Pages

Monday, September 20, 2010

Semua Yang Haram Ada Didalam UMNO...

Salam Sejahtera,,,

Sewaktu aku kecik-kecik dulu tahun 60 han, aku sering dengar Loteri Kebajikan Masyarakat, Nombor wawih(ekor) dan berbagai lagi..., Ini adalah dari hasil usaha UMNO zaman Tunku Abdul Rahman yang membenarkan judi.... Jadi judi menjadi satu perkara biasa dalam UMNO...

Kalau judi dah ada, arak mesti tak ketinggalan, tak payahlah nak cerita banyak bab arak ni, paling kelakar bila isu sebat 6 rotan terhadap seorang wanita yang mengaku salah minum arak, bertempiaran pemimpin uMNO mengulas isu tersebut...c

Kemudian Rasuah,, pepatah melayu sebut tumbuk rusuk, kalau sekarang bermacam-macam lagi sebutan, sehinggakan terbawa dalam persidangan UMNO, bila bermula? Kalau tak silap aku zaman Mahathir, jadi Rasuah sudah menjadi budaya UMNO.....

Kepercayaan tahyul dan kurafat, UMNO cuba timbulkan semula, kalau dalam bulan ramadhan yang lalu siaran TV dihidangi dengan aturcara syahadah, jejak rasul, pengajian alquran dll, tetapi bila bulan syawal, TV penuh dengan cerita-cerita tahyul, hantu, seolah-olah hantu dah terlepas dari ikatan semasa bulan ramadhan.

Pembawa ajaran sesat seperti Ayah Pin, Imam Rasul melayu, mereka ke semuanya adalah ahli UMNO, untuk mengelakkan banyak lagi senarai ahli-ahli UMNO didedahkan, laman web UMNO telah menutup semakan online ahli-ahli UMNO.

UMNO sentiasa inginkan pembaharuan iaitu yang haram kalau boleh nak dijadikan harus..., apa tidaknya sekarang mereka cuba berusaha melindungi anak-anak gadis (pelajar) hamil pula dengan mendirikan sekolah khas, dengan ini lama-kelamaan masyarakat melayu dah tak ambk kisah bila anak gadis hami tanpa nikah, seperti mana sekarang wanita tak tutup aurat masyarakat tak kisah, pergaulan remaja bersosial tak kisah dah, murid-murid sekolah Tingkatan 1 dah mula pandai kurang ajar dan melawan guru menjadi perkara biasa....dan berbagai-bagai lagi lagi gejala...

Dan yang terkini dan paling sensasi dalam UMNO ialah budaya bunuh diri, satu lagi budaya paling terbaharu, dimulai oleh seorang ketua bahagian UMNO, (mengikut laporan polis) dan nampaknya ada perkembangan baik, kerana dah pun menjadi ikutan seorang lagi iaitu rakan karib arwah sosilawati (laporan polis)....

Inikah hasil dari UMNO memerintah negara kita, membuat masyarakat melayu menjadi dungu, tak kisah dengan apa musibah yang berlaku, apakah kita mahu bala dari Allah seperti di negara seberang kita sahaja!!!

Tepuk dada tanya iman masing-masing, .....





No comments:

Post a Comment