Pages

Saturday, July 31, 2010

Kesian kat Pemuda UMNO...


Menteri: Pemuda Umno usah berkokok.

Ha ha ha...

Apa punya nasib pemuda malang....

Menteri siap sound jangan berkokok... apa punya standard pemuda...

Sama dengan dengan ayam.. ayam apa ya.., ayam serama, ayam serama berkokok ke tak?...

Ayam daging... ayam daging asyik makan aja... tak biasa dengak berkokok..., asyik kena sembelih...jadi ... ayam kampong atau ayam hutan.... lu orang orang sendiri jawab...

Cerita berkaitan : DI SINI

Cakap tak nak kalah... Kita sama-sama tunggu dan lihat!!

Dengar ke cakap, perrghh, hooo, tapi boleh percaya ka... malas aku nak merapu merepek banyak-banyak...




Ahli-ahli PAS jangan dok perasaan pulak!!!

Salam sejahtera...

Bila aku baca kenyataan dibawah oleh Presiden parti yang pandai menipu, bukan yang ini pandai menipu, sebelum ini,, yang kelmarin kena dakwa dituduh menipu, tetapi yang ini pelakon porno terkenal, jadi bila dah ada pengalaman berlakon DVD dan sebagainya, maka pandailah ia berlakon mengeluarkan kekata seperti di bawah ni...




Bila mula-mula baca memang aku bersemangat, seolah-olah CSL (bukan jenama h/p - Caya Sama Lu, Chua Soi Lek) mengakui akan kekuatan parti PAS.

Tetapi awas,,, dari kekatanya itu macam-macam segala boleh jadi, kena ingat balik, pepatah melayu "kalau tak penipu tu bukan Cina namanya...."

Friday, July 30, 2010

Kata-kata keramat dah bermula..

Dah faham sangat-sangat dah...

Pendakwaan Dr Ling bukti sistem perundangan telus. TPM. Kata-kata keramat ini dah pun bermula..


Setakat baru nak mula mendakwa sahaja, baru nak bawa ke mahkamah, sedangkan dah berapa lama Lim Kit Siang dok bertempit dalam parlimen mengenai PKFZ, itu pun dah puas pusing pi pusing mai, dah tak tentu arah, maka KEPALA IKAN yang busuk dijadikan korban...

Waktu makan dan yamsheng ramai-ramai,, yang kena naik mahkamah sorang-sorang.. itu pun naik mahkamah aja..., tunggulah perbicaraan yang tak tahu bila, tangguh, tangguh, PRU13 pun sampai, lepas PRU13 kalau UMNO menang lagi, aku berani kerat jari, dah tentu keputusan dari mahkamah, pendakwa tak cukup bukti, tertuduh dibebaskan....

Jikalau undang-undang Malaysia telus, kenapa kepala ikan sorang saja, sebab ia dituduh atas kesalahan menipu, tipu sapa? Kabinet, siapa kabinet waktu tu,, kabinet waktu tu majoritinya menteri UMNO dan BN. Ketua Kabinet masa berlaku penipuan ialah Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan...

Ini beerti sah lagi sahih tanpa syak dan wasangka buruk, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan waktu tu adalah Presiden UMNO yang paling bodoh sekali,, aku ulang... yang Paling bodoh sekali,, lagi sekali ulang... YANG PALING BODOH SEKALI..., sebab boleh kena tipu dengan Kepala Ikan busuk.

Perdana menteri sekarang yang juga menteri kewangan, sudah pun pi bercuti, sudah tau maaa, mau kena cepumas... takut mau jawab,, pergilah bercuti,, maka yang tukang jawabnya ialah bakal bapak mertua cupingmerah.

Penipu Yang Dihormati..

Beruntung sungguh bila manusia yang memiliki gelaran dan pernah berkuasa !!!!




Baguihlah, berbudi dan bertertib sikap abang-abang polis terhadap sang penipu...., agak-agak kalau kat Tian Chua atau Gobala adakah dihormati sebegitu....

Nampaknya Ling Liong Sik merupakan rakyat Malaysia pertama yang memiliki gelaran pingat anugerah tertinggi TUN yang didakwa di mahkamah...walaupun keputusannya nanti dapat dijangkakan seperti mana Tan Sri Eric Chia dan bekas menteri Ghasitah Ghadam.

