Pages

Monday, December 13, 2010

Soalan paling tak guna buat bekas tentera dari AP Ipoh Barat di Parlimen..

Sekarang ni tengah dok berbahas dan Menteri Pertahanan tengah dok menjawab soalan-soalan sebelum peruntukkan kewangan kementerian pertahanan di luluskan..

Dalam tengah dok mejawab persoalan-persoalan bangun ahli Parlimen Ipoh Barat bertanya YB Kulasegeran (DAP) bertanyakan kebajikan Veteran (bekas tentera) yang tamat perkhidmatan kurang dari 21 tahun tidak mendapat faedah pencen.

Sedangkan kalau Ahli Parlimen yang berkhidmat walaupun 1 (SATU) hari layak mendapat pencen selepas tamat dari menjadi Ahli Parlimen,, sedangkan kita sedia maklum bahawa tugas-tugas angkatan tentera semua sedia maklum kerana mempertahankan negara..

Persoalan maut tersebut membuat menteri terkedu seketika, namun jawapan menteri ialah Akta baru untuk Veteran dibentangkan pada persidangan parlimen yang akan datang..dan menteri meminta turut menyokong akta veteran tersebut...kononya kat akta tu banyak faedah-faedah atau ganjaran buat bekas tentera....

Itulah nasib dan habuan yang diterima oleh bekas-bekas angkatan tentera terutamanya Lain-lain pangkat (LLP). Tak ada sesiapa nak ambik kisah, sekarang ni dibuka cerita balik sebabnya nak ambik hati bekas tentera kerana PRU13 dah nak hampir...


1 comment:

  1. Tak yah dok berangan la abang MM. Kalau dapat duit tu pun faraid pada markas je lah... duit duit haramjadah tu

    ReplyDelete