Pages

Saturday, November 20, 2010

Buat Pengkomen "HantalooHayam" dan "mangkok mari"..

Salam sejahtera....

Bila aku kuit sikit bab kisah apa yang berlaku dalam PKR maka ini komen yang aku dapat....

Anonymous said...

Bagus Tuan blog..
Hantam lagi azmin hantam lagi PKR tak kira lah tak hantam pas pun tak apa. Harap Pas nak menang dalam PRU13 sorry la. Setakat kedah dan kelantan boleh la dan mungkin tuan blog dah cukup happy dgn 2 negeri tu.

Bukan apa lagi tuan blog hantam PKR maka BN akan dapat kredit sedikit sebanyak. Nanti bila azmin diumumkan sebagai pemenang kamu hantam lagi dia yea. lagi azmin kena hantam lagi bagus. Kempen FREE untuk BN.


HantalooHayam

Baru ok...lemah PKR lg senang BN menang....

November 20, 2010 4:58 PM


mangkuk mari said...

betul tu.. kasi hentam la lagi.. londeh semua keburukan PKR... biar pkr hancur.. biar hancur pakatan rakyat.. lepas tu boleh laa PAS bolot semua kerusi masa PRU13. masa tu baru puas hati engkau wahai tuan blog.

November 20, 2010 9:34 PM.


Nampaknya pembaca blog tahu siapa yang yang menjadi punca angkara yang tak selesai-selesai sehingga sekarang dalam parti PKR, hangpa nak marah, nak kata apa pun katalah, tapi aku banyak tak puas hati dengan apa yang berlaku....


Buat pembaca-pembaca web sebelum kedatangan blog-blog, ita masih ingat dengan penulis laman web marhaen, haha... hangp aku baru terjumpa satu kisah mengenai Azmin Ali... hang boleh baca sendir,, aku tak mau ulas panjang,, kang hangpa dok kata aku membawa pecah belah buat parti PKR...klik marhaintua68.

Kebanyakan maklumat semenjak aku dok melayari internert dari zaman reformasi laporan-laporan dari web marhaen adalah 85-95% adalah benar terjadi, aku tak mengenali siapa sebenarnya penulis marhaen ni, tetapi itulah kenyataan..

Patutla bila otai-otai PKR yang keluar parti PKR masuk UMNO mereka tak hentam Azmin, sentuh sikit pun tidak,, yang mereka dok hentam DS Anuar Ibrahim,,, rupanya ada cerita disebalik tabir... Hebat permainan Dr Mahathir.dan setia sungguh Azmin seperti yang pernah dikatakan oleh sahabat-sahabat aku dari PKR... apa pun nak buat apa lagi dah,, Azmin 99% akan menjadi Timbalan Presiden PKR..kita tunggu sajalah...


6 comments:

  1. tuan blog,
    aku tak peduli pasai azmin kaa.. anwar kaa sesapa kaa.. peduli apa aku.. aku bukan respect depa pun tapi bila dah ada ikatan ukhuwah kena laa kuatkan.. aku cuma nak tengok BN tumbang!! itu saja.. lepas tu kalau nak buat pembersihan dalam parti buat laa.. yg penting pru13 dah dekat.. tolong laa jgn kusutkan yg dah kusut!!

    bila dok dedah keburukan kat public, sapa yg nak yakin dgn Pakatan rakyat. walaupun masalah tu ujud dalam pkr tapi sedikit sebanyak kena jugak tempias kat parti pas yg ada dalam barisan pakatan.

    ReplyDelete
  2. Aku pulak dah tak kisah PR nak menang ke kalah dlm pru13. Bkn kata pkr je buat hal, pas pun sama terlebih dahulu buat hal nak berpadu-padu dgn umno. Kalau PR menang... Alhamdulillah. Kalau kalah... Innalillah. Itu je aku boleh ckp. Pkr, pas & umno pemimpinnya melayu. Dulu aku fikir kalau tak cuba tak tau. Tapi skrg dah cuba. Rupa2nya sama saja. Aku fikir mana2 yg menang pun sama je skrg... sebab meLAYU. Dulu, kini dan selamanya perangai tak boleh nak ubah.

    ReplyDelete
  3. Waris, aku mungkin silap. tapi aku dah pernah hidup di australia dan england. pengalaman aku bertahun-tahun kat sana membuatkan aku buka mata. rakyat di sana matang, bila kerajaan tak tunaikan janji, depa tak 'segan' untuk beralih sokongan (tukaq kerajaan).

    masalahnya sekarang, BN terlalu lama bertapak! jadi boleh buat sesuka hati. tu sebab berlaku korup sana sini.. tiris sana sini. insyaAllah kalau ditakdirkan PR memerintah dan kalau tak amanah jugak kita bertindak laa tukar kerajaan. kembalikan kuasa di tangan rakyat. baru laa YB dan adun rajin bekerja! jgn laa terpengaruh dengan khabar kononnya kalau selalu bertukar kerajaan kononnya ekonomi tak stabil!! tu semua mengarut. dua contoh negara yg aku bagi tadi stabil jaa.. takdak masalah pun.. malah lebih maju dari kita.. yg baik kita buat contoh, yg tak elok kita buang tepi laa.. sekali lagi, maaf mungkin aku silap!

    tang bab melayu tu, aku yakin kalau kita tak segan bertukar kerajaan, MP dan ADUN melayu pun akan rajin bekerja.

    ReplyDelete
  4. Mangkuk mari, aku setuju dgn hujah kau tapi cara berfikir rakyat di malaysia tak sama dgn cara berfikir rakyat di england & australia. Aku memang tetap akan pangkah PR sebab tak ada pilihan. Tapi jika kita berdua saja yg berfikiran spt rakyat di negara maju tsb adakah kita boleh mengubah kerajaan sdgkan rata2 rakyat & pemimpin terutamanya meLAYU masih berfikir 20 tahun kebelakang? Aku juga sering ke luar negara tapi tak menetap di sana. Tak usah pandang jauh. Pandang saja jiran kita yg hampir sama taraf iaitu thailand & indonesia. Masa election presiden indonesia 2005 kalau tak silap aku,masa tu aku berada di jakarta. Pemilihan mereka jauh lebih telus dari malaysia.

    Oleh itu, aku hanya berserah pd Allah agar malaysia boleh berubah walaupun keyakinan aku masih 50:50. Baru je nak berubah perangai meLAYU pemimpin PR pun mula keluar. Aku malas nak sebut pasalpemimpin cina terutama dari DAP sb nanti kau org ada sentimen agama atau kaum. Tapi secara jujur aku tgk mereka fokus utk rakyat di pulau pinang walaupun serangan demi serangan dari BN termasuk dari talibarut BN yg ada dlm pas dan pkr sb jiwa melayu mereka tebal.

    p/s...akupun melayu tapi aku benci perangai buruk melayu turun temurun yg menyekat bangsa melayu drpterus maju. Negara melayu tapi bangsa lain yg maju. Kau tgk australia & england bangsa apa yg maju? Tak lain tak bukan yg maju ialah bangsa mereka sendiri.

    ReplyDelete
  5. Maaf tuan Waris,
    Tuan kata "...akupun melayu tapi aku benci perangai buruk melayu turun temurun yg menyekat bangsa melayu drpterus maju. Negara melayu tapi bangsa lain yg maju."

    Tetapi kenapa kita benarkan selama berpuluh tahun PM kita dari keturunan "Bukan Melayu"?

    Pelekkan?

    ReplyDelete
  6. Memang pelik... Aku tak pernah menyokong mahathir dari mula dia memerintah.

    ReplyDelete