Pages

Monday, July 26, 2010

SLOGAN OH SLOGAN !

Oleh Rahim Othman.

Rakyat didahulukan, .... Pencapaian diutamakan..??

Slogan "rakyat didahulukan"..........., ibarat cakap tak serupa bikin, natijahnya tetap sama. Rakyat akhirnya menjadi mangsa penganiayaan oleh kerajaan 1 Malaysia Najib. Rakyat dipersenda lagi oleh kerajaan UMNO/BN.

Barang naik harga – rakyat yang memang susah tambah menderita. Mereka marah, terseksa dan mengeluh. Kenapa keluhan rakyat tidak didahulukan atau diutamakan ?

Rakyat mintak pengajaran dan pembelajaran sain matematik dikembalikan ke bahasa Melayu, tapi masih tertangguh-tangguh. Silap-silap haribulan tak jadi dan PPSMI terus kekal. Rakyat tertunggu-tunggu dan hampa. Mungkin akan tertipu lagi. Kenapa permintaan sebahagian besar rakyat ini tidak diutamakan ?

Rakyat mintak lesen judi dihapuskan, tapi kerajaan tak mahu hapus, dan rakyat terus kecewa,kecewa dan kecewa. Mana dia rakyat didahulukan ? Semuanya hanya sedap dimulut.. dan hanya enak didengar !

“Pencapaian diutamakan” Mana ada pencapaian dizaman Njib memerintah. Ada ke ? Kalau ada pun mungkin ..

1. Pencapaian atau pengekalan kadar jenayah yang tinggi.

2. Pencapaian kadar inflasi yang tinggi.

3. Pencapaian kadar remaja buang anak yang tinggi

4. Pencapaian atau pengekalan kadar rasuah yang tinggi

Slogan ini tidak menepati langsung ! Apa kata kalau kita buang saja istilah ini dari kamus hidup kita. Setuju ?

Penulis : rahimothman – 20/7/2010


2 comments:

  1. Salam MM,

    "Rakyat Di Dahulukan" kat mana pulak salahnya... adoiiiii....

    Slogan tu dah betul bro.. jangan tersilap faham:

    "Rakyat Di Dahulukan" untuk di sembelih sampai mampuih... untuk kesenangan depa.

    ReplyDelete
  2. Apa pula kata 'anoni'? Yang pasti khinzir di dahuluakan!!!

    ReplyDelete