Pages

Tuesday, August 31, 2010

Apa Kata UMNO??!! Merdeka....

Salam Sejahtera...

Hurggghh.. merdeka... merdeka sungguh siang tadi,, balik dari sembahyang subuh, belek pi belek mai cerita dari blog,,, tak ada yang menarik,,, last sekali cari bantai dumppp zzzzzz ket atas kerusi yang nak tercabut rasuk kaki kirinya...

Pukol sepuloh pagi jaga,,, tak puas atas kerusi, angkat bantai sambung atas tikar depan TV... zzzz lagi sampai pukul 1.00 ,, tu dia .. merdeka sungguh... itu yang kita maksugkan merdeka mengikut kamus kepala otak kita...



Kamus dewan lll mentafsirkan perkataan merdeka ialah :

" merdeka (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan disiplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik;"

Tetapi bagaimana yang dikatakan merdeka dalam kontek negara kita sekarang !! Merdeka yang aku nampak ialah hanya untuk pemimpin yang memerintah negara iaitu UMNO /BN sahaja..., mereka bebas untuk melakukan sesuatu tanpa perlu mengikut undang-undang yang sedia termaktub dalam undang-undang.. itu yang nyata tanpa perlu nak dipertikaikan lagi..
Merdeka dalam ertikata hanya untuk pemimpin UMNO Bn sahaja, untuk yang lain-lain !!! Mana hak kebabasan bersuara seorang Imam yang mendoakan kepada pemimpin bukan islam telah disalah ertikan..

Mana hak seorang pemimpin pembangkang yang dipilih oleh rakyat dalam proses kemerdekaan telah dilarang bertemu dengan rakyat dikawasannya....

Rakyat dalam negara diasak seluruh pemikiran bila tarikh merdeka menjelang tiba, jangan lupa .. kena kibar bendera,,, tak kibar awas tindakan akan diambil.... merdekakah kita menghadapi situasi sebegitu...


Anak-anak remaja diasuh bila tarikh merdeka,,, haaa inilah yang dikatakan merdeka,, pakat-pakat kibar bendera seronok suka, lupalah apa saja hal masaalah negara...

Malah malam tadi pun merdeka sungguh anak-anak remaja yang meningkat dewasa... apatak nya.. di ibukota sahaja yang tertangkap berpasang-pasangan sahaja 22 pasangan kekasih oleh JAIS, kalau dah JAIS yang tahan melayu Islam lah..., 22 yang tertangkap, yang terlepas, yang terbolos..., nak tau keputusannya tunggulah 9 bulan lagi, maka bersepahlah bayi-bayi yang akan dibuang...

Aku tak tahu dan tak faham,,, apakah ini yang dimaksudkan merdeka, dalam bulan pun mereka sanggup hanya sekadar datang bersuka-suka dapat kibar bendera,,, patriotik kah ini... belum tau lagi.. nak tau patriotik ka tidak, bila dah negara kita jadi seperti di Palestine, atau pun mengikut sejarah sewaktu tanah melayu diserang Jepaun,, waktu tu baru boleh tau patriotik yang sebenarnya..


Ini satu lagi aku tak faham,,, baguihlah... kalau sebelum ini bendera Malaysia di pijak, di bakar dan dilempar najis di negera jiran, tetapi di negara sendiri bendera negara di jadi untuk menutup tubuh yang seksi,,, baguihlah,,, apa kata nanti lepas ni ambik bendera tu buat bungkus babi... OK apa,, 1malaysia...


Apakah kita merdeka, bila sebentar tadi aku dengar dan terpandang di kaca TV KP Kementerian pengankutan Jalan mengumumkan saman ekor boleh dibayar ansur-ansuran... pulak dah,, kut mana pun kena bayar... jadi merdekakah kita kesalahan yang belum tentu lagi, tetapi kita dah dipaksa bayar!!!!


Alangkah indahnya kalau MB negeri aku begini, sanggup bertemu dengan rakyat negerinya memberi sedikit sebanyak pengertian merdeka...... jadilah... walaupun merdeka yang negeri Kelantan kecapi tak sepenuhnya...mereka merdeka dari penjajahan UMNO....

No comments:

Post a Comment