Pages

Sunday, December 12, 2010

Sidang DUN Perak, Cerita Yang tak habis..

Walaupun diistiharkan boikot akhbar Utusan, tetapi untuk hari Ahad, aku terpaksa korban juga RM2.00 untuk membelinya,, kalau tak beli muncung, bebel tak sudah bini aku, nak baca juga, yang paling diminat dibacanya ruangan kesihatan yang ada dalam pancaindera, jadi bila dok fikir kerana ada bidang ilmu pengetahuan, aku beli jugalah..

Bila dah, aku tak kan tak mau tengok dan baca, bila baca terjumpa kisah ini seperti dibawah..


Rakyat Perak terima semula BN... tudia,, hancur harapan PR nak rampas balik,, jadi komponen PR kena kerja keras kalau ambik balik negeri Perak, PKR dengan PAS janganlah nak dok berebut kerusi DUN, masing-masing kenalah mengakui keadaan sebenar dan realitinya bersama,,,

OKlah, dah lari tajuk nampaknya.., isu yang aku nak bawa ialah, temuramah wartawan Utusan kat Zambri, isu yang yang disoalnya ialah isu defisit bajet, isu umat Islam Perak tak sembahyang, kerjasama PAS dengan DAP, Zambri dapat mematahkan segala hujah pembangkang dengan berjaya, provokator dan permainan pembangkan, keresahan Sultan Perak, kemudian paragraph bawah, bab BN kembali utuh...

Itu sahaja isu yang disoalnya,, seolah-olah, Negeri Perak bukanlah bakal bangkrap seperti yang disebut-sebutkan, BN memang dah pulih di Perak dan keburukan PAS yang menjalankan kerjasama dengan DAP. Itu yang nak dihidangkan kepada pembaca....

Di mana 2 lagi isu besar yang dibahas juga dalam Dewan, ia itu ban ancak yang heboh diperkatakan, kemudian lagi satu bab pengambilan tanah perumahan setinggan di Pulau Pangkor yang dibelikan oleh Zambri kemudian diberikan kepada ibunya sewaktu beliau menjadi Exco di zaman Tajol Rusli menjadi MB Perak.

Kenapa isu ini tak diterangkan kepada rakyat,, apakah wartawan lupa nak soal atau tak dibenarkan menyoal.... hanya wartawan Siti Mariam dan Mohd Khuzairi sahaja yang mengetahuinya...


No comments:

Post a Comment