Harap-harap selepas ini apabila Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU13 nanti Tun Dr Mahathir pula diiringi polis ke mahkamah..Insyaallah, ..sama-samalah kita doakan.

Merapu pepagi Jumaat - Amalina gadis paling panas...

Salam Sejahtera..

Pagi tadi sempat aku perati tajuk akhbar di TV3, dan gambar dibawah inilah salah satu dari tajuknya...


Yang menghairankan selalunya, tak dipaparkan wajah penuh, tetapi bila bab Amalina ni lain pulak,,, mana etika penyiaran akhbar..., apakah sebagai nak mempopularkan Amalina kerana nak tutup dan lupakan kes cerita panas DPP Farah Azlina Latiff bersama Saiful?...







Jawapan Paling Bangang dari Blogger UMNO...

Salam Sejahtera....

Ungkapan apa yang perlu aku perkatakan, melainkan bodoh atau bangang!!!

Maafkanlah aku, terpaksa mengutuk tahap fikiran yang menulis di bawah..., dari Menteri, turun ke Pengerusi UMNO Negeri, Ketua bahagian dan Cawangan, semuanya menampakan tahap bangang dan nak melingkup kaum sendiri..

Lihat dari cerita keseluruhan apa yang tertulis, maka benarlah apa yang diperkatakan oleh Raja Petra..., tak kan 40% lagi cerita ni.....




Baca seterusnya Klik Sini

Penglipurlara buat ahli dan penyokong PAS..


Oleh YB IR Khalid Samad,

Kisah Anak Pembesar Negara dan si Panglima Tua


Pada suatu hari, di sebuah Negara yang telah lama ditelan zaman, seorang Panglima tua telah diarahkan untuk menemani anak seorang pembesar Negara dalam perjalanan bersiar-siar di waktu petang. Kedua-dua mereka menunggang kuda. Panglima tua menunggang kuda yang telah berkali-kali dipacunya di medan perang. Anak pembesar Negara pula dengan kuda putihnya, cantik dengan pelana bertaburan baru permata.

Sambil menunggang kuda, di mana Panglima tua mengekori di belakangnnya, anak Pembesar Negara melihat ke kanan dan kiri, menikmati keindahan kawasan hijau hutan temperat di sekeliling mereka. Dia seorang yang muda, belasan tahun dan dibesarkan di dalam suasana yang serba mewah. Mukanya licin, telapak tangannya lembut, seperti kebiasaan mana-mana anak pembesar yang jarang membuat kerja keras. Panglima tua pula jauh berbeza, mukanya terukir dengan pengalaman zaman susah dan zaman perjuangan. Tangannya besar, kasar dan berparut. Perbezaan di antara mereka bagaikan bezanya zaman mewah dan zaman susah, zaman peperangan dan zaman perdamaian. Oleh yang demikian, perjalanan mereka pada hari itu merupakan satu perjalanan yang tanpa perbualan, kerana sukar untuk mencari tajuk yang boleh dibualkan bersama.

Secara tiba-tiba anak Pembesar berhenti sambil menunjuk ke arah se pohon pokok yang besar dan tinggi. “Lihat di situ”, katanya kepada Panglima tua. “Ada sesuatu yang berkilauan di atas dahan pokok itu”, katanya lagi sambil bergegas turun dari kuda tunggangannya.

Panglima tua pun mendongak ke atas, melihat dengan matanya yang sudah letih melihat segala kedurjanaan dunia serta tipu helah dan muslihat manusia. Ya, ada sesuatu yang berkilauan, jauh di atas hampir di puncak pokok tersebut. Dia menoleh pula ke anak pembesar Negara dan terkejut apabila mendapati bahawa dia sudah berada di bawah pokok berkenaan, menghentak-hentak kedua kakinya sambil melaung, “saya inginkan kamu, wahai yang berkilauan, mari, turunlah kamu ke pangkuan aku”. Anak pembesar Negara terus melaung dan merengek, menghentak-hentak kakinya, mendongak ke atas, langsung tidak menghiraukan si Panglima tua.

