Pages

Thursday, August 5, 2010

Apa Kata UMNO?!! - Seloka Sekolah Mengandung..


Oleh Rahim Otman

Wahai puteri remaja rupawan

Janganlah tersalah memilih kawan

Berhati-hati semasa pergaulan

Nanti silap-silap dah tak datang bulan

Cikgu-cikgu dah selalu nasihat

Datang sekolah bukan nak mengorat

Tumpukan pelajaran biarlah taat

Semoga berilmu dan dapat berkat.

Kalau mengandung cikgu terkedu

Mak bapak kamu lagi lah malu

Semua yang berlaku kerana kamu

Lupakan diri dek melayan nafsu.

Sedarkah kamu perbuatan tu zina

Orang berzina di pandang hina

Siksaan Allah tak terperi sakitnya

Akibat melanggar perintah agama

Mohd.Ali Rustam baiknya budi

Perihatin kepada gadis dan puteri

Dah termengandung datanglah kemari

Ketua Menteri Melaka sedia berbakti.

Kepada ibubapa penjaga sekalian

Sekolah mengandung kami sediakan

Daftarlah sekarang, kami alu-alukan

Pelajar terlanjur besarlah harapan

Wahai para remaja umur belasan

Dah terlanjur buat tanggunglah badan

Nak beranak disini dah siap bidan

Jangan malu, lama-lama orang tak heran

Soal belanja tak usahlah bimbang

Kerajaan negeri Melaka banyak wang

Makan dan minum bakal terhidang

Nak beranak kali kedua, kami tak halang

Ibubapa pelajar jangan susah-susah

Kami tanggung semua sampai kesudah

Insaf muhasabah dan jangan resah

Nanti kami fikir macamana nak bagi ijazah

OLEH : rahimothman 5/8/2010


1 comment:

  1. Mana "anoni" ni? Tak bagi komen ke? tak kan hanya pandai "mengkhinzirkan" manjung mari je, beri lah idea yg bernas untuk 1 malaysia ni.

    ReplyDelete