Pages

Tuesday, March 15, 2011

Dalam Nak berjimat?.Terkena juga rupanya...!!

Salam Sejahtera,,
Dalam kehidupan seharian sekarang ini kita masing-masing ingin meneruskan kehidupan dengan hidup berjimat cermat...

Kalau kenderaan seperti kereta, ada alat penjimat minyak fuel saver, keberkesanannya.. entahlah sebab aku tak pakai... tak berapa yakin,, kalau betul boleh jimat kenapa kilang pengeluar kereta tak sediakan untuk keberkesanan masa depan kereta tu...

Cuma yang aku nak highlightkan alat penjimat letrik, seperti gambar dibawah.. .


Benda alah ni aku beli sewaktu dipromosikan dekat Giant Manjung, ini kerana terpesona dengan penerangan dan bukti-bukti yang ditunjukkan kepada aku, terbang duit aku sebanyak RM199.00,

Balik rumah penggunaannya, memang ada kesan, dalam sat bulan penggunaan elektrik dapat jimat lebih kurang RM20 - 25 sebulan.., ini anggaran congak aku.., Oklah tu, taklah rasa rugi aku beli...

Tapi entah macam mana, baru 6 bulan lebih kurang aku pakai, satu malam, aku dengan bunyi benda meletop, pergi lihat benda alah ni, dah berbau hangit, automatic breaker dah off, terpaksa aku cabut keluar, ikutkan ada jaminan 5 tahun kononya, tapi lu nak cari kat mana, beli main ikut ejen aja,,, buka ada kedai tetap...,

Ambik ketetapan, suruh kawan yang mahir dengan bidang elektrik suruh dia buka, janganlah dok pi suruh ostad Kazim yang buka, tak maunya, setakat jampi dan doa ostad tu tak boleh pakai,, kenapa ni,, sebab waktu aku dok cerita aku tak sehat, ada mangkok hayun suruh pi minta maaf dengan ostad Kazim, depa kata aku hina dia...., tak payahlah... aku dah sehat dah,,,

Bila dah dibuka, dalam kandungan smart saver ni isi kandungannya hanya seperti dalam gambar di bawah ni... ...


Apa yang ada, 1 capacitor, itu yang meletop tu, connector untuk 4 way, fuse 5am dengan carriernya, dan suis berlampu, accessories luar ialah 1 kaki cable 3 core, 13amp 3pin plug, dan 1 kotak (box plastik) yang mana kalau nak kira harganya tak sampai RM30.00.

Tetapi pembuat ni memang smart, kat capacitor tu, di buang tellynya, tak tau berapa dia punya UF dan sebagainyanya, nasib baik kawan aku ni, cekap, ada alat yang boleh check...., he he,, boleh pi cari kat kedai spare-part elektrik.... ...


Harga kat kotak tulis RM45.00, bila nak bayar, tanya towkey kedai hanya RM15, itu pasai aku kata, budjet kos buat benda alah ni tak sampai RM30.00, depa jual RM199.00..... Smart kat depalah.... bukan aku saja yang terkena, rasanya ramai lagi....

17 comments:

  1. Salam Manjung Mari,
    Yang mahal tu, satu upah buat dan kedua depa pun memang nak untung.

    ReplyDelete
  2. benda menipu ni memang hak milik UMNO...depa blajaq kat UMNO lah tu. sekali MM terkena...ghuyubbbbb

    ReplyDelete
  3. Yang mahe tu harga innovasi yob

    ReplyDelete
  4. mcm tu kwn pun ttipu jgaklah..bli kt mydin melaka..siap ckp hrga sbenar rm299 tp ada offer rm199 je..kah..kah..kah..punya smart ditipu kita hidup2..

    ReplyDelete
  5. sorry bro , terpaksa gelakkan lu kahkahkah .... kehidupan dunia ...

    ReplyDelete
  6. Hello Bro,

    Aku ada jugak guna benda ni tapi lain brand. Harga sama RM199, aku beli online.

    Dah guna 3 tahun, petir bendentam-dentum pun takda masalah. Mungkin nilai capacitance tu yg menyebabkan kau punya alat meletup.

    Aku rasa walaupun kau ganti capacitor baru, tak lama meletup lagi sebab value capacitor tak ngam dengan reactive power kat kawasan kau tinggal. - pendapat aku je...

    ReplyDelete
  7. UMNO dah aimed umh hg MM. hg boh capacitor 1000microfarad pon... nanti juak2 UMNO hantaq mai bom dlm current. meletop..kababoommmmm juga

    ReplyDelete
  8. suke nye mike ngutuk org ye yop, diri tu sempurna sgt ke? tak takut balasan Allah ke makan daging sedara sndiri? fikir2kan......aku pnyokong PAS jgak, tp generasi baru.......bknnya generasi jumud yg kje ngutuk org....tp isi ZERO!padanlah kono tipu....dah kene tipu pun sempat nk blame org lain.....salah diri sndiri la.udah tau kene tipu still nk pakai lg, tebako satu rumah nnti chor.... sian kat mike.

    ReplyDelete
  9. benda ni nak pakai kena kira peralatan elektrik yg pakai di rumah,kalo sikit peralatan elektrik,kecik la nilai kapasitor tu br ngam...so sblm beli buat la kajian,kaji apa fungsi kapasitor tu,jgn duk membabi buta pecaya 100% ckp org lain,pehtu sibuk la salah kan org lain,padahai sdri salah sdri bangang..dan lg satu kalo benda alah ni nak rusak ape kene mengena ngan ustad kazim?lu ni nak cite pasai barang ni ke nak ngumpat n mengata org lain?elok pon meletop...besyukur la menda tu je meletop,kalo satu umah meletop br ada akai.jgn ingat kita dah kuat...gat sekuat2 manusia...kuat lg allah s.w.t..hape da lu ni ..

