Pages

Saturday, April 23, 2011

MSO ikut sama seperti AdukaTaruna...

Salam Sejahtera,

Sebelum ini hanya Aduka Taruna yang sering dari dulu, kini dok kritik TGHH, dia tak peduli dengan apa tanggapan baik dari ahli parti mau pun penyokong, namun beliau terus mengkritik presiden PAS...

Kemudian ada sesekali seketika Dr Aziz Bari, pun turut kritik, biasalah orang nak kritik, nak buat macam mana, masing-masing ada hak kebebasan nak menulis,,,

Cuma sekarang ni yang sorang ni aku rasa pelik, kenapa sebelum ini beliau mati hidup balik, bermatian-matian menyokong Presiden PAS, terutama menjelang muktamar 2009 di Shah Alam, tetapi kali ini nampaknya dah U-turn 360 darjah....

Cuba baca " Misalnya kenyataan seperti DAP barang lupus tarikh yang pernah diucapkan tidak menggambarkan dinimka pendapatnya. Memalukan selepas itu Terengganu jatuh kepada BN, DAP pula menang besar.

Sebenarnya dalam usia seperti Hadi bukan mudah untuk kita perkasakan dia. Dia sudah lalai dengan ilmu dan skop pemikirannya. Kalau pun diberikan ubat kuat atau pun segala macam jamu dari Indonesia atau madu lebah dari Yaman sekalipun belum tentu dia akan jadi perkasa. Orang tua dia tetap dengan sifat dan perangai ketuaaan. Jadi saya simpulkan Hadi tidak boleh diperkasakan dari sudut itu dari sudut-sudut mana. Kecualilah para pembantunya termasuk Husam ikhlas untuk memperkasakannya sekruang-kurang dalam tempoh setahun dua ini.

Hadi akan kekal dengan stailnya. Stail Tok Guru dan ustaz yang menjadi pakaian dirinya sejak lama dulu. Idealisme perjuangan dan politiknya, akan kekal seperti mana yang dipegangkan hari ini. Mustahil Hadi akan menuakr kitab politik dan budaya diri semata-mata untuk melihat dia perkasa, gagah dan gah. Baca seterusnya msomelayu.

Aku baru mengenali secara dekat MSO ini bila dijemput ke perhimpunan blogger anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di De Palma Ampang pada awal bulan Apr yang lalu, masih segar dalam ingatan,, entahlah.. mungkin dengan aku saja kut, dalam dok sekali dalam dewan tu, berpandang muka nak senyum pun tak mau dengan aku,, namun nasib aku cukup baik, kerana ada orang lama bersama dengan aku seperti Dr Wahab, Ibnu Hashim, yang sentiasa dengan aku, kemudian datang lagi Ustaz Wanji, Zainulfakar, Anak Sungai Derhaka, Edyes, Milo Suam dan ramai lagi yang aku tak ingat, ada lagi seorang dua blogger merangkap ADUN, dan Jabatan IT PAS pun sombong juga,, entahlah tak payah aku nak sebut namanya, biarlah aku sahaja yang mengetahui...

Dalam pada itu aku sempat berbual dengan orang lama dalam PAS yang juga blogger mengenai perangai MSO ni, menurut blogger orang lama ni, MSO ini ahli PAS pun bukan,, terkejut aku,,, aku terkejut bukan kenapa, kalau dah bukan ahli PAS yang menjadi kehairanan, macam-macam yang aku hairan,, tak larat aku nak tulis......, biarlah menjadi pertanyaan dibenak kepala otak aku...,

8 comments:

  1. hahaha,,,sapa tk kenai mso?? jendalu tua...

    ReplyDelete
  2. MSO?

    MSO ,BUKAN AHLI PAS., DIA MEMANG SUKA MENYEBUK PASAL HAL DALAMAN PAS?

    Dengar nya,Dia penulis.....

    bekerjasama dengan Dato’2 UMNO seperti Dato Amin ,yang merupakan orang kuat Khir Toyo.

    ReplyDelete
  3. ada mana2 law yang kata bukan ahli tak boleh mengkritik? kalau tak boleh dikritik lepaskan semua jawatan dan kat duk umah diam2. jadi pendakwah bebas senang citer.

    ReplyDelete
  4. PAS sangat rugi kalau tak tahu nak guna Husam. TGNA kuat kes ada pembantu yang kuat. TGHH lemah sebab pembantunya lemah, tua dan tak bermaya. Bayangkan SU dan pengarah pilihanraya adalah oleh reject peringkat negeri dan lebih tua dari Presiden sendiri. Yang muda pun tua semangatnya macam Nasharuddin dan Idris Ahmad. Ketua pemuda pula tak bermutu dan suka melenting. Tak paham isu dan fekah yang luas. Timbalan Ketua Pemuda dan KP Wilayah terlebih dos wala' sampai tak tahu guna akal. Semua yang ada keliling TGHH nak tumpang tuah TGHH dan bergantung kat jubah dia. Bukannya mereka itu nak bina kepakaran sendiri dan bantu presiden. Kelebihan Ust Fadhil dalam hal ini sangat terserlah.

    ReplyDelete
  5. hangpa londeh la sesama hangpa.. mungkin dah tak dak modai dan hilang fokus kot.

    ReplyDelete
  6. You kena ikgat bro, si MSO dengan Husam memang tak kamceng!!!

    Jadi bila ada peluang balun, MSO balun le!!

    ReplyDelete
  7. BIASALAH. PAS PARTI POLITIK YANG SARAT DENGAN WAYANGAN. SESEKALI KENA WAYANGLAH.

    KORANG BAYANGKAN BETAPA LEMAHNYA PAS...

    ReplyDelete
  8. itu lah korang ni, bila mso puji semuanya betul dan okay, kalau usik sikit je terus melenting,,, cis jenis manusia bedebah juga la korang ni,

    ReplyDelete