Pages

Monday, October 11, 2010

Apa Kata UMNO !! Siapa lebih racist DAP atau MCA..

Selama ini UMNO dok menjaja parti DAP yang memperjuangkan perkauman, namun sedikit sebanyak UMNO dah tak tidor malam, apabila Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng memerintah tanpa mendapat apa-apa bantahan dari keseluruhan rakyat penduduk Pulau Pinang melainkan melayu-melayu bangsat yang menjadi anjing suruhan UMNO....

Oii Orang Umno, semalam MCA yang diketuai oleh pelakon DVD Porno telah meminta hak-hak orang melayu dikaji semula....,, Mana dia pejuang-pejuang UMNO, mana dia PERKASA...... Tolonglah orang Melayu....



POLITIK

MCA desak kaji semula kuota bumiputera

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini mengulangi gesaannya supaya kerajaan mengkaji semula ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus.

Beliau berkata, ia adalah selaras dengan program transformasi ekonomi yang sedang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini yang bermatlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

"Ekonomi negara perlu diliberalisasikan dan kuota bumiputera 30 peratus itu harus dikaji semula.

"Ia tidak bermakna kami cuba merampas hak keistimewaan kaum majoriti tetapi apabila kita meliberalisasi, kek ekonomi akan berkembang dan semua orang akan mendapat perkongsian yang sama rata," katanya pada sidang akhbar selepas tamat Perhimpunan Agung Tahunan MCA di sini hari ini.

Permintaan MCA itu adalah salah satu daripada 13 deklarasi yang telah diluluskan pada Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu.

Deklarasi itu sebelum ini mendapat bantahan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang menyifatkan ia sangat tidak sesuai dengan masanya berikutan golongan bumiputera masih lagi terkebelakang dalam pelbagai bidang di negara ini.

MCA bagaimanapun pada hari ini meluluskan resolusi yang antaranya menyokong penuh 13 deklarasi itu.

Dalam pada itu, Soi Lek turut membidas kenyataan perwakilan Wanita MCA Pahang, Khiew Yuh Jiu pada perhimpunan agung tahunan pergerakan itu semalam yang membangkitkan isu berhubung skandal seks beliau.

"Saya hormat apa yang mereka katakan di dalam perhimpunan itu. Namun saya ingin ingatkan mereka bahawa saya dipilih melalui pemilihan yang diadakan sebelum ini.

"Ini adalah cara yang demokrasi. Saya hormati mereka tetapi saya juga meminta mereka ini menghormati saya sebagai Presiden MCA," katanya.

No comments:

Post a Comment