Pages

Thursday, June 24, 2010

Siapakah lebih Berkuasa ? Kerajaan Negeri atau UMNO

Salam Sejahtera...

Malam tadi aku ada satu posting bab lesen judi bola di negeri Perak, namun ada seorang seorang sahabat BKO menghantar komen memaklumkan perkara sebenar, jadi aku tarik balik posting malam tadi...

Apa pun secara kita tidak sedari, apa yang berlaku sebelum ini di Johor dan semalam dinegeri Perak, yang membantah lesen judi bola sepak ni ialah Badan Perhubungan UMNO, apa yang ada kuasa kat Badan Perhubungan UMNO tu.. Baca petikan di bawah:-

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat negeri itu yang mahu kerajaan menghentikan cadangan pengeluaran lesen pertaruhan judi.

"Sebagai mewakili sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, Umno Perak mengambil pendirian menolak cadangan untuk memberikan lesen perjuadian ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Baca seterusnya!!

Kenapa tidak menggunakan kuasa Menteri Besar dan menolak lesen perjudian tersebut, sebagaimana yang dilaksanakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, baca di di sini.

Ha ha ini semua nak gula-gulakan orang melayu ngok penyokong UMNO totok...

No comments:

Post a Comment