Pages

Friday, October 22, 2010

PRK P185 Batu Sapi - Masih Belum Terlambat...

Memang aku dah dok agak dah.... sebelum ni pun aku dah beleter kat Sini . Namun sapalah nak pandang pandangan kita ni, yang nyata pertandingan 3 penjuru di Batu Sapi...

Aku bukan nak memihak kepada parti SAPP, tetapi kata-kata

"SAPP adalah parti tempatan. Jika kami tidak bertanding di Sabah, di manakah lagi kami dapat bertanding,"

Itu yang membuat aku timbul simpati kepada mereka....

Pimpinan PKR kenalah ambik kira diatas pengorbanan dan keberanian mereka yang tak kesampaian, ingat kut berjaya ke Putrajaya pada 16 Sep, rupanya tak menjadi..

Kalaulah pertandingan 3 penjuru menjadi kenyataan,petuga-petugas dan penceramah dari parti-parti PR yang lain, tak payahlah nak dok pi kempen kat Batu Sapi, buang masa, tenaga dan wang ringgit sahaja, lebih baik beri kemenangan percuma kepada BN... hati tak sakit ..

Oii, SAPP bukan macam calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris yang hanya menang 62 undi di PRK Bukit Gantang, kalau standard tu tak apa, tetapi SAPP ada pengaruh, ada ahli dan penyokongnya tersendiri di bumi Sabah, faktor kena ambik kira...

Kalau dah separuh ke SAPP, separuh lagi ke PKR, manakala parti yang nak ditentang, bukan jenis kecik anak, PBS, tentu kau orang semua ingat, PBS pernah memerintah Sabah, selepas parti Berjaya jatuh, kalaulah UMNO tak main kotor di Sabah waktu tu, yang diketuai oleh arwah Tun Ghafar Baba, aku rasa PBS masih lagi memerintah Sabah..

PBS satu hal, kemudian seperti yang sedia maklum, bila dah bertanding tu tuan rumah dah johan menunggu, kemudahan yang sedia ada seperti SPR, PBT, Polis dan macam-macam lagi,,, jadi sendiri faham lah..

Jadi buat pimpinan PKR, fikir-fikirlah, janganlah nak menyusahkan kawan-kawan dalam PAS dan DAP, aku rasa bukan kami saja tak suka, ahli PKR sendiri pun ramai yang tak suka dengan keputusan ini..

Alangkah cantik kalau SAPP bertanding, PKR, DAP dan PAS pakat ramai-ramai pi bantu mengempen, baru BN lihat semakin kecut teloq, pengundi-pengundi atas pagar yang bakal menentukan kemenangan akan dapat memikir akan kesepakatan pembangkang, ini tidak, sesama kita dah berpecah, seolah-olah BN dah dapat kemenangan yang pasti berpihak kepadanya.

Aku tak taulah pulak, mungkin PKR ni hebat di Sabah, tak macam di Semenanjung, sampai PRU12 yang lalu pun... erghh malas nak ceritalah,,, nak cerita, nak kutuk, pun kekawan juga,

Itu pun cita-cita tinggi macam Mat Jenin......nak rampas kerajaan dan nak tadbir Putrajaya!!!, kes sekecik ni kalau tak boleh selesai juga, tak payahlah nak mimpi semua tu..., jadilah lagi Ketua Pembangkang kat parlimen, itu pun kalau menang kes Saifolll... .

1 comment:

  1. Tuan, sebab Sabah dulu PKR nak kasi Azmin pegang..mujur ramai yang bantah...agaknya kesan tu baru nampak kali ni kot..

    ReplyDelete