Pages

Friday, August 6, 2010

Renungan pagi Jumaat..

Salam Sejahtera...

Insyaallah, jika diizinkan Allah S.W.T hari Selasa ini 10 Ogos, malam akan diumumkan bila kita akan mula berpuasa Ramadhan Almubarak yang penuh keberkatan.

Seperti biasa di negara umat Melayu Malaysia ini aktiviti berpuasa menjadi salah satu perkara penting dalam kehidupan mereka yang kemudian akan diikuti pula sebulan berhari raya dalam bulan syawal, itulah hebatnya Malaysia..

Didalam bulan puasa inilah masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi pada sebelah malam dengan aktiviti sembahyang terawih, maka keluarlah fatwa-fatwa songsang dari pihak berkuasa yang jumud melalui Majlis Agama memberi arahan hanya sembahyang terawih sahaja yang dibenarkan, tiada program tazkirah, kerana ini akan menggangu jemaah nak beribadat di dalam bulan yang penuh berkat...

Cuba kita perhatikan, betapa bodoh dan jahatnya UMNO yang memegang kuasa pemerintah yang cuba nak menghalang program-program tazkirah sebagai peringatan dan panduan untuk umat Islam, kita umat melayu Islam masih dikelirukan yang mana lebih aula, yang mana fardhu Ain dan yang mana sunat...

Di bulan ramadhan ini jugalah semacam satu pesta pada sebelah petangnya, apa tidaknya Pasar Ramadhan akan tumbuh di merata ceruk, masa inilah buat yang ada bakat meniaga akan pasang meja buka perniagaan, dan masa inilah serba serbi jenis makanan akan diperniagakan, dan masa inilah timbul keinginan bagi kita nak makan apa yang diidamkan, maka bertembungan diantara yang harus dengan haram di pasar ramadhan, maka sia-sialah puasa kita hari tersebut melainkan mendapat lapar dan dahaga..

Satu lagi budaya orang Melayu, yang ini termasuk dengan aku sekali,,, kita yang mempunyai anak-anak kecil sekitar 5 - 7 tahun selalunya anak-anak ini akan diajar bersama-sama berpuasa, bukan aku nak kata salah, itu satu perkara yang baik untuk melatih anak-anak mengenali puasa, tetapi bila anak-anak kita tak dapat menahan lapar, selalunya anak-anak kita mereka dahaga kerana banyak bermain, di masa ini kita akan menahan mereka dari berbuka, kita cuba memujuk mereka supaya menahan dahaga tersebut, dengan mengatakan sekejap aja lagi, sedangkan masa nak berbuka masih lagi lama, tidakkah dengan itu kita secara tidak sedari dah menyiksa anak kita sendiri, sedangkan Islam tidak menyuruh kita berbuat sedemikian,,,

Rasullullah mengajar kita bila anak-anak kecil berumur 7 tahun hendaklah mereka disuruh solat, jika mereka berumur 10 tahun jika engkar hendak dirotan, tetapi kita umat melayu, ada suruh anak-anak kita bersolat, kalau mak dan ayah pun ramai lagi yang tak bersolat, bagaimana nak suruh anak-anak nak bersolat.

Tahniah buat pengurusan SK Dato Ishak Lumut yang ada inisiatif untuk para pelajarnya..


Hairan juga aku, kenapa bila umat Islam tak berpuasa, ada badan pennguatkuasa yang akan mengambil tindakan dengan menahan sesiapa yang tak berpuasa, kerajaan sanggup mengeluarkan iklan-iklan meminta umat Islam membayar Zakat kepada amil-amil yang dilantik atau yang ada tauliah dari kerajaan... tetapi bab solat ada pemerintah ambik peduli, dalam negeri Perak cuma sewaktu Nizar dan PR selama 11 bulan dahulu, ada dianjurkan bulan solat, mengajak rakyat Perak yang berugama Islam bersolat, bila rampasan kuasa berlaku dah tak ada lagi, yang ada pun program solat hajat di rumah MB untuk sebagai harapan dan kepura-puraan Zambri untuk memohon kemenangannya dalam keputusan siapa MB Perak.

Kenapa boleh jadi begini, apakah pemimpin-pemimpin UMNO jarang bersolat? Entahlah hak ini aku tak boleh membuat tuduhan, tetapi yang nyatanya bila PM membentang budget di Parlimen selalunya solat asar dah tentu terlepas.

kalau pemimpin sendiri tak bersolat, bagaimana mereka nak menyuruh atau mengajak rakyat bersolat, dan begitulah kalau ayah dan ibu tak bersolat, bagaimana mereka nak suruh anak-anak mereka bersolat, jadi bila dah tak bersolat maka lahirlah bermacam-macam gejala buruk, sehinggalah gejala yang terbaharu ialah gejala bunuh diri, bila dah pemimpin-pemimpun memulakan gejala itu, tak mustahil pada masa akan datang akan menjadi ikutkan pula pada umat-umat melayu....

Itulah faedahnya umat-umat melayu yang mereka dapat bila menyokong UMNO......

No comments:

Post a Comment