Pages

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya..

"Allahu akbar 3x,
La ilaha illa-Llah wa-Llahu akbar,
Allahu akbar 2x
Wa li-Llahi l-hamd."

"Allahu akbar kabiro wa l-hamdu li-Llahi katsiro wa subhana-Llahi bukrotan wa ashila"

"La ilaha illa-Llah wa la na'budu illa iyyah, mukhlishina lahu d-din wa lau kariha l-kafirun, la ilaha illa-Llah wahdah, shodaqo wa'dah, wa nashora 'abdah, wa hazama l-ahzaba wahdah. La ilaha illa-Llah wa-Llahu akbar".

Buat pembaca-pembaca blog Manjungmari sekalian, Pertama sekali aku meminta maaf zahir dan batin, jika ada segala tulisan-tulisan aku yang menyakiti atau mengguris perasaan hati kalian bilamembacanya...

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah selama 30 hari kita menjalani ibadat berpuasa, sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T memberkatinya, kalau tidak penat dan sesia sahaja , yang kita dapat hanyalah lapas dan dahaga... Cukuplah sedikit sebanyak muqadimah sempena nak raya...

Dalam masa aku dok nak mencari idea nak menulis malam ni, semangat aku sebab esok nak raya, seronok sikit tahu ni beraya selepas 2 tahun yang lalu, kerana anak sulung tiada bersama, tetapi tahun ni dia balik bercuti beraya bersama-sama...terasa cukup bahagia, hari ini pulak, hari jadi bini (9/9/2010) ibu kepada empat anak-anak aku, dah 47 tahun bini aku... tua dah ya....

Sementara dok menulis, terpandang screen TV bila terdengar suara takbir raya... rupa-rupanya mereka yang dalam gambar ni dok bertakbir...,


Takbir raya lakonan brother.. tak percaya lu klik sini. Bila tarikhnya... 28 Ogos yang lalu..Apa kata mufti.... Inilah budaya UMNO.. serba serbi berlakon, baik depan TV , mau pun depan rakyat... dalam dok berlakon macam tu dah 52 tahun depa memerintah...


Hari ini aku terima berbelas SMS dari kawan-kawan mengucapkan selamat hari raya, biasalah SMS mereka, kekata yang berbunga-bunga, tergeliat kelopak mata dok ejam-celik membacanya.., lalu dapat idea macam mana nak membalasnya.... Selamat Hari Raya moga-moga selepas PRU13 Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia... Ambik ko... rupanya ada juga kekawan yang aku tau dok belah sana nuuuu,, dia jawab balik.. Raya lupakan pru seketika bro. OK! Terima Kasih. Padan muka aku...

Nampaknya dalam suasana nak raya Pemimpin UMNO mengambil kesempatan dengan seada-adanya... apakan tidak, iklan TV ada saja rupa-rupa berok mat yeh bersama bini mengucapkan selamat hari raya kepada penonton. walaupun depa tahu aku tak suka.... nasib baik TV dah tak kena lesen lagi macam dulu RM24.oo.
Tak cukup dengan itu, menteri merangkap ahli parlimen Lumut yang menang dengan undi POS dan padam lampu PRU12 yang lalu pun ambik kesempatan, inilah peluangnya untuk meraih undi melayu, undi Cina ia memang dah tewas dah pun...

Double klik untuk besarkan..

Apek ni memang baguih, bab tanggungjawab dengan rakyat secara peribadi aku puji, walaupun dia MCA, kalau tahun-tahun lepas, setiap masjid dan surau dia pergi hulur duit bantuan, sanggup tunggu jemaah surau habis sembahyang terawih... itu pasai nama dia lekat dihati pengundi Melayu, dia kerja keras... jadi dia mendapat imbuhannya dari pengundi melayu...

Yang aku sedih dan sedikit kecewa, pada tahun ini, pada awal Ramdhan aku terpandang banner gambar Zambri di pagar persimpangan lampu trafik ke pasararaya Billion... (Gambar yang aku paparkan diatas sebelum ni..)..

Sedangkan gambar Nizar bersama TGNA dan TGHH hanya digantung di Pejabat Khidmat DUN Pasir Panjang... Siapa yang nampak melainkan pelatih CT Saloon, Pelajar SRi Taalim dan Ibu Bapa mereka... orang-oaran lain tak ada yang nampak... Hilanglah syiar jamaah Parti Islam...

Itu bab banner, kemudian kad raya..., Apek Kong Choo Haa boleh hantar ke semua surau dan masjid,,, tetapi kad Raya dari Nizar selaku ADUN Pasir Panjang, aku tak pasti adakah semua surau dan masjid mendapatnya..., surau taman aku sendiri tak dapat, aku tak tau dimana silapnya... sengaja aku tunggu sampai malam ni... dah tamat tempoh dah...

Kalau banner ucapan awal Ramadahan tak ada, aku ingat mungkin Ucapan Hari Raya adalah, rupanya tak ada juga... setakat ucapan hari raya melayu You tube yang dibuat hasil usaha blogger Otai manjung tu berapa orang yang lihat Youtube, berapa orang yang ada face book Fanclub dengan OtaiManjung...

Mungkin budget tak mencukupi untuk itu semua,,, tetapi bab kad raya tu aku tak faham,, aku dah sebut dah pada orang yang bertanggungjawab, dia dah mengganguk-gangguk... rupanya elek juga...

Tak taulah... bukan senang oii nak mengurus dan mempertahankan kemenangan.... tak bolehlah nak harap semua tugas tu keatas YDP atau timbalan-timbalannya,,,

4 comments:

  1. Salam 1syawal..
    biasala syeikh...
    perjuangan ni.. banyak penumpang daripada tukang kayuh..
    banyak penyokong daripada pendokong..

    teringat perbualan dengan ustaz Idris ahmad selepas usrah bulanan pemuda PAS selangor..
    dia akui dia sendiri sorang2 buat keje penerangan..
    kenyataan media pun dia sendiri taip dan hebahkan!!
    adushhh!!

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat,

    Pak Sheikh ucapkan selamat menyambut Eidil Fitri pada akhi dan famili. Semoga sentiasa dirahmati oleh Allah. Dan teruskan perjuangan... Takbir!!!

    ReplyDelete
  3. Bismilah Hir Rahman NIr Rahim
    Blogger Manjung Mari
    Saya ingin mengucapkan selamat menyambut 'Iedul Fithri , maaf dzahir dan batin

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Haji..

    Terima kasih... Selamat hari raya.. Moga=moga lepas ni PRU13 nanti PR akan menang dan memerintah Malaysia,,,

    ReplyDelete