Si Panglima tua terfikir kepada dirinya sendiri, “Hmmm, mentang-mentang kamu anak Pembesar Negara, kamu ingat semua akan ikut kata-kata kamu?” Sambil menggeleng kepala, beliau turun dari kudanya dan melihat kepada pokok yang di atasnya terdapat barang berkilau tersebut. Panglima tua sedar bahawa sekiranya anak pembesar Negara tidak mendapat apa yang diinginkan, sudah pasti bapanya akan memarahinya. Itulah sebab mengapa mereka berada di sini, pada waktu yang sudah hampir senja, dalam cuaca yang semakin sejuk, semata-mata kerana itulah kehendak anak Pembesar Negara. Dan sepertimana kebiasanan, apa yang dihajatkannya, dia mesti dapat! Dan itulah tugas Panglima tua, untuk mendapat apa sahaja yang diinginkan budak yang terlalu dimanjakan oleh ayahnya.

Panglima tua melihat kepada pokok tersebut, betapa besarnya lilitan batang pokok itu, betapa kukuh kelihatan dahan-dahannya serta betapa licin permukaannya disebabkan lumut yang sudah mulai tumbuh. Beliau melihat ketinggian pokok berkenaan dan terpandang seolah-olah ada yang bergerak di atas sana. “Seekor burung agaknya”, katanya kepada dirinya sendiri. Tanpa berfikir panjang, Panglima tua membuka sebahagian dari pakaiannya, memasang tapak bergigi besi dikasutnya dan memegang sebilah pisau kontot di tangan kanan dan sebilah lagi di tangan kirinya. Pedangnya tetap berada di pinggangnya dan pada masa yang sama, dia meletakkan lilitan tali bagaikan selendang di bahunya.

Setelah membaca “Bismillah”, dia terus menuju ke pokok berkenaan dan memanjatnya. Pisau kontot digunanya untuk mendapat pegangan yang mantap dan kukuh sambil kasut bergigi besi menjamin beliau tidak tergelincir disebabkan kelicinan lumut.
Sambil Panglima tua memanjat, anak Pembesar Negara terus merengek di bawah sana. “Saya nakkan benda berkilau itu!” katanya sambil melompat-lompat bagaikan anak kecil yang mengamuk tidak mendapat gula-gula. Dia terus menangis sambil melambai-lambai tangannya dan meratib ayat yang sama berulang kali, “saya nakkan benda berkilau itu!”

Sambil itu Panglima tua terus memanjat sehingga ke peringkat pertengahan pokok tersebut tanpa menghiraukan rengekkan anak Pembesar yang berada di bawah. Dia melihat ke atas dan tersenyum, sambil berkata, “usaha memanjat kamu tidak sesukar yang dianggarkan semasa aku berada di bawah, wahai si pokok”. Seperti biasa, semua cabaran kelihatan sukar, sehingga kita usahakan secara terancang. Sejurus sahaja beliau berkata sedemikian, tiba-tiba ternampak seekor ular besar di sebelah kirinya. Selama ini ular itu bersembunyi di sebatang dahan yang rimbun yang ditutupi daun. Ular itu menyelar dengan cepat ke arahnya, melilit kaki kirinya, menuju ke badannya.

Anak Pembesar Negara yang melihat peristiwa ini terus menyahut, “Jangan apa-apakan ular tersebut! Ia penjaga benda yang berkilau. Berbaik-baiklah dengannya!” Sebaliknya Panglima tua tahu bahawa ular besar itu akan melilit tubuhnya dan mencengkamnya sehingga patah-patah tulang rusuknya. Selepas itu ular tersebut akan menelannya! Menyedari dirinya dalam bahaya, Panglima tua segera melepaskan pisau kontot yang di tangan kanannya dan dengan tangan yang sama, menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala ular tersebut. Bangkai ular itu terlepas jatuh, terhempas ke bumi.

