Pages

Thursday, October 21, 2010

Harapan Nenek Midah Cerah, Zambri pulak bertambah gelap..

Tentu semuanya masih ingat, siapakah yang sepatutnya menjadi MB Haram negei Perak selepas berlakunya rampasan kuasa dua tahun lalu.....

Tetapi kini, atas nama kehendak rakyat diutamakan, Ketua Wanita UMNO sendiri sekali lagi menyuarakannya mahukan golongan wanita pun diberi keutamaan...

Aku rasa peluang cerah akan berlaku sebelum PRU13 nanti,,, Bila Ketua Wanita menyampaikan hasrat, Wanita Pertama pulak pun setuju nak kata apa lagi Najib,,, mai ikut saja la....

Ingat!! Sejarah UMNO.., kalau timbalan PM yang juga Timbalan Presiden UMNO boleh dituduh dengan pelbagai rupa, jadi kalau setakat Menteri Besar Zamri mamak tak ada hal punya...

Dengar-dengar Zambri balik Haji nanti, letak jawatan MB atas faktor kesihatan.... Dalam politik Melayu UMNO tak ada yang mustahil...

NEGARA

Lantik wanita jadi MB - Shahrizat


SHAHRIZAT (kanan) dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim (kiri) menyambut kunjungan Najib di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita UMNO mahu lebih ramai golongan Hawa dilantik menerajui jawatan lebih tinggi termasuk menjadi Menteri Besar.

Ketuanya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pelantikan itu jika dilaksanakan dapat memartabatkan peranan wanita di negara ini.

"Saya dan ahli Exco Wanita mesti berani memperjuang dan menyediakan 'prasarana' dan 'lebuh raya' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan, misalnya menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertemakan 'Melonjak Wanita ke Persada Kepimpinan' pada persidangan pergerakan itu di sini semalam.






1 comment:

  1. Salam, Siapa lelaki gemuk sebelah kiri najib tu. PapaGOMO ke ? Gemuk macam si laknat tu jer.

    ReplyDelete