Pages

Wednesday, September 15, 2010

Ku Pohon Maaf Buat Semua Pembaca...

Salam Sejahtera...

Satu SMS dari seorang blogger ternama aku terima tengahari tadi... sedap kata-katanya...

" Mana lu bro? Tgh adjust anak anak sosilawati ke? Pisau cukur punya jantan."

Kekata itu memang biasa bagi aku dengan dia, itulah cara dia bergurau dengan aku. mungkin lama blog tak update.last pagi semalam... Apa pun untuk pengetahuan semua, bermula dari hari Jumaat , Sabtu, Ahad dan Isnin seharian hingga ke malam aku dok dalam kereta. Hari Jumaat berolak balik ke Joohor, hampir jam 10 malam baru sampai, hari Sabtu berjalan beraya sampai ke malam, hari Ahad pun beraya..., hari Ahad aku dapat pengalaman jalan jam, pertama dari JB ke Kota Tinggi, dan yang yang paling hebat waktu balik dari simpang Felda Pasak ke Kota Tinggi, perjalanan yang sepatutnya 15 minit menjangkau sejam setengah..

Hari Isnin sebelum balik aku pi beraya lagi, rumah mertua abang ipar aku, bersebelahan dengan rumah Hamid Albar kat Kampong Jawa Kota TInggi, Pagi Isnin tu juga awai-awai lagi Dr Wahab Arbain dan SMS tanya jam berapa boleh sampai Kapar... Jam 4 lebih aku dah sampai Kelang terus call Dr Wahab, dia minta ke Meru dan tunggu di Station Petronas.., tak lama kemudian Dr Wahab sampai dan dan menyusurinya hingga ke rumahnya...

Beriya-iya Dr Wahab meminta aku makan malam di rumahnya, tetapi jarak Manjung dengan Kapar masih lagi jauh, terpaksalah aku tolak dahulu... cukuplah makan kueh dengan mee goreng, sampai 3 kali tambah anak lelaki aku no 3 yang kebulor... Jam 6.oo lebih aku sambung semula perjalanan balik ke Manjung...

Sampai Manjung jam 9 malam lebih, perut dah meloya lapar, cari kedai makan hampir keseluruhan tutup. pusing round akhirnya satu restoren di jalan menghala Teluk Rubiah ada menjalankan perniagaan.., tetapi mak datuk... ramai nya orang, masing-masing dok menunggu makanan sampai ke meja..., alhamdulillah, dapatlah aku menjamah nasi goreng pataya setelah seharian aku berlapar...

Pagi Selasa aku naik kerja macam biasa, walaupun badan aku dah mula rasa sakit-sakit dtambah pula dengan batuk yang dah seminggu lebih aku kena... Balik kerja jam 5 ptg semalam aku tak banyak cerita terus pi klinik, Dr Pathma yang memeriksa mendapati badan aku cukup panas dengan batuk yang kuat, membuat aku terus di injet kat bontot satu jarum..Aku diberi cuti rehat sehari, hari ini dengan beberapa jenis ubat yang agak special, apa tidaknya ubat batuk sebelum ini dah dua tiga jenis aku dok makan,. tapi tak juga lega batuk tu, tetapi semalam aku dapat ubat batuk warna oren,, bila malam aku makan rasanya sebiji macam jus oren...., tak rasa macam ubat batuk..., nak kata budak-budak punya pun aku tak pasti,,, tetapi alhamdulillah, batuk yang aku hadapi dah berkurangan...Inilah yang aku dapat setelah 4 hari hidup dalam perjalanan..

Bangun pagi tadi selepas subuh, aku sambung balik tidur aku..., sehingga ke tengahari.. baru ada sedikit kelegaan, badan dah mula ringan balik..., petang tadi pergi selesai beberapa perkara tertunggak untuk siang hari besoknya... Besok sehari lagi lagi aku nak berpuasa 6 Syawal..., hari last... Hari Jumaat aku boleh raya lagi.. Raya posa 6...


6 comments:

  1. salam bro manjung,

    ingatkan aku sorang je dapat sms tu... hehehehe sebijik2 dapat sms yg sama... nak kena budak panchur nie...

    ReplyDelete
  2. oi manjung hipokrit,,,, macam mana kau pose di rumah wahab kau belasah kueh dan mee,,, bila masa pulak kau pose wahai celaka tua....

    ReplyDelete
  3. Anony 11:24..

    Adakah aku tulis yang aku makan bersama,,, aku kata anak aku yang makana..., tak kan aku berpuasa pun aku cerita kat orang semua... baca cerita bagi habis...,

    Bukankah bila sampai Manjung yang aku mengatakan aku baru dapat makan nasi goreng pataya... setelah seharian aku tak makan..

    Iniah budaya UMNO,,, tengik..., baca tak nak habis, bodo piang... kecik-kecik dulu tak nak mampos..

    ReplyDelete
  4. Salam MM,

    Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. kira 0-0 jelah...

    Gua pun dapat jugak sms tu, memang nak kena sekeh budak tu.... hahaha..

    "Dan apa yang Anon kat atas tu betul jugak bro.."

    Buat Anon: Ada dua kemungkinan;

    1) Bro MM bagitau anak dia jer yang makan dan ayatnya di situ secara umum.

    2) Mungkin hanya kesilapan teknikal jer... di sebabkan keadaan diri beliau yang kurang sihat.

    Jadi tak perlulah bersangka buruk sangat.

    ReplyDelete
  5. hoi babi,,, kau guna ke duit bonus yang anak kau dapat, yang bini kau dapat.... duit kerajaan BN tu,,,,

    ReplyDelete
  6. Hoi manjung>>>kalu dok merapu meraban dan mencarut...tak payah la kau posa...baik betaubat saja. nanti dalam kubur dia tak tanya kau dari parti mana ...PAS/UMNO/PKR atau DAP...yang dia tanya siapa saudara kamu??? adakah umno/pas atau musim...
    oleh yang demikia, jangan lah dok hukum sesama manusia, kita islam semua bersaudara cuma alairan dan fahaman yg berbeza...takut tak sempat minta maaf..kalu ngan Allah tak pa..tapi kalu sesama manusia kena mohon sesama manusia. bertaubatlah....

    Pemerhati manjung

    ReplyDelete