Pages

Thursday, October 14, 2010

Panduan Buat para isteri-isteri...

Maha suci Allah, dengan kuasanya sebagai pemilik muka bumi ini, satu kejadian yang susah nak diterima oleh akal telah dipertontonkan kepada semua manusia supaya kita berfikir .

Apa pun aku tak mau nak ulas bab kejadian tu, cuma bab yang berkaitan berita dibawah ini, patut diambil oleh oleh isteri-isteri sebagai panduan untuk keharmonian rumah tangga..

LUAR NEGARA

Ahli keluarga pelombong sediakan 'kejutan seksi'

LOMBONG SAN JOSE 13 Okt. - Terperangkap di dalam lombong bawah tanah di utara Chile selama 10 minggu bukan saja mengubah kehidupan 33 pelombong terlibat, malah turut memberi kesan kepada pasangan hidup mereka.

Ketika tinggal beberapa jam sebelum ditemukan semula, isteri dan teman wanita pelombong-pelombong terbabit sibuk membuat rawatan kecantikan dan menyediakan 'kejutan seksi' buat pasangan masing-masing selepas terpisah selama dua setengah bulan.

Seolah-olah mendapat tenaga daripada harapan, wanita-wanita ini mendandan rambut, mewarnakan kuku dan memilih pakaian dalam seksi ketika tidak sabar menunggu kumpulan pelombong itu diselamatkan.

"Saya tidak pernah mencantikkan rambut tetapi kini saya telah memendek dan mewarnakannya sedikit perang. Saya menghias diri secara lengkap," kata Cristina Nunez, 26, sambil mengirai rambutnya.

Nunez juga mengaku merancang untuk memakai 'pakaian bayi renda merah' yang diberikan kepadanya untuk pertemuan semula pertama dengan teman lelakinya, Claudio Yanez yang tinggal bersamanya selama 10 tahun dengan dua anak berusia lapan dan satu tahun.

Katanya, dia merancang untuk menetapkan tarikh dengan pendaftar sivil dan melangsungkan perkahwinan sebelum membeli rumah.

Liliana Ramirez, isteri Mario Gomez yang berusia 63 tahun dan ketua kepada kumpulan pelombong itu pula berkata, dia bersedia untuk pertemuan penuh emosi itu.

Dia yang berusia dalam lingkungan 50-an dengan bangganya memberitahu bahawa dia tidak banyak bersolek kerana 'sentiasa kelihatan cantik', selain turut menyiapkan kejutan untuk Gomez.

Isteri dan teman wanita kepada pelombong lain turut membuat persiapan untuk bertemu kembali, namun perancangan mereka itu perlu ditunda sedikit masa lagi kerana kesemua pelombong itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Hanya pertemuan singkat dibenarkan selepas mereka diselamatkan sebelum mereka dibawa dengan helikopter ke bandar Copiapo untuk pemerhatian terperinci di hospital. - AFP,


Sebenarnya kisah sebegini ada di ceritakan berlaku juga dizaman Rasulluhan, dimana beliau menyuruh puterinya Saiyadatina Fatimah isteri kepada Saidina Ali pergi belajar kepada seorang isteri yang telah mendapat keredaan Allah dalam melayani suaminya...

10 minggu tak jumpa oiii, jangan buat pasai....

No comments:

Post a Comment