Pages

Friday, January 28, 2011

PRK N05 Tenang - Debat antara Calon...Berani ka..

Salam sejahtera..
Ish,ish, dah tak kerja lain ke depa ni, asyik nak ajak debat, debat,, berani ka.., kalau Presiden sendiri bermacam dalih dan seribu alasan,,

,

Jangan Cabar saya,,, nanti demam...


BERITA

Bloger Ajak Calon BN, PAS Berdebat

LABIS: Kumpulan Bloger-Bloger Bebas (KUBID) pada Khamis menawarkan diri untuk menganjurkan satu debat antara kedua-dua calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azhar Ibrahim daripada Barisan Nasional dan calon PAS, Normala Sudirman

Menurut jurucakap KUBID, Sharifuddin Abdullah majlis tersebut diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan dan masalah rakyat di DUN Tenang.

“Sesi debat atau diskusi ini kita adakan bagi membolehkan pengundi mengetahui dan menilai usaha serta hala tuju yang cuba dibawa setiap calon dengan lebih jelas serta berkesan terutama menjelaskan isu-isu yang didakwanya disembunyikan.

"Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politikberpengetahuan yang subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara ini.

“Hanya dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus antara calon yang bertanding," katanya pada sidang media di Markas PAS di sini pada Khamis.

Jelasnya, berdasarkan pemantauan KUBID sepanjang lima hari berkempen, kedua-dua calon lebih banyak menjurus kepada kempen-kempen yang bersifat populis dan 'kosmetik' yang bertujuan mengaburi mata pengundi di DUN Tenang.

“Kami mempersoalkan tentang kewibawaan dan integriti calon-calon yang bertanding.

“Di manakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain? Di manakah etika dan moralnya?" katanya.

Sharifuddin berkata, KUBID beracadang untuk mengadakan debat tersebut esok pada 9 malam di satu tempat yang akan ditetapkan setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua calon.

Pada sidang media itu, Sharifuddin menyerahkan surat jemputan kepada Naib Presdein PAS Datuk Mahfuz Omar untuk mempelawa calonnya, Normala menyertai debat itu manakala surat jemputan kepada calon BN akan dihantar selewat-lewatnya petang ini.

1 comment:

  1. Debat????? apa tu????? tak ada pun ayat tu dalam kamus....

    ReplyDelete