Pages

Tuesday, October 26, 2010

Nasib Pembaca Al-Quran Kanak-kanak Malaysia!!!

Aku masih ingat, beberapa tahun yang lepas, seorang pelajar belasan tahun, yang mewakili negara dalam menghafaz Al-Quran peringkat dunia yang diadakan di negara Qatar kalau aku tak silap, namun ketibaan pelajar wakil negara di lapangan terbang negara Arab terpaksa menaiki teksi dengan bayaran sendiri, tanpa ada wakil kedutaan negara Malaysia di sana,,, Inilah yang diterima oleh rakyat Malaysia yang ingin membesarkan Al-Quran, tidak seperti Ahli Sukan, artis dan sebagainya...

Terkini, yang terbaharu, seorang pelajar berumur 11 tahun, menang peringkat Asia, nasib baiklah akhbar Sinar yang siarkan, kalau tidak tak tahu pun kita akan ada pelajarnya Malaysia yang menjadi johan peringkat Asia..., Inikah sikap media utama di Malaysia...ia tak kisah pun...

Murid 11 tahun qari terbaik Asia

MERANTI – Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas mengharumkan nama negara setelah diumum sebagai Johan Pertandingan Tadarus al-Quran Peringkat Asia di Brunei, baru-baru ini.

Gurunya, Mohd Hussin Yunus berkata, murid tersebut, Ahmad Najib Datuk Mohd Nassaruddin, 11, merupakan Johan Tadarus Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Terengganu, Mei lalu.

“Dia mula menunjukkan peningkatan dalam bidang ini setelah mendapat Johan Peringkat Negeri dua tahun berturut-turut sejak tahun lepas.

“Pertandingan yang dikelolakan Majlis Agama Brunei-Indonesia-Malaysia-Singapura (Mabims) itu mengumpulkan wakil terbaik beberapa negara Asia,” katanya, semalam.

Mohd Hussin berkata, pertandingan ini sememangnya persaingan sengit terutama dari Indonesia yang seringkali muncul johan dalam beberapa kategori.

Menurutnya, terdapat empat kriteria dinilai sebagai tadarus yang baik iaitu tajwid, fasohah, tarannum dan suara.

“Kelebihan Ahmad Najib ialah suaranya yang unik ketika mengalunkan ayat suci menghasilkan seni yang indah dan bertenaga.

“Harapan saya semoga lapisan masyarakat khususnya ibu bapa menekankan kecintaan kepada al-Quran dalam jiwa anak-anak dan menjadikannya sebagai idola agar kehalusan seni di dalamnya memelihara akhlak anak-anak di dunia dan akhirat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Najib Nassaruddin berkata, dia mendapat sokongan daripada ibubapa, keluarga dan guru hingga ke peringkat antarabangsa.

“Sebulan sebelum pertandingan, saya ke rumah Cikgu Hussin tiap-tiap hari selepas solat Maghrib bagi menguatkan tajwid dan bacaan al-Quran,” katanya.

Ahmad Najib berkata, dia juga pernah mendapat didikan awal daripada Arwah Muzdi Awang ketika mula memasuki pertandingan tadarus peringkat negeri.

“Saya mengesyorkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang ini, ia sangat menakjubkan,” katanya.

4 comments:

  1. salam tuan...

    inilah najib yg dicari2...bukan yg duk celah embab tuh.

    ReplyDelete
  2. patutla tak keluar paper ... kalau tak salah tengok pada nama bapanya ini anak kpd Speaker DUN Kelantan iaitu YB Adun Meranti..

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah. BBertuahnya anak ini. Yeop, nasib2 huffaz kitapun macam tu jugak. kjaan ROJIB x pedulipun...

    ReplyDelete
  4. sbb budak ni bukan dari klon permata negara....jadi x glam.....tak pe apa pun allah lebih mengasihi bapa dan anak ini akan lebih glam...dipadang masyhar nanti. Allahurabbi...

    ReplyDelete