Pages

Tuesday, October 12, 2010

Apa Kata UMNO : Hukum Mengumpat

Salam Sejahtera....

Banyak daripada tidak tahu apa yang dikategorikan mengumpat.... aku jumpa satu artikel dalam facebook mengenai mengumpat, moga-moga para pembaca terutama ahli dan penyokong UMNO faham...

Terima Kasih Cik Bulat Dusun...


Hukum Mengumpat Pemerintah Yang Zalim

Salam

Apakah hukumnya kita mengumpat pemerintah yang tidak melaksanakan hukum islam yang sebenarnya demi untuk menyedarkan rakyat...Wassalam

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته{ بسم الله الرحمن الرحيم }(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

SU – 00049 : MENGUMPAT PEMERINTAH YANG ZALIM

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Tholiban . Ahamdulillah dengan izin dan hidayah daripada Allah Ta’ala maka berikut ini adalah jawapannya .

Di antara ciri-ciri orang yang zalim ialah sbg mana yang dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala :

وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Ertinya : “ …dan sesiapa sahaja yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah itu maka mereka itulah golongan yang zalim “ ~ Surah al-Maidah ; ayat 45 .

(( Apa yang diturunkan oleh Allah )) : Ayat ini asalnya diturunkan untuk golongan Bani Israil . Akan tetapi tidak mengapa ianya digunakan secara umum memandangkan ayat-ayat al-Quranul Karim ini sendiri adalah pedoman dan iktibar kepada manusia , khasnya bagi umat Islam . “ Apa yang diturunkan “ itu meliputi semua jenis wahyu yang berbentuk suhuf, kitab dan apa sahaja yang pernah didatangkan kepada Para Anbiya a.s . Jika kaum Bani Israil yang tidak mahu berhukum dengan undang-undang kitab Taurat sendiri digelar sebagai “ orang-orang yang zalim “ oleh Allah Ta’ala sendiri , maka apatah lagi dengan umat Islam yang tidak mahu berhukum dengan undang-undang yang termaktub di dalam al-Quranul Karim ! .

Itulah di antara ciri-ciri manusia yang zalim .

Maka secara ringkasnya jawapannya begini :

Tidak semua jenis mengata – mengajuk – melapor itu boleh dikategorikan sebagai “ MENGUMPAT “ :non dan kalau ada juga pihak yang mengatakan itu sebagai mengumpat , maka ia adalah drp jenis mengumpat yang dibenarkan . Kerana kalau semua jenis mengata – mengajuk – melapor itu benar-benar dianggap sebagai mengumpat ataupun mengumpat yang dilarang oleh agama , nescaya tidak berfaedahlah kita membuat balai polis dan tidak bergunalah diwujudkan B.P.R ( Badan Pencegah Rasuah ) . :spamafote

Melapor kejahatan seseorang @ satu pihak , mendedahkan penyelewengan yang dilakukan , membuka rahsia dan skandal busuk mereka BUKANLAH mengumpat sama-sekali , akan tetapi itu termasuk di dalam kategori “ al-Amru Bil Ma’aruf Wan Nahyu ‘anil Munkar “ ( Menyeru Kepada Kebajikan Dan Mencegah Drp Kemungkaran ) . Ini disebabkan umat manusia perlu diselamatkan daripada golongan dan pihak yang seperti itu .

Di dalam SJ – 2075 , kami telah menyatakan :

Mendedahkan penyelewengan dan pengkhianatan seseorang , khasnya seorang pemimpin yang diberikan amanah untuk mentadbir dengan bersih , cekap dan amanah , BUKANLAH merupakan satu dosa , bahkan ianya merupakan satu PERKARA YANG WAJIB . Kerana , jika tidak didedahkan penyelewengan , keburukan sikapnya dan pengkhianatannya , akan terus bermaharaja-lela dan akan ramai lagi manusia yang menjadi mangsa kezalimannya .

Permasalahan memalukan seseorang itu , samalah juga dengan permasalahan mengumpat . Asal-usul kedua-duanya ini adalah HARAM kecuali di dalam beberapa keadaan yang dibenarkan syariat – sebagai mana dinyatakan oleh Al-Imam Al-Ghazali ( rh ) di dalam “ Ihya’ Ulumiddin “ dan Al-Imam An-Nawawi ( rh ) di dalam “ Riyadhus Solihin “ - iaitu :

1 – Mengadu mengenai kezaliman seseorang .
2 – Sebagai cara untuk mengubah kemungkaran dan menasihati seseorang yang berbuat dosa .
3 – Untuk memohon fatwa mengenai sesuatu hukum dan permasalahan .
4 – Menyelamatkan orang-orang Islam daripada kejahatan seseorang dan menasihati mereka .
5 – Membongkar penyelewengan seseorang yang melakukan kefasiqkan dan bid’ah secara terang-terangan .
6 – Untuk lebih memudahkan pengenalan .

Maka di dalam keenam-enam situasi di atas , MENGUMPAT DAN MEMALUKAN seseorang itu dibenarkan , dengan syarat niat utama hendaklah kerana Allah Ta’ala dan menjaga batasan-batasannya , agaryang diharuskan itu tidak pula bertukar menjadi haram !.

Maka selagi memalukan ataupun mengumpat seseorang di dalam batas-batasan yang dibenarkan syariat , maka selagi itulah ianya boleh dilakukan. Akan tetapi jika tidak , maka hukumnya kepada kepada asal iaitu HARAM .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .Wallahu A'alam Bis SowabWahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

Posted by aizuddin at 2:32 PM



No comments:

Post a Comment