok BN dah kantoi di Sibu... ha ha... baru ada akai.... Berita TV1 jam 11.00 malam baru depa nak umum, itu pun yang dapat dengak dari pegawai Pengurus PRK hanyalah majoritinya sahaja.. kemudian yang akhirnya baru umum ahli DAP menang...

Pagi ini pulak, rancangan MHI TV3, aku tunggu nak tengok tajuk akhbar-akhbar, semua akhbar melayu satu pun tak dibacanya oleh pengacara Wardina dan Fitri, bila akhbar Strait Times baru dibacanya, apakah ini arahan dari penerbit yang takut kena pecat seperti penerbit TV2 dan NTV7 yang diberhentikan 24 jam.

Namun dalap pada itu, sempat juga si Wardina menyindir.. baguih katanya ada PRK ni, harap-harap lepas ni ada lagi..., apa maksudnya wallahhuaklam.

Baru aku teringat..,sebelum ni aku ada baca ramalan forecast dari Pak Akop idola baru MSK, nampaknya Pak Nawi sahabat MSK dah senyap dilupai MSK disebabkan kehebatan Pak Akop... MSK cukuplah dengan ramalan tu, kerana agak-agaknya tiada lagi PRK, nak tunggu kes Gobala dengan Tian Chua nampaknya pakai tak adalah,, kalau macam ni punya pukulan...tanya Pak Akop tu, bagaimana PKR selepas ni,,,apakah Anwar ke dalam sekali lagi!!

Tahniah buat pengundi Sibu, nampaknya anda lebih hebat cerdik dan matang dari pengundi melayu hulu Selangor, walaupun anda tinggal dirumah panjang berbanding melayu felda di Hulu Selangor. Kalau YB-YB PKR yang melompat TGNA menyifatkan belum akil baligh, tetapi buat pengundi Melayu bengap Hulu Selangor yang mengundi BN aku sifatkan mereka belum lagi mumayiz, tak dapat membezakan yang mana lebih sesuai jadi calon mereka....

Syabas!! Bravo Zulu buat Pengundi Sibu, anda membuatkan Najib tersedak sakit anak tekak, budget makin bertambah kerana nak cukupkan quota 2/3 ahli parlimen..., bagaimana lepas ni nak hadapi PRU DUN Sarawak yang dah pun matang,, kesian kat Mahyudin Yassin, selalu TPM memegang Menteri KDN atau pun Menteri Pertahanan, ini Menteri pi jaga budak sekolah, apa cerita, nak harap Cikgu-cikgu sokong dia,,, adalah.. cikgu-cikgu yang ajk umno cawangan-cawangan, berapa kerat, apa kuasa yang ia ada, berbanding dengan Hisyammudin yang jaga PDRM, dan lain-lain lagi agensi penguatkuasaan...., dengar cerita Najib sendiri nak pejatuhkannya, agar mudah Hisyamuddin sepupunya mengambil tempat, dan selepas itu baru Mukriss anak Mahathir pula,,,nampaknya legacy takta Malaysia juga adalah kroni anak bapa sahaja,itu pun kalau sempat,,, kesian Muhyidin, awak bakal senasib dengan mentor awak Musa Hitam, Ghaffar Baba dan DSAI, hanya setakat Timbalan PM sahaja...


1 comment:

  1. tu la dia politik malaysia.. main passing kat anak beranak sepupu sepapat!!.. nasib baik 'menantu' tak masuk dalam senarai ! kalau tidak lagi kacau!

    ReplyDelete