Anak Pembesar Negara terkejut mendengar bunyi terhempasnya bangkai ular berkenaan. Dia berhenti seketika, menggaru kepalanya. Dia segera pergi ke bangkai tersebut dan selepas beberapa saat, kembali merengek sambil berkata, “Apa yang kamu buat ini? Bukan ini yang aku inginkan wahai Panglima tua! Dahlah tua, bodoh pula! Aku inginkan benda yang berkilau itu! Marilah sini wahai yang berkilau. Indahnya kamu wahai yang berkilau ke biru-biruan dan ke hijau-hijauan! Marilah sini, aku inginkan kamu!”

Panglima tua tersentak dengan kata-kata kasar dan biadap anak Pembesar Negara. Namun memandangkan dia pun sudah hampir mencapai benda yang berkilauan tersebut, dia meneruskan usahanya. Bila tibanya ke puncak pokok dia mencapainya. Ianya seutas rantai emas yang mempunyai sebiji permata berlian yang besar. Dengan hati-hati dia mengikat rantai tersebut dengan tali yang dibawanya tadi dan menghulurkannya ke bawah, ke tangan anak Pembesar Negara yang terus menjerit keseronokan. “Ianya rantai yang mungkin telah diterbangkan ke sini oleh seekor burung. Mungkin diambilnya dari sebuah istana yang tidak jauh dari sini” fikir Panglima Tua. “Sudah pasti pemiliknya cuai dalam menyimpannya dan oleh itu ia disambar burung. Si anak pembesar Negara juga seorang yang cuai. Besar kemungkinana dia akan kehilangannya juga”, fikirnya lagi sambil tersenyum.

KESIMPULAN

Rantai emas berpermata berlian dalam kisah ini menggambarkan kepimpinan.
Anak Pembesar Negara adalah ahli, penyokong dan pemimpin PAS yang inginkan PAS memperolehi kepimpinan tersebut, khususnya memimpin PR, tetapi hanya mampu menuntut dan mendesak dengan seruan “PAS mesti memimpin PR, PAS mesti memimpin PR”. Mereka menganggap kepimpinan ini boleh dimilikki dengan begitu sahaja, iaitu dengan tuntutan, desakan dan tindakan merengek.

Panglima tua pula bolehlah diumpamakan sebagai ahli, penyokong dan pemimpin PAS yang memahami bahawa kepimpinan mesti dimilikki dengan usaha ‘memanjat pokok kehormatan’ yang di puncaknya terletak kepimpinan yang diinginkan. Memanjat pokok kehormatan ini bererti menawan hati rakyat melalui usaha dan tindakan sehingga PAS disanjung tinggi dan dihormati. Ini memungkinkan rantai emas berpermata berlian diperolehi. Untuk memanjatnya, PAS mesti mempunyai kelengkapan dan pendekatan yang tepat. PAS mesti sedar betapa licinnya permukaannya, mana dahan yang kukuh serta mana pula ranting yang rapuh. Silap pijak, maka akan terjatuh atau tergelincir kembali ke bawah. Pendirian dan prinsip yang dilaungkan mesti dizahirkan melalui amalan dan pendirian. Dalam masa yang sama ia mesti tepat dan tegas serta kukuh, seperti kukuhnya pisau kontot yang terpacak ke atas pokok tersebut, tidak berubah-ubah dan ‘flip flop’. Barulah rakyat akan percaya dan hormat apa yang diperjuangkan.

Ular yang menyelar dan ingin ‘bersatu’ dengan Panglima tua itu tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO. Ular itu hanya mengendahkan Panglima tua apabila beliau sudah berjaya memanjat pokok ke tahap yang tinggi. Semasa Panglima tua di paras tanah, ular tersebut tidak menghiraukan beliau. Ianya samalah seperti UMNO. Hanya ingin ‘berkawan’ bila PAS sudah dipandang tinggi dan mencabar kedudukan mereka.

Walaupun anak Pembesar Negara meminta Panglima tua berbaik dengan ular berkenaan, kerana yakin ular itu adalah pemilik rantai tersebut, Panglima tua yang berpengalaman itu tahu bahawa rantai tersebut akan hanya dimiliki dengan memenggal kepala ular itu. Ada yang menganggap UMNO adalah pemilik kepimpinan Negara, buat selama-lamanya. Oleh itu, cara PAS untuk memiliki kepimpinan, mesti melalui berbaik-baik dengan UMNO. Sebenarnya UMNO yang menghalang PAS dari mencapai kepimpinan itu dan usaha bekerjasama dengan UMNO akan menghancurkan PAS, dari dalam dan dari luar.

