Pages

Saturday, October 16, 2010

Kesian..., Pingat dah kena tarik.., jantung pula nak kena bedah..

Sudah jatuh di timpa tangga, nasib badan pejuang tersohor kebangsaan melayu.... hilang kekuatan dan kePERKASAannya...


Ibrahim Ali akan dibedah jantung Isnin ini


Okt 16, 10 1:50pm
Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.

Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa malaysia (PERKASA) dijadual jalani bedah jantung Isnin ini.

Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas.

Katnya, ia akibat penyakit kencing manisnya dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkannya seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."

Tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.

Pingat Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan, (DJMK) itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

Walaupun pingatnya ditarik balik oleh Sultan Kelantan sekarang, namun Ibrahim masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.


1 comment:

  1. Pingat di tarik balik pun nak komplen, kalau jantung kena tarik balik "perkasa" nak komplen pada sapa ye?

    ReplyDelete