Pages

Monday, November 8, 2010

Tugas Harussani menyerang PAS, manakala Dr Asri menyerang PKR...

Memang dah menjadi tabiat manusia, kalau dah dok gila nak glamour, dia tak kira dah, nak menjahanamkan manusia lain atau nak membunuh karektor seseorang pun tak ada masaalah, yang penting target atau sasarannya menepati sasaran.

Kalau dahulu yang kita sering dok dengar Harussani menghentam PAS khas untuk individu bernama Nik Azik bin Nik Mat, sekarang ni pula timbul kembar siam Dr Asri pulak menyerang Anwar... apa semua ni... siapa punya agenda!!!

Aku kalau Zul Kulim, Ibrahim Ali, Zahrain aku tak kisah,,, sebab mereka sesama ahli politik, tak ada hal punya,, ini Dr Asri pun dah nak joint ni apa cerita ni..., ni dah kira umpama pakar Dr Haiwan dah perasan nak jadi Doktor Pakar Sakit puan... apa sebenarnya...

Kadang-kadang terfikir juga, kalau nak difikirkan antara Asri dengan Anwar mereka adalah datang dari kampung yang berdekatan, Anwar dari ceruk Tok Kun, Asri pulak Menkuang Bukit Mertajam, satu daerah yang berdekatan,, kenapa jadi begitu, apa yang tak puas hati... tak cukupkah lagi glamuor yang dok dapat sekarang ini..

Dr Asri mula menggilap nama, apa yang aku ingat apabila ia berdebat dengat Astora Jabat, dari situ semakin hari semakin terkenal hinggalah sekarang, apakah yang beliau bahu, jawatan sekarang pun dah Profesor Madya... apakah ini sebagai buah permulaan untuk menceburi bidang baru iaitu politik silakan...kalau rasa berkemampuan untuk membetulkan UMNO yang semakin tenat silakan,,, apakah perlu menghalau Anwar dahulu dari kancah politik dan selepas itu baru nak bermula,,, itu bukan cara anak jantan... sia-sialah ilmu yang penuh di dada...

Tetapi ingat,,, bagaimana Allahyarham Tuan Guru Haji Mat Saman Kati (Bukan MSK Blogger) yang telah bersama-sama Dato Asri Haji Muda selepas keluar dari PAS dan memasuki parti Hamim dan menyertai BN, apa yang jadi pada TG Haji Mat Samankati, kuliah-kuliahnya terus lengang, kalau nak ada pun hanyalah anak-anak murid yang mengikuti Tarikat yang diamalkannya Tarikat Samaniah dan pengamal-pengamal poligami....

Dan sekarang ni pun kesan-kesan sebegitu masih ada, kalau dulu sewaktu sebelum PRU12 2008, Mufti Perak Harussani ada kuliah Magrib di Masjid Manjung, penuh masjid Manjung, jemaah mari mendengarkuliah beliau sebulan sekali, Ahad awal bulan, namun kini selepas rampasan kuasa negeri Perak, kelas tersebut dah tak ada lagi, cuma tinggal namanya di white board jadual kuliah di hadapan pintu masuk ke dalam masjid...Begitu juga Ustaz yang dulu boleh dikatakan popular juga, sekarang ni pun dah malap, Ustaz Kazim,,, kat Manjung cuma kuliahnya yang tinggal hanyalah untuk Muslimat di Masjid Setiawan, itu pun poster=posternya penuh bertempek mengajak ke kuliahnya...

Apa yang aku rasakan, ini adalah plan kedua UMNO, setelah pelan pertama isu Kerajaan Perpaduan tidak mendapat sambutan, dah berbuih Mufti Perak meramalkan nasib masa depan politik orang Melayu, namun rakyat buat dekkk,

Nampaknya sasaran plan kedua memang bertepatan dengan apa yang berlaku ke atas parti PKR yang tengah bercelaru umpama tongkang pecah... Anwar terus di saran bersara dari politik, dan secara mata kasar kalau kita melihatnya memang sesuai pun Anwar bersara sahaja dari politik.. Manakala dari pandangan pemimpin-pemimpin PKR pulak sekarang ni dah memandang serong kepada PAS dan DAP selepas PRK Galas dan Batu Sapi, saling tuduh menuduh menyebabkan kekalahan, kenapa boleh jadi begini.. tujuan utamanya ialah satu, Pakatan Rakyat mesti dipecahkan sebelum PRU13,

Parti PAS adalah parti yang dah senior, begitu juga parti DAP yang hampir sebaya dengan umur parti PAS, UMNO BN sanggup menghadapinya, tak ada masaalah,,, tetapi PKR adalah parti hingusan, sepertimana Nurul Izzah menjadi calon Lembah Pantai dikutuk oleh Ketua Wanita UMNO Shahrijat Jalil. Namun yang hingusan itulah mendapat majoriti 2895 undi, tersungkor seorang menteri kabinet wanita ditangan budak hingusan..

Kita dapat rasakan sekarang ini, anak-anak muda iaitu pengundi-pengundi baru, mereka lebih berminat dengan PKR, terutama para pelajar di universiti, melainkan pelajar yang ada basic agama, tak kiralah dari sekolah agama atau anak-anak orang PAS. Tetapi buat PKR anak-anak orang UMNO pun ramai menganggotai PKR.. jadi walau macam mana sekali pun PKR mesti di pecahkan,,,

Kes liwat kedua mungkin sukar nak diteruskan akibat banyak keraguan yang timbul di pihak pendakwa, malah SU Amerika Hillary Clinton sendiri mahukan keadilan diberi kepada Anwar... lalu terpaksalah menggunkan budi bicara Dr Asri pula, dan yang syoknya baru dua das tembakan Dr Asri, dah berterabur PKR nampaknya,,, seorang demi seorang mengucapkan bye-bye kepada PKR sehinggalah yang terkini Dato Zaid Ibrahim pun semacam nak menurut jalan yang sama....

Entahlah,, tak dapat aku nak bayangkan bagaimana nasib Pakatan Rakyat nak menghadapi UMNO BN dalam PRU13 nanti, masa yang ada dah terlalu suntuk, parti PAS dengan cara PAS pun banyak yang tak dapat nak diselesaikan, sebagai contoh. masaalah kecil sahaja iaitu pentadbiran Harakah dalam hal ehwal urusan pegiklanan pun tak boleh nak diselesaikan, itu yang di Pusat, yang dinegeri macam-macam hal lagi...

Agak-agaknya PAS ni memang suka menjadi pembangkang aja kut.....kecuali Kelantan..

5 comments:

  1. Apa salahnya Dr Asri nak kritik Anwar. Ini negara demokrasi apa.

    Nak sokong Pas pun apa gunanya? Apa saja yang dibuat oleh PAS semuanya dikeluarkan sijil halal oleh Tok Guru.

    Dulu Pas kata haram kalau nak pertahankan perlembagaan Lord Reid. Sekarang Pas sendiri sign setuju nak pertahankannya.

    Yang hairannya apa saja yang pemimpin Pas buat pengikutnya akan cakap, "kami dengar dan kami taat".

    Tokngah

    ReplyDelete
  2. Tok Ngah...
    Oleh kerana negara ini demokrasi, apa salah aku, sebab aku nak tulis hal Dr Asri, tak boleh... ini blog aku... phoorahhh,,

    ReplyDelete
  3. alahai.. masa dr.asri blame umno ko puji2.. masa dr.asri puji TGNA dan kelantan ko suka..

    tp bila dr.asri kritik anwar ko sangka buruk kat dia tiba2..

    klau ko ngaku PKR adalah parti hingusan, x payah mimpi lah nak perintah negara.. org pun takut2 nak bg undi PKR hingusan tu..

    hillary clinton plak yg ko pecaya bulat2.. aku x tau otak ko letak mana..

    x payah la ko ngaku sbagai penyokong PAS/PKR.. buat malu je.. klau perangai ko sama mcm UMNO..

    nak bgtau ni, wlau harakah ada masalah x bermakna kita x mampu bertanding pilihanraya.. mana ada benda yg sempurna dlm dunia ni..

    ReplyDelete
  4. apalah korang ni...sejak lapan menjak ni..aku tak dengar korang kutuk umno...
    lapar rasa otak aku ni....sehari tak maki umno rasa macam mat gian tak dapat barang......

    cuba korang buat kajian macam aku ni....

    muiyidin akan menjadi PM malaysia ke- 7 ..sebagaimana hussein onn jadi PM ke-3....

    ha cuba olah kajian aku ni....
    amacam???..ok tak???..

    kah kah kah kah kah kah ...

    ReplyDelete
  5. bagi aku,umno lagi pandai dan berpengalaman mentadbir negara,aku x sanggup diperintah oleh pkr,pas yang bersekongkol dengan dap...dulu aku sokong pkr dan pas,lepas diorang team dengan dap,aku beralih arah...

    ReplyDelete