Kesimpulan dan rumusan lain bolehlah tuan-tuan perolehi sendiri dari kisah di atas. Yang penting, harapan saya, biarlah PAS kekal merancang, berusaha dan bersabar sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Panglima tua tersebut dan jangan sekali-kali tergopoh-gapah seperti anak pembesar Negara yang tidak memahami erti perjuangan.


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Wednesday, July 28, 2010

Adik Tolong Abang, Abang tolong Adik - U help me, I help u..

Nazir bela Najib tentang FDI?

Oleh YB Dr Zulkifli Ahmad

Saya ditanya oleh pihak media mengapalah FDI begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.

Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia. Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malasyia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.

Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?

Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming)) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.

Pihak pelaburan swasta ada dua komponen. Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar. Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.

Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.

Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas. Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.

Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM. Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.

Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.

Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.

Itulah sebabnya pimpinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, DS Nazir Razak, boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.

Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan ‘quality investment’ dan ‘timing’nya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam ‘radar utama pelabur’ asing dan juga tempatan.

Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadangkali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.

Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham. Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.

Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak tampak tak kena atau misplaced, dengan izin.

Sumber : http://drdzul.wordpress.com

SAH, POLITIK DAN ISLAM ITU SATU

Oleh: Rahim Othman

SAH, POLITIK DAN ISLAM ITU SATU

UMNO KATA - Politik dan Islam tak ada hubungkait, Islam lain - politik lain.

PAS KATA – Islam itu merangkumi politik dan seluruh kehidupan.




Cun betui awek ni...

Ha ha ha....

Anak dara siapa ni...

OOO anak dara En Latif... kerja kat mana... tu Timbalan Pendakwa Raya sepejabat dengan Peguam negara Ghani Patail....

Oiii lawa no..., apa tak lawa,, sampai terlupa si Saifol yang bontotnya tak basuh sebelum ini..

Aku nak tengok, apa lagi hujah pendakwa lepas ini, saksi utama si saifol ni dah terbukti tak boleh pakai..

Nampaknya episode ni lagi lagi hebat dari episode tahun 98, dimana Azizan saksi utama ditangkap berkhalwat dan kena sebulan hukum penjara oleh mahkamah syariah....

Sumber gambar : LINK

Tuesday, July 27, 2010

Raja Petra Berbohong Lagi..

Hurrghh...

Bohong, bohong, bohong.. hanya 40 % tulisan rajapetra yang benar, yang 60% lagi bohong....
oii, ni berita yang tertera kat bawah ni berapa peratus pula yang benar.... oiii kaki tahan juboq pun ada nafsu juga ka dengan betina....!!! alahai... makin cepatlah UMNO nak mamposs.....

10





Bukti UMNO memang tolak Islam..

Salam Sejahtera....

Gambar yang kat bawah ni sebelum ni dah aku posting pun.., tetapi petang semalam, Sifu aku bagi tahu apa yang ada dalam poster (banner)... Cuba tuan-tuan pembaca perhatikan....


Aku cuma nak ambik sifir yang bersangkut paut dengan PAS... Nampak tak Sifir PAS + DAP= ISLAM...., OK.. Ini beerti UMNO sendiri mengakui yang PAS bila bersama dengan DAP hasilnya nanti ialah Islam...

Tetapi kenapa UMNO tentang sangat hasil persafahaman antara PAS dengan DAP, ini terbukti bila selama 11 bulan Kerajaan PR Perak memerintah, bagaimana Nizar bersama DAP melaksanakan tugas, begitu juga Kerajaan PR Pulau Pinang, bagaimana sikap Lim Guan Eng dengan instiutusi Islam di Pulau Pinang, jauh beza dengan parti Gerakan sebelum ini...

Jadi bila nak mengekang Islam dari berkembang, UMNO sedaya berupaya ajak PAS duduk semeja bincang atas nama Perpaduan Melayu, kuasa orang Melayu, tujuannya kenapa.... Sebabnya UMNO dan Yahudi APCOyang berada dibelakang sebagai penasihat amat takut dengan sinar islam yang akan merebak di Malaysia..

