Pages

Monday, June 7, 2010

Aktivis Kemanusiaan Gaza VS Kumpulan Mujahidin Malaysia.

Salam Sejahtera....

Sekarang ini di Parlimen tengah dok bincang usul PM mengutuk Israel, Ketua Pembangkang tengah membahas usul tersebut.

Sebelum ini TPM berucap menyokong usul PM tersebut, disamping bersuara dengan menganggapkan ke12 orang aktivis yang pulang pagi semalam sebagai wira negara, mesti diberi pengiktiran yang sewajarnya terhadap mereka diatas keberanian mereka.

Baguihlah, aku pun setuju dengan cadangan TPM tu, tetapi nak tanya sikit, kenapa hanya pada mereka, apakah sebab ini semua pergi tajaan PM dan Mantan PM Mahathir...

Kenapa beberapa tahun yang lampau, ketika ramai rakyat Malaysia Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang pergi membantu negara Afghanistan menentang Russia tanpa tajaan mana-mana Menteri atau individu, pergi dengan penuh tanggungjawab dan inisiatif sendiri membantu keatas saudara seagama, apabila selesai peperangan Russia Afganistan, anggota KMM yang pulang, kenapa ditahan di Kem Tahanan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) di Kemunting, bukan setakat 2 tahun, malah lebih lama dari itu...

Apakah Kerajaan Malaysia hanya bersedia menghantar sukarelawan sebagai aktivis kemanusiaan hanya untuk mebantu dari segi kesihatan dan makanan sahaja, dan bukan sebagai bantuan tentera jihad Islam berperang menentang penjajah kuffar.......

No comments:

Post a Comment