Pages

Friday, April 8, 2011

Khutbah Jumaat - Pemimpin Bertelagah Rakyat Berpecah...

Salam Sejahtera,

Seperti biasa hari ini, jumaat aku ke masjid di bandar Lumut, walaupun kat tempat kerja aku ada surau diajdikan tempat solat jumaat, namun hati kecil aku lebih puas menunaikan perintah Allah seminggu sekali dimasjid yang aku yakini, melainkan ada uzur-uzur syarie...

Sementara nak menunggu masuk waktu untuk juru azan nak mengambik tempat, aku nampat seorang pencacai UMNO, (memang dia ni sebelum ini aku dok perati lama dah, kemudian aku dapat tahu pencacai ni tukang buat report kat pejabat agama mengenai sifu aku mengajar kuliah magrib di sebuah surau dengan tak ada tauliah).. membawa membawa beberapa kertas saiz A4 dan meletakkan nya di tempat mimbar untuk tuan khatib membaca khutbah.dan hati kecil ku menjangkakan sahih itu adalah ketas teks khutbah hari ini...

Selesai saja solat sunat jumaat, aku nampak khatib yang bertugas mengambil tempat, huh.. memang aku kenal khatib muda ni, bagi aku khatib ni seorang khatib yang terbaik bagi penilaian aku,, kerana bacaannya baik semasa berkhutbah atau pun menjadi imam terang dan jelas, mengambil masa yang agak sederhana, tidak terlalu lama, dan dia ni budak lepasan maahad tahfiz Darul Quran sama batch dengan anak sulung aku,

Selepas khatib membaca rukun khutbah, beliau pun membaca khutbah jumaat hari ini ialah Pemimpin Bertelagah Rakyat Berpecah..., tudia... berderau hati aku,, mata yang sebelum ini kuyu kira nak pejam, terus terbuka semula,,, seolah-olah ada tubuh badan altantunya kat depan tu...

Dalam hati kecil ku, apakah imam bertugas hari dah kena control dengan pencacai UMNo tu ka,,, kacau.... apa isi khutbah yang nak dibacanya. apakah dengan isu yang berlaku sekarang ini..

Rupa-rupanya tidak, jauh tersasar apa yang aku sangkakan,,, Imam membaca dengan mengimbau kembali apa yang berlaku sebelum ini iaitu budaya politik wang,

Kesan dari pada budaya politik wang, iaitu orang yang kaya yang melakukan sedemikian, walaupun tiada kelayakan menjadi pemimpin, sistem kroni dan berbagai lagi yang ada sangkut paut dengan politik wang...

Harap-harap pencacai UMNO yang ada sekali dalam masjid tu, biarlah ia berdengkur ketika imam membaca khutbah,, kerana sebelum ini memang aku dok perati, sidia ni kalau imam dok berkhutbah, tengkok dia dah lentok macam tengkok ayam yang dah kena sembelih...

Tahniah buat imam tersebut, kerana menjalankan tugas yang diamanahkan itu... .
.

...,

2 comments:

  1. Macam ni ler yg kita nak.... Imam2..Ulama2..Mufti2... memberi pendapat ..menyampaikan sesuatu tanpa dipengaruhi oleh apa2.. hanya berlandaskan Al-quran dan Hadis... Semoga ISLAM terus subur dibumi Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Di Masjid KL taskirah hari ini mengisahkan Liwat,Zina dan Qazaf dan teks Khutbah pula tentang Filem haram

    ReplyDelete