    ReplyDelete
  10. Mrepek ja..kapasitor RM15.00??? Dok kena tipu ja hang ni.. Kapasitor yg gn dlm power saver selalunya kemuatan 1.5uF, 10uF, 16uF dgn 25uF. Harga dr RM1.50-RM5.00 ja... Aku dok repair kipas siling, kipas dinding, mesin basuh n motor pam taula hrg sebenar kapasitor ni.. Lg pun aku pakai HIGH VOLTAGE CAPACITOR (kualiti bagus berbanding kapasitor asal sesuatu peralatan elektrik yg rosak dan dikeluarkan dr kilang). Sebagai pnglmn aku dok repair barg2 ni,, rata2 customer dok habaq depa br 2-3 taun pkai kipas.. Lpstu slow.. Lps tukaq kapasitor hat baguih,,sampai lani ok ja (sebb aku kerap contact customer tny perkembangan (sebb aku gak salah seorang pembuat n penjual power saver ni)). Jadi nk djdkan tauladan,, bt sndr power saver.. Beli je kapasitor mesin basuh 16uF pastu wiring kt plug top n plug in kat soket plg hampir dgn switch board. Kl nk lbh kecekapan,,mesti kira dlu jumlah keseluruhan peralatan elektrik yg ada kt rmh (dr segi watt) pastu kirala gn formula penggiraan kapasitor. Br blh plh jns kemuatan (uF) kapasitor yg sesuai. Aku cadgkn pakai kapasitor yg tertera CBB** (CBB60,CBB65,CBB80.......CBB9*) Senangkan?? Punca kapasitor meletup disebabkan alat tersebut direka tnp penggiraan terlebih dhlu. Saya bongkarkan disini,,KENAPA ADA SESETENGAH PENJUAL MENANYAKAN SOALAN SEBEGINI KPD BAKAL PEMBELI, "BERAPA BIL BULANAN ENCIK? JNS VOLTAN 1 FASA ATAU 2 FASA?"...

    Jawapannya...
    Pihak penjual yg jujur akan menerangkan fungsi power saver tersebut kpd para pembeli..
    Berkaitan bil adalh utk menentukan jns kemuatan (uF) kapasitor yg patut pihak penjual menjual kpd bakal pembeli... Sebagai pemahaman sy terangkan.. Katakan bil bulanan adlh RM21-RM40,,pihak penjual akan berikan power saver yg kemuatan kapasitornya adlh 16uF.. Bagi bil RM41-RM60 pula,,pihak penjual akan berikan power saver yg kemuatan kapasitornya adlh 25uF...begitulah setrsnya..
    Harap artikel ini dpt membantu anda semua dlm "menyelesaikan" masalah berfikir bagaimana harus dpilih jns kemuatan kapasitor dan juga menyedarkan anda semua berkaitan ditipu n tertipu dlm membeli power saver..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. hang ckp mcm pro lah. utk bill 200 ke bwh kpasitor 10uf . je bro. sblom ckp try dlu. aq tkg bill hang melambong ja abb muatan terlalu tinggi

      Delete
  11. boleh tahu mcm mana jalan kira2 untuk dapatkan nilai capasitor x?

    ReplyDelete
  12. Salam ramadhan...

    Sebenarnya tak payah beli alat nie.... Anda semua boleh beli bagi setiap lampu panjang pasang satu... Mcm kebiasaan kilang pakai... Lebih baek dak berkesan... Alat saver tu kalau rumah kita tak ada load.. Dia akan jadi load dan makan lektrik kite jika tak tutup switch.. Fomula ni dia tiru mcm kilang .. Yg guna capasitor bank.. Tu sebab kilang guna regulator.. Untuk on dan off sendiri.. Supaya tak jadi load...

    Saya sekarang juga tengah membuat kajian penjimatan elektrik kerana saban tahun bil akan naek.. Dari segi teori nampak berkesan dan masih meminta tunjuk ajar dari sifu saya.. Alatan yg digunakan tak la mahal sangat....

    Mungkin apa yg saudara semua beli tu mahal mungkin kerana dia turut menjual idea dan juga tipu muslihat... Jadi jgn mudah terpedaya.. Tq

    ReplyDelete
  13. Hampa dok pening kira kapasitor buat apa...cara nak jimat elektrik x payah beli alat tambahan pun...caranya hampa jgn biar plug dkt soket bila x guna...cuba buat insyaAllah turun hampir separuh bil hampa nanti...sbb elektrik tetap berjalan walau suis x on..

    ReplyDelete
  14. Salah diri sendiri. Sebab tongong. Kena tipu. NampAk sgt bodoh dia bila nak salahkan Umno pulak.

    ReplyDelete
  15. Politik hanya dalam pentadbiran. Tapi sosial adalah kehidupan. Politik sepatutnya bantu atasi kelemahan dan hanya melibatkan pentadbiran, bukan kehidupan seharian. Apa perlu dalam kehidupan seharian adalah hubungan baik sesama manusia. "Janagan lah kamu dengki-mendengki, berpaling muka dqri saudara kamu (bertengkar)".

    ReplyDelete