Pages

Saturday, October 16, 2010

Keberkatan pembentangan bajet 2011 semalam...

Semalam betapa hebatnya pembentangan bajet, seolah-olah rakyat Malaysia boleh dapat mengecapi kehidupan yang lebih bermakna....

Ni apa cerita ni,,, aku harap berita ni tak salah lapor,,, ini maklumat dari akhbat suku sakat Utusan Malaysia...

600 guru sandaran bakal hilang kerja


Sebahagian daripada 400 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menunjukkan surat kontrak mereka tidak disambung di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Kira-kira 600 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di negeri ini bakal kehilangan punca pendapatan setelah kontrak mereka ditamatkan oleh Kementerian Pelajaran secara berperingkat bermula 10 Oktober lalu.

Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gulau di Sik, Amir Hamzah Harun, 33, berkata, setiap hari dia menunggang motosikal sejauh 150 kilometer dari Gurun untuk mengajar bagi menampung kehidupan bersama isteri, anak dan ibunya.

"Kalau kontrak ini ditamatkan, susah untuk saya menyara keluarga.

"Saya merayu kementerian agar menyambung kontrak guru GSTT kerana kebanyakan kami mempunyai pengalaman mengajar yang agak lama," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri perjumpaan guru-guru sandaran dengan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment