Pages

Friday, April 22, 2011

Etika Pakaian - Hukum Syarak bagaimana pula..

Salam Sejahtera,

Sama-sama kita renungi dan hayati....



IPOH – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, penghakisan adat dan budaya bangsa boleh bermula dengan sikap memandang ringan dan tidak menghormati adab berpakaian dalam sesuatu majlis.

Menyifatkan tindakan itu sebagai pencerobohan secara halus, baginda bertitah, keadaan sedemikian tidak sesekali harus dibenarkan berlaku khususnya dalam usaha negara bangsa membentuk ketamadunan yang lebih tinggi.

Tegas baginda, seseorang yang bertaraf Raja sendiri wajib memperlihatkan disiplin berpakaian sejajar dengan sesuatu acara yang dihadiri.

“Raja, meskipun berada di puncak takhta kerajaan, tidak dikecualikan untuk berpakaian selaras dengan darjat sesuatu acara sebagai menghormati acara dan menghormati para tetamu yang hadir.

“Adab dan budaya bangsa perlu dihormati, disanjung dan dipertahankan dalam semangat di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) kali ke-175 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.




وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Annur - 31)

4 comments:

  1. salam tuan...

    jangan pulak ada yang berani sembah derhaka pada Allah...

    undi umno masuk syurga.

    ReplyDelete
  2. Kang aku tulih kata menghasut plak. Xpalah. Jika N..r.n islamik seperti Sultan Kelantan sekarang...
    - sanggup cemar duli semelih lembu(bukan org)
    - membahaskan diri ambo(bukan beta)
    Pemimpin camni aku sanggup doa pada setiap pas jumaat. Mati pertahankan dia pun sanggup

    source: http://cenangau.blogspot.com/2011/04/etika-pakaian-hukum-syarak-bagaimana.html#ixzz1KEaEuyN1

    ReplyDelete
  3. begitulah adat melayu, biar mati anak jgn mati adat,x etika blm tentu berdosa, x tutup aurat menempah neraka

    ReplyDelete
  4. Salam tuan...

    Minta kepastian mengenai ceramah DSAI di Teluk Rubiah Apr 22, 2011 (Sabtu). Jika ada tolong war-war kan perkara ini dalam blog/fb MM serta OM.

    Terima kasih

    ReplyDelete