Pages

Monday, June 21, 2010

Haji Jamaliddin Yayasan Amal...

Salam Sejahtera...

Malam minggu yang lepas, satu ceramah mengenai pengalaman oleh anggota Misi Keamanan Malaysia di adakan di Surau Taman Terus Maju Setiawan.

Pada mulanya malas nak pegi, sebab letih balik makan kenduri dari Manong, pukul 5 lebih baru sampai rumah, tetapi bila mengenangkan penceramah dari jauh boleh datang, kita yang dekat tak pergi meraikannya.. apa hal...

Aku sampai pun dah 8.00 lebih dah, dah lama dah ceramah bermula yang disampaikan oleh Tuan Haji Jamaliddin Elias, Timbalan Yayasan Amal Malaysia, ceramahnya siap dengan pertuntukkan gambar dan filem mengenai misi dari Malasyia yang sempat aku tengok bermula di Turki sehinggalah misi pelayaran kapal Mavmara ke Gaza.

Banyak cerita-cerita yang menarik dari beliau, tetapi aku nak cerita dua sahaja,, yang pertama menurut Haji Jamaludin, komando Israel nisewaktu melakukan serangan keatas mereka di kapal dalam perjalanan tu penakut, penakut sungguh, walau pun senjata dua tiga jenis mereka memiliki, samapai tahanan melihat wajah mereka pun mereka tak bagi, serangan ke atas mereka di kapal tu menggunakan beratus-beratus anggota untun menahan sebuah kapal yang tak bersenjata...., bila dia sebut bab penaku macam tu, he he teringat aku kat UMNO, pun penakut pahit.., harap berani bila nak menghadapi PRK dengan menggunakan polis, SPR dan segala benda harta kerajaan...

Kedua mengenai kalimah sebutan takbirrr, Allah Hu Akbar, jangan main-main dengan sebutan tu, memang menimbulkan kegerunan dari pihak musuh, dan semangat mereka pun naik.., ha ha.. itu pasal penyokong PAS dok mengamalkan tu,, nak lawan dengan toghut UMNO ni pun sama jugalah dengan isreal...

Kemudian pengakuan dari Haji Jamaludin, mengenai segala derma-derma yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia, mereka sampaikan kepada kumpulan Hamas sendiri, itu pengakuannya.

Sebab utama yang aku nak pergi dengar ceramahnya ialah, ada dua tiga blogger kekawan kita sebelum ni ada mengatakan yang Haji Ibrahim ialan yang selalu dok komen dalam blog-blog termasuk blog aku, jadi malam tu selepas habis sembahyang sunat Isya, aku terus pi dekatnya menanyakan sendiri padanya, apakah benar seperti yang diceritakan oleh 2-3 blog sebelum ini, tetapi rupanya salah orang, beliau berkata bukan dirinya....

Kemudian nak hilang malu disebabkan pi tanya soalan bodoh tu, aku tanya lagi,, ada kosong lagi ka untuk yang berminta nak ikut serta dalam kerja-kerja amal ke Palastine tu, beliau kata ada, namun tak sempat cerita lagi, masuk seorang jemaah tanya lain soalan pulak, tak sempat nak jawab soalan aku tu...

Di sini aku menyeru buat pembaca, sesiapa yang mempunyai rezeki berlebihan boleh lah menderma ke Yayasan Amal tu, kerana sedekah, derma amal jariah dari semua masyarakat amat-amat diperlukan mereka untuk tujuan-tujuan amal... No akaun bank ada tertera di kad Haji Jamaliddin tu..No hpnya 019-6644796.

1 comment:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Alhamdulilah , segalanya dah terjawab , so jangan silap lagi .
    Hj Jamaliddin adalah seorang ahli yayasan amal malaysia dan mempunyai isteri . Tapi saya yg tuan maksudkan di dalam blog tuan ialah Hj Jamaludin seorang duda dan berumor 63 tahun. Ahli perniagaan sendirian berhad.

    ReplyDelete