Tetapi bagaimana yang dikatakan merdeka dalam kontek negara kita sekarang !! Merdeka yang aku nampak ialah hanya untuk pemimpin yang memerintah negara iaitu UMNO /BN sahaja..., mereka bebas untuk melakukan sesuatu tanpa perlu mengikut undang-undang yang sedia termaktub dalam undang-undang.. itu yang nyata tanpa perlu nak dipertikaikan lagi..
Pages
Tuesday, August 31, 2010
Apa Kata UMNO??!! Merdeka....
Tetapi bagaimana yang dikatakan merdeka dalam kontek negara kita sekarang !! Merdeka yang aku nampak ialah hanya untuk pemimpin yang memerintah negara iaitu UMNO /BN sahaja..., mereka bebas untuk melakukan sesuatu tanpa perlu mengikut undang-undang yang sedia termaktub dalam undang-undang.. itu yang nyata tanpa perlu nak dipertikaikan lagi..
Monday, August 30, 2010
Apa Kata UMNO??!! Pengarah JAIS Bangang.
Oleh Rahim Othman
30 08 2010
Bangangkah Pengarah Jais ?
KEPADA JAIS, MAIS & MUFTI SELANGOR..
Tolong jawab soalan-soalan ini….
1. Berhubung isu bukan Islam masuk masjid.. Apa masaalah anda sebenarnya ?
2. Adakah anda berfikir, seorang bukan Muslim masuk surau sama tarafnya dengan seekor babi atau anjing?
3. Tidakkah anda berfikir secara positif ? bahawa kemasukan orang bukan muslim ke surau atau masjid merupakan perkara baik.. memberi ruang dan peluang mereka mendekati Islam ?
4. Hukum apa atau mazhab mana yang anda ikut ?
5. Nabi kita kata OK,, tak ada masaalah,,.. kenapa anda semua menentang?
6. Anda fikir anda lebih besar dari Nabi Muhammad saw?
7. Islam itu ADIL, tetapi kenapa anda selalu bersikap tidak adil?
8. Sultan kita sanjung dan hormati, tetapi kenapa anda perbodoh/ permainkan sultan?
9. Anda hasut Sultan supaya baginda murka, tapi tak kena tempat dan bercanggah
dengan Islam sebenar. Bukankah itu bermakna anda sudah memalukan Sultan?
10. Sampai bila anda mahu mengikut arahan atau telunjuk UMNO ?
11. Masihkah anda tak sedar bahawa UMNO adalah parti Asabbiah dan sekular?
12. Sedarkah anda bahawa UMNO tidak jujur terhadap bangsa Melayu?
13. Sedarkah anda bahawa UMNO sering menyeleweng dan membelakangkan agama?
14. Adakah anda sememangnya mahu bersekongkol dengan UMNO
15. Dalam kempen PRK Hulu Selangor, untuk memenangkan calun kafir, maka diadakan majlis – “Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Berdoa untuk Kamanathan” dimasjid Kuala Kubu Bharu, Kenapa anda semua diamkan diri ?!!! dalam isu itu?
Sultan kata jangan berpolitik dalam masjid.. Disini menunjukkan anda dan UMNO
telah ENGKAR perintah Sultan!!
Selangor negeri maju, semuanya maju,,..Jenayah nya maju,, keruntuhan moralnya maju,, Kes buang anak juga sangat maju.. Sepatutnya perkara-perkara besar begini yang harus anda perkata atau perdebatkan!!... bukan perkara- perkara remeh!! lagi BODOH!! seperti yang berlaku sekarang !!
Oleh : rahimothman
Apa Kata Umno ?!! - Ketegak sungguh dia ni..
Malam ini malam 21 Ramadhan..
Sunday, August 29, 2010
Apa Kata UMNO?!.. Keliru atau bodoh..
Apa Kata UMNO??!! YB UMNO/BN sahaja yang boleh masuk masjid..
