Pages

Tuesday, September 7, 2010

MSK ! Apa Cerita ni 1...

Semalam aku dah sentuh mengenai hal-ehwal rumah tangga PKR, siapa akan menerajui jawatan Timbalan Presiden...

Dan semalam juga bermacam-macam cerita yang kita dengar dan lihat...TV awal-awal dah menyiarkan apa yang berlaku, sokongan ahli parlimen terhadap Azmin dan berbagai lagi seolah-olah turut sama menyokong kepada Azmin, dan menyiarkan segala massalah yang menimpa Dato Zaid... nampaknya petanding Timbalan ni pasti sengit dan seolah-olah aku teringat balik rebutan jawatan Timbalan Presiden PAS antara Nasa dengan Husam,, apakah nasib Dato Zaid sama seperti Husam yang sama senegeri Kelantan..

Hari ini pula kecoh lagi bila ADUN-ADUN PKR Selangor pula turut menyatakan sokongan kepada Azmin, dan yang kelakar tu lepas tu ada penafian balik sesetengah ADUN tentang sokongan tersebut.., nampaknya apa yang Dato Zaid mengandaikan nasib dirinya seperti arwah Ghafar Baba semakin menghampiri ke kemuncaknya...

Sekejap tadi aku terbaca artikel daripada Bang Bakaq bila azmin ali dr hassan ali dilihat macam UMNO.. Huhh risau juga.. jangan buat pasai... Putrajaya belum lagi Pakatan Rakyat Kecapi..

Aku tak mau buat perbandingan macam adukataruna. Memanglah masing-masing punyai pendapat dan citarasa apa dan siapa yang nak disokong.. Cuma bagi aku, aku kenang satu saja jasa Zaid Ibrahim, aku kenang sampai bila-bila... iaitu bila ia mencadangkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai penasihat Pakatan Rakyat... dari sini aku nampak keikhlasan Dato Zaid dalam Pakatan Rakyat, inilah yang aku mahu sebagai pemimpin, bukan setakat memimpin PKR sahaja....kalau PKR sahaja memanglah cantik buat Azmin seiras dengan UMNO..

Kemudian bila aku baca kisah 38 tahun dahulu catitan blogger Tukar Tiub, mengisahkan sejarahnya,, beliau ada menceritakan bagaimana sifat Dato Zaid sewaktu mereka sama-sama dalam persatuan Mahasiswa Universiti....

Jadi buat ahli-ahli PKR sama-sama fikirlah buat Pakatan Rakyat yang akan menuju ke Putrajaya... bukan setakat nak mengekalkan kemenangan yang sedia ada, sebab kemenangan yang sedia ada PR tiada kuasa nak menghalang MP/ADUN nak melompat parti.....fikirkanlah... malam ni malam 29 Ramadhan... apakah Lailatulqadar pada malam ini.. berdoalah... moga-moga Islam memerintah Malaysia..

No comments:

Post a Comment