Pages

Thursday, July 1, 2010

Sidang Parlimen - Bank dan Insuran sangat Berkuasa..

Sedang Berlangsung sekarang... Bab hak melibatkan pengguna, sebentar tadi YB Bandar Kuching mempertikaikan CIMB Bank yang tiada mahu mengambil tindakan kepada bekas stafnya yang menipu pelanggan dalam pembelian saham OSK.. Apakah kerana CEO CIMB adik kepada PM...

Insuran Kurnia, paling banyak kes menipu pelanggan, dalam penilaiaan premium, memaksa pelanggan membeli PA, All Rider dan banyak lagi...

YB Teluk Intan pun turut menyatakan hal yang sama, insuran menipu,,, tup-tup Speaker Roland Keandee pun menyampok, yang ia pun sendiri bermasaalah dengan insuran AIA bila digunakan di hospital dan ia mahu masaalah ini menteri yang berkenaan ambik perhatian...

Dan yang paling menyedihkan hari ini bermula kenaikan kadar stem pos 100%. pencelahan dari YB Taiping, dan seperti ada jawpan dari YB BN Kota Belud mempertahankan kenaikan harga stem, kononnya harga stem di malaysia terlalu murah , malah lebih murah dari Indonesia, inilah sikap YB-YB UMNO yang memihak kepada syarikat koporat, bukan kepada rakyat...

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang masih dok pakai insuran Kurnia, jom pakat-pakat pi tukar ke Takaful Malaysia.

No comments:

Post a Comment