Saya rasa wanita Ahli Parleman Serdang dari Pakatan Rakyat ini tak buat apa-apa kesalahan pun. Dia tak melanggar perintahSultan. Memang dia bukan seorang muslim,, tapi agama Islam tak melarang bukan muslim masuk kedalam masjid atau surau.(sila rujuk sejarah Nabi) Yang pasti beliau ini masuk surau dengan izin atau dijemput. Beliau bukan kafir yang memusuhi Islam. Beliau datang bukan dengan niat hendak memusuhi Islam. Sebaliknya datang dengan niat dan tujuan yang baik… Cuma orang-orang yang pro UMNO sengaja bersangka buruk. Mereka mahu mengambil kesempatan. Mereka mahu mengambil peluang ini untuk menghidupkan bara dan api perkauman, lalu mereka mengheret isu ini ke istana. Penyokong-penyokong tulin UMNO ini hendak mempersembahkan perkara gempar kepada Sultan…..
“ Apa sebenar kisahnya? ” tanya tuanku Sultan
“Begini tuanku! YB kafir sorang ni dah berani masuk surau tanpa izin tuanku, habis tercemarlah agama suci kita tuanku! Rakyat dah mula marah, Rakyat akan mengamuk tuanku! ”
“Macam mana YB tu boleh masuk?”
“Entah lah! Tuanku!,, boleh jadi dia rasuah imam kut!”
“ Kalau begitu, tangkap imam tu dan campak kelaut!”
“Jangan begitu tuanku! Imam tu tak bersalah!”
“Kalau bukan imam tentu ini kerja bilal!... Tangkap bilal dan kenakan sepuluh kali sebatan”
“Eh! Bukan bilal tuanku !,,.. dia tak tau apa-apa”
“Kalau begitu mesti salah seorang AJK surau terlibat!
“Tak mungkin tuanku !”
“Habis! Kalau semuanya bukan, Siapa??…. Hemmm, Beta fikir, beta tahu siapa!
Dengan terketar-ketar pengadu bertanya.. “ Apa yang tuanku tahu?, kami tak tahu apa-apa pun, kami tak terlibat!”
“Memang beta belum tuduh kamu terlibat ! tapi mungkin yang sorang lagi ni kut! ”
“Siapa tuanku?”
“Siapa lagi kalau bukan Tok Siak surau”
Semua pengadu berasa lega sebentar,, tetapi selepas tu perasaan mereka menjadi bengang dan bengong!.. Mereka memandang sesama sendiri. Dalam hati masing-masing berkata,,..Kenapalah tuanku ni bodoh sangat !!
“Siak pun tak mungkin terlibat tuanku!.. Dia tak ada kuasa nak buat keputusan” jelas pengadu.
“Memang dia tak buat keputusan!, tapi kerja dia bukankah membuka pintu pagar dan pintu surau? Bila pintu dah dibuka sesiapa pun boleh masuk
Semua pengadu senyap !! mereka semakin jadi bodoh dan keliru!
“Kenapa tak jawab soalan beta tadi ?.. Betul tak ?” Sultan mula naik angin.
Dengan terketar-ketar mereka menjawab… “Be.. be..betul ! Betul tuanku! betul!”
“Apa yang betul?” Sergah tuanku lagi.
“Si..Si...Si…Siak!.. Siak terlibat tuanku !” jawab mereka dalam keadaan serba salah.
“Tangkap Siak !! bawa mengadap depan beta sekarang juga! Beta nak pancung dia !”
“Jangan tuanku! Jangan ! Membunuh tu berdosa besar tuanku !”
“Berdosa Besar??.. Membuat fitnah lagi berdosa besar. !! Faham?”
Pengadu-pengadu terkedu dan terpaku!. Mereka pada pada mulanya teringin nak pengsan kerana malu , tapi tak jadi. Dalam hati mereka berkata… Apa dah jadi tuanku ni!.. benda simple pun tak boleh fikir….
Yang kita mahu ialah ..…..Hukumlah Yang Berhormat tu !, sama ada penjara ke ! Sebat ke!.. Hukum gantung ke!... Gantung jawatan ke!... Pecat ke!..
Ini tidak!.. Lain yang yang kita cari , lain yang kita dapat!
Sebenarnya Tuanku memang nak menduga mereka. Baginda nak bagi tahu bahawa baginda bukan lah macam Sultan dulu-ulu…seperti yang pengadu-pengadu sangka..
(Semua ini hanya imiginasi penulis saja) –
oleh : rahimothman
Apa Kata UMNO??!! Nasihat dari Ibrahim Ali..
