Pages

Monday, October 18, 2010

Warga Seri Manjung, Kasihanilah Waris generasi kita semua...

Salam Sejahtera....

Penduduk Malaysia baik dimana sahaja masih belum ramai yang menggunakan sumber baru iaitu media internet sebagai bahan berita, mereka masih lagi mengharap dan mempercayai media utama iaitu TV dan ahkbar-akhbar..

Dalam masih yang dok menatap screen internet tiap-tiap hati macam aku ni pun, aku terlepas pandang juga apa yang berlaku di tempat aku sendiri apa yang berlaku....



Nasib baik kerana masih ada lagi jiwa-jiwa penyayang kepada alam semesta kurniaan Allah iaitu muka bumi ini, termasuklah di daerah Manjung ini...

Aku menyanjung tinggi diatas daya usaha dan inisiatif blogger otai-manjung. yang tidak mengenali letih, penat dan tidak jemu-jemu menulis apa yang telah terjadi di daerah Manjung iaitu projek besar di pusat peranginan Teluk Rubiah.

Cukuplah dengan terdirinya projek TNB Janakuasa Manjung, jangalah ditambah lagi sebuah projek yang bukan sepatutnya didirkan di bukan kawasan yang sepatutnya.

Aku bukan menentang pembangunan yang dibawa oleh kerajaan di tempat aku, tetapi dirikan lah ditempat yang sesuai dan bukan dikawasan yang berhampiran penempatan penduduk kampung dan taman-taman dipersekitaran.

Projek pembinaan kilang besi/aluminium yang bakal akan didirikan di Teluk Rubiah sepatut di dirikan dikawasan projek industri Kampung Acheh, kenapa di Teluk Rubiah.

Di sini aku ihgin memaklumkan buat penduduk warga Manjung, tak kira apa fahaman Politik, bantahan boleh dibuat di Pejabat Majlis Perbandaran Seri Manjung (MPM) dan Pejabat Tanah dan Daerah Manjung, tarikh tutup bantahan adalal pada 04 Nov 10 depan, pihak berkuasa yang berkenaan tidak memaklumkan tentang bantahan tersebut, seolah-olah ada arahan-arahan ghaib yang melarang hebahan bantahan itu dimaklumkan kepada penduduk tempatan untuk membuat bantahan.

Jadi aku berseru kepada diri aku sendiri, dan pembaca-pembaca blog aku, sama-samalah kita membuat bantahan tersebut, disamping itu tolonglah hebah-hebahkan kepada semua yang tidak megetahuinya...

sanggupkan kita membiarkan anak-anak cucu cicit kita yang akan datang hidup dengan menghidu udara yang tercemar..., Menteri yang meluluskan ia tidak menetap di manjung, ia peduli apa,,,, yang menerima masaalahnya ialah anak cucu kita......





1 comment:

  1. salam tuan, letak juga di facebook..especially kat facebook DS Nizar.. tmpt tu biarlah terpelihara.. alam sekitar pun tak tercemar.. - Neo

    ReplyDelete