Pages

Thursday, November 4, 2010

Tahniah PAS, Tahniah PKR...

Salam Sejahtera,,,

Keputusan secara tak rasmi aku rasa semua orang dah tau,, tak perlulah nak memperkatakan apa-apa lagi, walau apa pun perasaan yang melanda dalam kalbu setiap kita yang nak kan kemenangan atas nama Islam, namun Allah S.W.T lebih mengetahui segala-galanya...

Cukuplah buat masa ini kita Pakatan Rakyat menang semasa penamaan calon sahaja pada 26 Okt yang lalu, menang ramai penyokong...

Tak perlulah lepas ini kita nak ulas dengan menyalahkan pihak BN,, menyalahkan SPR, Polis dan yang sewaktu dengannya.. tak payah,,, rakyat dan penyokong PR semua dah tahu macama mana hati budi BN dan pencacai-pencacainya..

Selepas ini pimpinan PAS hendaklah duduk semeja buat muhasabah parti apa masaalah sebenarnya pengundi Cina lari tak mahu menyokong kita lagi, apakah kerana calon atau sebagainya...

Begitu juga PKR, walaupun aku nampak keputusan jumlah pungutan undi lebih baik dari calon SAPP, namun nak melawan BN di Sabah dalam PRK nampaknya kemampuan umpama lelaki tua umur 75 tahun nak berbini anak dara sunti 18 tahun... faham ajalah..penat mencungap-cungap climax tak sampai-sampai...

Parlimen Batu Sapi Sabah aku tak terasa sangat, tak macam Galas, dengan majoriti 1400 lebih secara tak rasmi, aku rasa mulai malam ni tv dan media utama paling kurang seminggu akan mendendangkan kemenangan tersebut.

Apa pun kita umat Islam kenalah bersyukur, diatas apa yang berlaku hari ini..., kalau kita tak kalah, mungkin kita masih merasai kita ini kuat, kita ramai penyokong, apakah kelahan PAS kali ini ada kaitan dengan Tengku Razalieh seperti apa yang diperkatakan sebelum ini... Wallahhuaklam..

Apa pun kemenangan UMNO ini membuatkan UMNO terkedu untuk menjatuhkan Tengku Razalieh,, beliau masih ada harapan untuk mencuba nasibnya lagi dalam pemilihan agung UMNO tahun depan.. jadi bila berlakunya kekalahan, terimalah dengan lapang dada,,, muhasabah diatas kekalahan tersebut..

Moga-moga dengan kekalahan tersebut menjadi satu ransangan untuk pejuang-pejuang Islam untuk mencapai kemenangan hakiki pada PRU13 nanti.. Jikalau Dr Asri menyarankan Anwar Ibrahim bersara daripada politik PKR, maka aku juga nak menyarankan Dato Mustafa Ali SUA PAS bersaralah juga dari jawatan tersebut... Cukuplah.. berilah peluang kepada pimpinan muda dalam PAS untuk membuat anjakan paradigma,....

Tahun depan PAS akan bermuktamar sekali lagi, akan adanya pemilihan pimpinan, moga-moga PAS selepas bermuktamar akan berwajah baru..

2 comments:

  1. tu ke pulak ceritanya wahai abng kandung ku sayang,,,, kau laga kan tg razali pulak?,,, Allah bersama pihak yang benar.

    Kenapa bila banjiq besaq kat kedah hang tak kata musibah parti memerintah di negeri tersebut wahai abng sayang....

    wahai abang manjungmari ku i love you darling,,,, nape janji nak jumpa malam tadi tak datang pun.... penat ayang nunggu dekat ceria belah petonas dekat ngan proton tu,,, nyampah daling....

    ReplyDelete
  2. oi anon 11.46 ko sokong le puak UMNGok ngan BN tu,insyaallah perjuangan ISLAM yg sejati akan menghancurkan segala Thaghut di M'sia ni.Wassalam

    ReplyDelete