Oleh : rahimothman
Saturday, August 28, 2010
Apa Kata UMNO?! Sketsa Sebelum Sahur...
Apa Kata UMNO? .. Ganasnya blogger pencacai UMNO...
Apa Kata UMNO??!! I S A Senjata UMNO..
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menuduh Nurul Izzah sebagai penderhaka berikutan AP Lembah Pantai itu menerangkan kontroversi yang berlegar sekitar kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja
Di awal pendedahan isu kapal selam ini,, parleman sudahpun dimaklumkan bahawa memang kapal tersebut tak boleh menyelam, kerana masalah teknikal . Jadi semua orang yang bercakap mengenainya adalah merupakan ungkapan ulangan. Perkara yang sudah terdedah bukanlah rahsia lagi. Begitu juga tatacara pembelian kapal ini. Ia menjadi tanda tanya dan amat meragukan seluruh rakyat, kerana disyaki telah memperkayakan kroni.
Menteri Agama Jamil Khir Baharom pula menganggap Izzah telah melakukan satu dosa. Huru hara akan berlaku jika keburukan Kerajaan Umno-BN dihebahkan, katanya. Padahal satu dunia dah tahu kelemahan dan keburukan kerajaan UMNO BN! . Wahai Jamil Khir, saya cabar saudara, sila tunjukkan bukti bagaimana dikatakan Nurul Izzah telah melakukan dosa? Tunjukkan hadis atau nasnya ! Apa bentuk huru-hara yang mungkin atau telah disebabkan olehnya ?. Dan
Ayuh Nurul ! pedulikan celaan dan ugutan penyangak-penyangak UMNO itu !. Mereka sebenar jauh lebih teruk. Anda bukan penderhaka!.. Anda adalah srikandi, ..Anda adalah pembela dan pejuang rakyat. Itu beza antara pemimpin Pakaran Rakyat dengan pemimpin UMNO. Pemimpin PR berani dan berkata benar, ikhlas dan berterus terang. Berjuang hanya untuk membela rakyat.
Pemimpin UMNO? Ramai yang pengecut, tapi suka tunjuk lagak, berjuang untuk diri sendiri dan kroni. Prinsip perjuangan ? Hebat !... Taat setia membabi buta. Hidup mesti mengampu!.
Zahid kata Nurul Izzah penderhaka ! ya ke tidak ? Yang pasti,,,ia sangat jauh jauh dari kepastian.
Berapa banyak pula penderhakaan yang telah dilakukan oleh Zahid? Berapa banyak pula penderhakaan yang telah dilakukan oleh Pemimpin UMNO? sejak 50 tahun memerintah ?
Kalau nak tulis sepuluh mukasurat pun belum tentu cukup. Dah terlalu banyak dan kerap kali
perkara itu disiar dan diperkatakan.
Yang bulat tembam sorang ni ..Zahid Md.Arif ,cucu Ghafar Baba ,,Bekas Naib ketua Angkatan Muda Keadilan. Lagi hebat ! Dalam ucapannya satu ketika dulu beliau pernah mengutuk Nik Aziz dengan mengata Nik Aziz sebagai “Ulamak Pukimak!” Dalam isu terbaru melibatkan Izzah ini beliau dengan bangga berkata …. Tangkap Izzah! dan kenakan ISA!.. Huh! Mudah benar dia ni bercakap !. Belum apa-apa dah nak gunakan senjata keramat haram itu. Memang senjata terakhir UMNO itu pasti digunakan juga satu masa nanti, percaya lah. Itu sebab UMNO beria-ia pertahankan ISA supaya kekal.
Oleh : rahimothman
Apa Kata Umno ?!! - Nuzul Al Quran
Friday, August 27, 2010
Apa Kata UMNO??!! Bubur Lambuk...
Apa Kata UMNO??!! Jika Lim Guan Eng Memeluk Islam..
Doa dan Khutbah..
Thursday, August 26, 2010
Wanita Melayu tak faham bahasa melayu...
Pendakwah Bebas.... atau songsang...
Gambar sekitar pagi semalam di Pejabat Tanah Daerah Manjung
Anggota Polis berpakaian preman.....
Ini wakil India petugas di Pejabat Tanah yang menyambut YB ketibaan YB Kula and the gang...