Pages

Saturday, September 11, 2010

Sesudah Subuh Raya Kedua..

Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa 6 Bulan Syawal..

Selepas Solat Sunat Raya semalam, jam 12oo tgh lebih kurang, dalam suasana hujan aku berlima berlepas balik ke Johor Bharu..., namun kali ini aku cuma sekadar menjadi Co-Pilot.... duduk disebelah pemandu, jawatan yang aku lakukan selama 22 tahun sebagai pemandu membawa keluarga telah diambil alih oleh anak-anak....

Hurghh bestnya... duduk sebelah, namun biasalah bila duduk sebelah mengantuk pulak,,, nak tidur kesian kat anak yang dok pegang steering...terpaksalah tersengguk-sengguk menahan mengantuk sehingga jam 9 malam lebih baru aku selamat sampai ke Kampung Bendahara (Kampong Othman Saad) berhampiran Kampong Melayu Majidee Johor Bharu..Aduka Taruna.. maaf salam hang untuk ........ tak dapat aku nak sampaikan....

Pagi ini, tarbiah sebulan Ramadhan yang lalu terpaksa diteruskan, solat subuh aku ke Masjid Kampong Bendahara, aduhai... masjid yang dah hampir 20 tahun, sebelum ini Surau.. jemaah yang sampai awal semuanya warga emas yang menunggu hari... malah Imamnya Haji Harun (bapa saudara Dolah Salleh Pemain bolasepak negara - Coach Selangor) yang cukup baik dengan aku masih lagi setia melaksanakan tugas imamnya, masih lagi sihat walaupun kelihatan sedikit keuzuran..

Namun inilah budaya dinegeri warisan melayu UMNO, hanya satu saf yang tak sampai pun 20 orang, mungkin masing-masing penduduk sekitar kesejukan dan keletihan berhari raya semalam.... nasib baiklah adanya bilal Pak Yusof, Pak Talib dan beberapa orang yang aku kenali, namun nama tak aku ingat..., kemudia ada 2 orang ahli jemaah tabligh, abang ipar aku dan anaknya... barulah nak masuk saf datang seorang yang cukup aku kenali.. Encik Mat Nor Markam.. bekas Incharge (CPO Writer) dalam TLDM, pun balik bercuti ke rumah mertuanya..

Selesai solat... CikMat Nor tarik tangan aku duduk kat penjuru luar masjid ajak berbual, bercerita kisah lama, tanya kekawan bekas TLDM yang berada di Manjung, sedangkan Cik Mat Nor menetap di Taman Permata Selangor...

Seronok juga bila aku mendapat maklumat yang ramai Ex-Navy termasuk Laksma (Bersara) Datuk Pahlawan Norazman bekas pengrah PPPM(MECC) boss aku dulu pun dah aktif dengan kegiatan aktiviti masjid.. alhamdulillah,,, ku ingat hanya di Manjung sahaja bekas pegawai-pegawai kanan TLDM yang bergiat aktik dengan kerja=kerja kebajikan, rupanya di Selangor pun apa kurangnya...

Inilah kesan dari PR meemrintah negeri-negeri yang sebelum ini UMNO memerintah.... Aku luahkan apa yang aku tulis diatas mengenai kedatangan makmun dimasjid Kampong Bendahara dibawah negeri pemerintahan UMNO, berapa jemaah yang hadir.., menggeleng kepala Cik Mat Nor... inilah UMNO, mereka lebih suka rakyat bodoh dan jahil dengan ilmu agama, mereka lebih rakyat berseronok suka menghadap TV yang sudah sedia menyiarkan beratus jenis acara-acara lagha yang melalaikan rakyat dalam masa suasana cuti berhari raya...

UMNO rela umat melayu leka berhibur, lupa akan apa masaalah yang berlaku dalam negara, masaalah buang bayi, masaalah sosial, mat rempit, jenayah juvana, dan berbagai lagi... biarlah rakyat berhibur dengan penuh kepuasan.. moga-moga next PRU13 UMNO mengharap umat melayu yang begini akan menyokong mereka....

Selamat bercuti dan berhari raya...



2 comments:

  1. salam tuan,
    dikebanyakkan masjid di johor gambaran kekurangan jemaah adalah biasa. tapi adakah perkara ini berkaitan dengan UMNO? atau memang "kecerdikan" mereka? sememangnya masjid hanyalah tempat solat je?

    ReplyDelete
  2. Waalaikum Salam jaw...

    Bagi aku UMNOlah bertanggung jawab dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat melayu...

    Tak kira dinegeri mana, selagi UMNO yang berkuasa...

    UMNO hanya membenarkan pengajian dalam masjid kalau quran hanya berlajar tajwid, berlagu, kalau bab tafsir dan sebagainya eee tak boleh,, nanti salah tafsir...

    Bab batal air sembahyang, sifat 20, tayammun haid dan nifas,,, sedangkan makcik yang belajar masing-masing dah monopose dah pun...

    Bila masjid tak diimarakkan, mana nak ada mamkmum datang berjaah..., bulan ramadhan hanya dibenarkan sembahyang terawih, sedangkan tazkirah tidak dibenarkan.... masyarakat dikelirukan dengan apa yang ada dimasjid...

    ReplyDelete