Mampoos UMNO!!!!…..

Monday, July 26, 2010

Hu.. hu.. hu.. saya tak bohong...

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya,"



Harussani must resign, says Mahfuz


Hu hu hu hu........ saya nak sambung jawatan mufti lagiiiiiii 5 tahun..... sampai mati.....

Berita Bergambar - Bekas Perasuah Masih Laku..

Hairan bin ajaib,,, !@#$%^&*()<>?":


Hebat nya jadi Ahli UMNO....

SLOGAN OH SLOGAN !

Oleh Rahim Othman.

Rakyat didahulukan, .... Pencapaian diutamakan..??

Slogan "rakyat didahulukan"..........., ibarat cakap tak serupa bikin, natijahnya tetap sama. Rakyat akhirnya menjadi mangsa penganiayaan oleh kerajaan 1 Malaysia Najib. Rakyat dipersenda lagi oleh kerajaan UMNO/BN.

Barang naik harga – rakyat yang memang susah tambah menderita. Mereka marah, terseksa dan mengeluh. Kenapa keluhan rakyat tidak didahulukan atau diutamakan ?

Rakyat mintak pengajaran dan pembelajaran sain matematik dikembalikan ke bahasa Melayu, tapi masih tertangguh-tangguh. Silap-silap haribulan tak jadi dan PPSMI terus kekal. Rakyat tertunggu-tunggu dan hampa. Mungkin akan tertipu lagi. Kenapa permintaan sebahagian besar rakyat ini tidak diutamakan ?

Rakyat mintak lesen judi dihapuskan, tapi kerajaan tak mahu hapus, dan rakyat terus kecewa,kecewa dan kecewa. Mana dia rakyat didahulukan ? Semuanya hanya sedap dimulut.. dan hanya enak didengar !

“Pencapaian diutamakan” Mana ada pencapaian dizaman Njib memerintah. Ada ke ? Kalau ada pun mungkin ..

1. Pencapaian atau pengekalan kadar jenayah yang tinggi.

2. Pencapaian kadar inflasi yang tinggi.

3. Pencapaian kadar remaja buang anak yang tinggi

4. Pencapaian atau pengekalan kadar rasuah yang tinggi

Slogan ini tidak menepati langsung ! Apa kata kalau kita buang saja istilah ini dari kamus hidup kita. Setuju ?

Penulis : rahimothman – 20/7/2010


Sunday, July 25, 2010

Awas Pimpinan PAS, Jangan jadi Sayfol Kedua..

Salam Sejahtera...

Tentu semua pembaca mengenali gambar saudara kita ni, tak perlulah aku nak terangkan... Untuk memudahkannya sila baca DI SINI.

Berat rasa hati ku nak tulis dalam hal ni, tetapi demi kepentingan jemaah Islam, terpaksalah aku ambik risiko menulisnya...

Semalam aku hari Minggu aku pi dapat makan kenduri si Shah Alam, seorang kenalan menjemputku ke jamuan kesyukuran pernikahan anaknya.

Semasa dok makan terjumpalah pula seorang jemaah, bersembang bercerita, macam-macam topik, last-last termasuk bab Ulama muda masuk UMNO terungkit sama.....

Mengikut jemaah ni anak lelakinya pun belajar di Jordan, sama universiti di Albayt University, Mafraq Jordan, anaknya baru tahun dua, dan sempat mengenali si Ustaz ulama muda dalam gambar ni, menurut anaknya Ustaz Hosni ni sewaktu di Jordan dulu adalah ahli KUJ...., hangpa tau apa itu KUJ.... Kelab UMNO Jordan....

Terkejut beruk aku sekejap..., betui ka...., terfikir balik aku bila membaca cerita-cerita rentetan dari Ustaz ni..., entahlah bermacam persepsi yang tibul dalam benak fikiran ku..., tup-tup semalam dapat cerita macam ni..

Harus kita ingat , UMNO yang terdesak, dan dipengaruhi oleh APCO sekarang ini, macam-macam boleh berlaku, mereka sanggup melakukan apa saja..jadi beringat-ingatlah .

