Pages

Tuesday, January 4, 2011

Sultan dan Raja Melayu bukanya Nabi... Mereka boleh di kritik..

Alhamdulillah kerana masih ada lagi pihak yang alim dengan ilmu agama bangun membantu kekusutan iklim politik, bukalah kenyataan beliau nak memihak kepada mana-mana,, namun sebagai realiti dan kenyataan...

BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

Link drmaza.

5 comments:

  1. Sultan dan Raja bukan nabi tak boleh dikritik. Belum tentu tuhan akan tmptkan syurga bagi sultan atau raja. Sultan dan Raja pun rakyat yang tanggung makan dan minum mereka. Mana nya datang duit kerajaan untuk menanggung kos sara hidup mereka. Lu fikirlah sendiri.... Yang Yb bangang suruh bagi hukuman mati kritik sultan atau raja ada kepentingan periuk nasi sendiri. Kenapa tak beri kenyataan supaya hukuman HUDUD dilaksana? Kenapa, takut dia pun kena hukum HUDUD nanti. Itu la 1 Malasia, UMNO didahulukan, kroni diutamakan.

    ReplyDelete
  2. puak yg mencadangkan tu tak lama lg dapat pingat gagah berani heee...heee...hoi kawan kau ingat ni zaman keris ke haaa....haaa...umno yg pakai lambang keris pun...benci pd keris..hooo...hooo...

    ReplyDelete
  3. Tak lama lagi dapatlah pangkat tan sri tu... macam mana laaaa boleh jadi yb dengan kebodohan dan kesesatan yang dibawanya tu... patutlah negara jadi cacamarba... rupa2nya ramai orang2 boddoh dan ingkar perintah Allah yg dijadikan pemimpin... hanchusss...

    ReplyDelete
  4. lawak bodohle depani.....
    Hebatnya depa mengammpu......
    Dia ingat nak buat undang undangni macam tulis surat cintake.... Zamani zaman Hang Tuahke.... Punya mengampu sahabat sendiripun dibunoh....
    Tolonglah sedar..... Kaji dan analisalah Sejarah..... Siapa yang mencabut kuasa Sultan apabila Inggeris selesai mengaut hasil mahsul di Malaya dan apa yang ditinggalkanya...... Bealajarlah bagaimana sejarah memporak perandakan orang Melayu sahingga hari ini.... Sikit sikit Menderhaka..... taukah apa sebenarnya yang dikatakan Menderhaka.... Sesiapa sahaja yang beragama Islam meninggalkan SOLAT dan melanggar HUKUM ALLAH dialah sebenarnya menderhaka kepada ALLAH dan rasulnya...... Muhasabahlah diri.....

    ReplyDelete
  5. Penganut mazhab umno bukan nya boleh pikir panjang ..otak sama panjang dengankeris kontot je..

    aku agak la rajagopal ni mai dari langit kot , macam dewa ..isssh aku tak faham la .

    ReplyDelete