Pages

Sunday, March 20, 2011

Satu lagi kerja bidaah orang melayu....

Salam Sejahtera..

Sering dok terfikir berlegar-legar dalam fikiran apa yang berlaku di dalam keluarga orang-orang melayu, kerana apa yang dipraktikkan selama ini, entahlah, sebelum ini jikalau 20 tahun yang lalu, tak ada pun..

Entahlah, kalau tak silap perkara sebegini dipelopori oleh artis -artis melayu, sehinggakan ada yang sanggup pi ke Mekah, bernikah di Masjidil haram..

Yang rasa seronok dan rilek ialah Tok Naib atau juru nikah, tak payah nak kelam kabut, tunggu kat masjid aja, pihak yang nak menikah datang
mencarinya..

Namun hari ini alhamdulillah, ada lagi tokoh-tokoh alim ulama
berani menerangkan hal yang sebenar.... moga-moga jadi perhatian buat semua ibu bapa yang nak bermenantu.... .


Bahasa

Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah, kata Majlis Fatwa Perlis

March 20, 2011

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama


7 comments:

  1. salam..

    xpa la sekurang2nya ada pengalaman gak yg xpernah jejak kaki ke semejed kenal jalan ke masjid sebelum jenazah dia dibawa ke masjid time mati....

    ReplyDelete
  2. ALAMAK RUPANYA NIKAH DULU TU BIDAAH ni kena NIKAH LAIN YANG TAK BIDAAH PULAK... kawin kat rumah ikut adat cina,kat pejabat register ikut bai,kat otel ikut yahudi, kat atas jalan ikut ayam,kat stable ikut kuda, kat padang ikut lembu, kat atas tilam bantal ajalah

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum!
    Perkara begini tak perlu dibincang dalam khalayak. Ini perkara kilafiyah dan furu' je. Tak menjejaskan aqidah pun selagi tiada larangan dari hadis dan Quran.
    Rasanya...ulama' pun tak pernah larang!
    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. hahaha...ni jenih manusia melayu yg bodo. ckp bukan amalan rasulullah, ckp sj sapa pun buleh kaldai oi, bw mai nas, hadis. mengaji la bagi abis. hg dulu menikah kat mana oiii?? hg menikah kat qeban ayam ka?

    ReplyDelete
  5. Hahaha..
    Mcm2 jawapan,ada yg ok ada yg emo..
    Xpyh la smpai nk ke Reban ayam bro,sabar..
    Ngaku jer kita dulu nikah di Masjid..
    Gua pun dulu nikah kt Masjid gak Bro..
    Benda2 tu x batalkan akidah pun..
    Klu nk ikutkan lg byk perkara2 yg Nabi x anjurkan kita buat jugak..
    Cuma nikah kawin neh melibatkan Tok2 Kadi,juru nikah dan ahli masyarakat..Tp gua wounder gak,knpa baru sekarang nk kluar fatwa..Klu bab bersumpah didlm masjid tu mcm mana pulak?
    Klu x der dlm Quran dan Nas,itu tanda rahmat Allah,x usah nk kaji2 smpai org awam jd keliru...
    pd gua,Rasulullah pernah nikahkan org di Masjid,kira ble terima la nikah dimasjid tuh..
    cuma lbh afdal buat di rumah jika ada pilihan..

    Lg 1 bab Bid'ah neh kita kena teliti..
    Bid'ah tu terpecah kpd perkara Iktikad dan Amaliah..
    Bid'ah Amaliah tu pula terpecah kpd 3..
    Amalan Qurbah(adat & kebiasaan) yg membantu manusia dekat kpd Allah dan tidak mengajak manusia kpd fitnah dan perpecahan tidak boleh dilarang dan tidak dicela oleh Syariat..
    Jd nk ckp psl Bid'ah tu kena faham huraian Bid'ah dulu ya..

    ReplyDelete
  6. Berhati-hati sikit dgn puak2 yg cakap ini bidaah/ itu bidaah dll. Puak2 ini kebanyakannya berfahaman wahabi sebab itu perlis tidak berpegang kpd apa-apa mahzab. Kecuali ada dikemukakan hadis yg sahih melarang perbuatan tersebut.

    Banyak lagi perkara yg haram dilakukan oleh org Islam cth bersanding, majlis bercampur lelaki/perempuan, karaoke dll. Ahli majlis fatwa tak sibuk dgn perkara haram yg berlaku disekeliling tetapi sibuk bab furu.

    Jangan kita mudah dilekakan dgn perkara yg remeh temeh ini. Bab fitnah yg berleluasa skg tiada sorang mufti yg tegur supaya ia dihentikan dari mengaib org!!!
    Dari 3 mufti 2 org ahli neraka...

    ReplyDelete
  7. wuihhhhhs...dasat hg. hg tau sapa ahli neraka!! hebat..hebat!! mana hg belajaq?? hg besa naik ke langit amik pHd ka?

    ReplyDelete