Apa pun yang terbaiknya berita ini siasatlah terlebih dahulu, walaupun aku mempercayainya, tetapi aku tidak mahu memaksa pembaca mempercayai apa yang aku percaya,, siasatlah betui atau tidak, mungkin ramai ada pembaca-penbaca yang ada anak-anak atau adik-adik yang belajar di Jordan boleh memberi pengesahan....

Wallahhuaklam.

Lagi tentang perpaduan

Oleh Rahim Othman

KISAH TONG NAJIS, BAS DAN PEMANDU

**Wahai UMNO ! Kalau nak bermuzakarah atau mencari jalan perpaduan bersama PAS pun bersihkan diri dengan sebersih-bersihnya ATAU dengan kata mudahnya SAMAKLAH DIRI ANDA DULU.

Nampaknya Umno terus terusan mempelawa PAS untuk duduk semeja bulat bersama mereka dalam keadaan badannya umpama “Tong Najis” itu. Pas tak mau dan tak mau !. Pas dengan tegas menolak. Salahkah Pas ? Kenapa UMNO tak faham-faham ! Dah meroyan? Dah gila talak ? Kenapa degil sangat ?... Ooooo.. kalau nak tahu... itulah pendekatan yang dibawa oleh YAHUDI.

Kan sudah terbukti “Tong Najis” itu sangat kotor. DS Anuar telah cuba mencucinya dari dalam tapi gagal. DS Anuar kira-kiranya bernasib baiklah ! sebab dengan kuasa Allah beliau terpelanting keluar dari dalam tong najis itu . Maka berpusu-pusulah ahli-ahli “Tong Najis” yang lain keluar menuruti Anuar , lalu menubuhkan PKR. Kini PKR terus berkembang dan mendapat sokongan padu yang luar biasa dari seluruh masyarakat di Malaysia, lebih-lebih lagi orang Melayu

Salahkah mereka yang keluar meninggalkan Tong Najis itu ?.

Mengenai perpaduan UMNO PAS, Kalau UMNO benar-benar ikhlas nak mencari perpaduan sesama Melayu kenapa tak pelawa sama orang orang Melayu PKR untuk bersatu atau bermuzakarah walaupun diluar pagar kepartian ?. Kalau nak pelawa mereka semula masuk UMNO atau “Tong Najis” yang telah mereka tinggalkan itu tentulah mustahil !

Sebenarnya UMNO merasa malu nak buat pelawaan. Tapi adalah lebih malu UMNO mempelawa Pas untuk bersatu dan bekerjasama dengannya... kerana UMNO seolah-olah yang tidak menghormati bahawa Pas adalah sebuah parti bersih dan tidak tercemar dengan najis.

Sudah 50 tahun Umno/BN diberi kuasa memerintah – kini nampak benar, mereka tidak lagi mampu dan hilang kepercayaan rakyat.

Mari kita umpamakan Negara ini adalah sebuah bas dan BN adalah pemandu... Penumpang pula sebagai rakyat .Penumpang merasa amat tidak selesa dan takut berada di dalam bas itu , kerana pemandu nya memandu bas itu secara gila-gila, kadang-kadang mabuk. Pemandu sering melanggar peraturan lalu-lintas , dan selalu berlaku kemalangan. Jadi,..sebelum bas bertambah rosak dan runtuh, wahai pemandu bas yang mabuk ! Kami nak TUKAR PEMANDU !. Kami hendak pemandu yang lain ! ..Orang lain pun boleh memandu

Wahai pemimpin BN ! Serahlah mandat baru kepada “PAKATAN RAKYAT”. Mereka hendak membuktikan yang mereka boleh memerintah dengan cemerlang, adil, amanah, telus, tidak rasuah dan tidak menyalahguna kuasa. Mereka pun rakyat Malaysia juga !... Melayu, Cina India – sama macam BN. Kenapa takut sangat ?. Buanglah rasa TAMAK KUASA itu jauh-jauh. TAPI,, SANGGUPKAH UMNO/BN mengambil sikap terpuji ini ? – sama-sama kita tunggu

Penulis : rahimothman – 22/7/2010