Pages

Sunday, June 6, 2010

Kahwin, Kahwin, Kahwin..

Salam Sejahtera...

Nasib baik dalam seminggu cuma dua hari sahaja cuti am, kalau tiga atau empat hari straight cuti, maka ke empat-empat hari ada kenduri,,, semalam aku dapat 4 jemputan, sempat pergi 3 rumah sahaja, 1 lagi dah tak sempat..., paling seronok musim kenduri bini aku, sebab tak payah masak..

Hari ini pun kena 3 jemputan, tu pun jemputan secara direct kat aku, kalau setakat letak kad jemputan pada papan kenyataan di surau atau tempat kerja, main jemput semua sekali satu tempat kerja atau pakai nama jemaah surau..., aku minta maaf.. memang aku tak pergi...entahlah.. aku tak boleh terima..

Jemputan pertama yang aku pergi tengahari tadi ke rumah jiran setaman dengan aku...


Mungkin ada pembaca yang kenal,,, inilah tuan kenduri pertama, Rahman Tok Guru,,, selalu dia dok berjubah ajaa,,, tapi hari ini punya pasai sampin lengkap yob.... Yang sebelahnya tu, baju batik tu Setiausaha PAS Kawasan Lumut, haji Zul..., semenjak balik Mekah ni, bukan main smart aja...

Rahman Tok Guru ada kenangan nostalgia sama-sama dengan aku sewaktu kami dalam navy disekitar tahun 85-86 dahulu, nama aku dengan nama dia bersama beberapa orang sahabat yang lain seramai 12 orang ada kat Balai Polis Lumut waktu tu, selepas kejadian pembunuhan Assyahid Ibrahim Libya Memali. Puas Guru Agama Pangkalan arwah Allahyarham Ustas Wahid menasihati kami,,, apa tidaknya,, dengan nama Ustaz tu pun ada sekali kena sama.

Seronok waktu tu dok dalam jemaah, Usrah seminggu sekali, Sifu aku dok mai jadi Naqib, sementara kami nak pandai melaksanakan sendiri, selepas itulah, lahir seorang penceramah bebas dari bekas TLDM Ustaz Halim Nasir, sekarang beliau berada di Sungai Petani Kedah....

Sekarang ini selepas masing-masing pencen, cuma aku dengan Rahman Tok Guru yang tinggal di Manjong, geng-geng lain, semua dah balik kampung halaman masing-masing, dan ada yang dah meninggal dunia.. Oleh sebab Rahman ni berasal dari Johor, itu yang bestnya kenduri rumah dia.... Pergghh..


Dapat cenderahati Telur Pindang,, oiii sedap sapa yang pernah rasa,,, yang syoknya lepas tu kalau lepas gas karbon dioksida masing-masing kena tutp hidung lama sikit.. Boleh bagi A+ kat Sahabat aku ni, sebab sekarang ni keseluruhan rumah kenduri dah tak ada bunga telur lagi, Ada yang bagi Muffin, kueh bauhu, sapu tangan, cawan/mug kecik,, semua tu tak syok langsung, aku tak dapat pun tak apa, tapi kalau bunga telur.. sanggup minta..., semalam pun kat Manong, aku minta kat tuan rumah bunga telur,,, he he memang tak malu...

Jemputan kedua selang, dua tiga taman perumahan dari rumah aku..., rumah sahabat aku juga, sahabat sama-sama ahli cawangan.......,



Sahabat ni Che Wan Roslan,,, he he.. umur dia muda pada aku lagi,,, dah boleh menantu dah....tahniah... tahniah....

Disebabkan banyak kenduri kat daerah manjung ni, jemputan-jemputan tak mememenuhi khemah yang disediakan, kalau nak makan pun, ambik lauk main chedok sendiri, tak ada orang nak serve..., sebab masing-masing makan sikit aja... standay untuk rumah yang lain.., kerusi kosong pun tersedua menunggu, tak payah pegang pinggan melilau mata cari tempat nak parking..., tuan rumah pun tak perlu risau, jemputan tak ambik banyak, tentu cukup punya makanan...

Dalam kedudukan perut yang betul-betul fultank, aku terus berlepas ke Batu Gajah pulak, singgah di Air Tawar sembahyang Zohor, jam 2 lebih terus berlepas dengan bini dan 2 orang anak teruna aku.. Sampai pekan Batu Gajah, melilau juga, nasib baik sempat print plant alamat rumah, nak bagi tau,, yang ini aku dapat kad jemputan pun melalui email, lagi special,,, tu yang redah pi jugak..., dapat masuk ke tempat yang disasarkan, nak cari lorong rumah pulak,,, anak aku buat kelam kabut, patah balik, masuk lorong jalan mati, keluar balik,, baru jumpa tanda rumah bila pihak Tuan rumah pelekat nama pengantin, dalam pada tu terlepas simpang nak belok, sampai satu simpang dah nama pengantin lain pulak,, cemas yob, jam dah pukol 3 lebih, bini kat sebelah dah dok beleter dah.., namun alhamdulillah, aku patah balik, nampak kat simpang masuk, rupanya yang sebelah lagi kertas tanda nama dah jatuh..., tu yang aku terlepas tu..,

Aku sampai orang dah tak ramai dah, yang tinggal hanyalah sedara-sedara tuan rumah agaknya, ada seorang jemputan Mat Saleh dah nak balek,, aku sampai nak masuk, tuan rumah terus mai jemput aku masuk,, perrg..lega,, nasib baik tuan rumah masih ingat dan kenal aku,, kalau tidak,, mai jauh-jauh buat tuan rumah tak kenal.. eeeiii,

Lepas tu isteri rumah pun keluar,,, nak tau siapa,,, motherof3mohd.,,, anak lelaki sulungnya yang kahwin..sebab aku ni jenis peramah muka tak malu, tangan gatai pi tulis komen, awai-awai lagi tanya tak jemput ka.., jadi MO3M jemputlah aku, bila dia jemput, aku kut mana pun kena pergi.... .



Nasib aku baik,, ada program nak ambik gambar pengantin, aku pun tumpang toi sekali..., puas MO3m dok panggil anaknya mai possing kat luar...

Ha... inilah anak lelaki dan menantu MO3M, tahniah,,, dah dapat menantu,, sikit hari lagi dah boleh jadi jadi Opah,, kalau dah ada cucu seronok weeihh,, silap-silap blog pun dah sempat nak nulih lagi dah...,

Dalam waktu aku nak balik, ada dua tiga orang tetamu dirumahya menyapa dan menyoal anak jantan aku,,, betul ka, yang anak aku ni masuk program Imam Muda anjuran ASTRO tempohari,,, tersenyum sengih ajalah anak aku mengaku,, aku sendiri tak tau anak aku tu pi mohon minta Imam tu, tau-tau satu malam tu, bertalu-tali SMS masuk tanya, anak, adik, adik ipar, jiran, manalah aku tau, rumah aku pun tak ada ASTRO..,

Tapi sayang anak aku tak dapat,,, mengikut cerita dari kawan-kawan yang nengok, sebabnya pakaiannya rock,,, he he.. rasakan, ayah dengan maknya dok tegur, pakai biarlah kemas sikit.. ini entahlah,, dah ia mimat macam tu... lantak kamu lah.., jangan dok buka aurat pakai seluar pendek dah..

Ughh, rupa macam ni nak jadi tok imam, kalau aku yang tukang pilih pun aku tak ambik..., banyak lagi yang lain...

1 comment:

  1. bro....

    baju dan rupa tak penting.... tapi hati dan niat anak bro baik....

    ReplyDelete