Pages

Tuesday, April 5, 2011

Penyakit Pak Lah berjangkit ke Hisyamudin..

Salam Sejahtera,

Sewaktu dalam era pemerintahan Pak Lah menjadi PM, sering kita dengar dari ucapannya SAYA TAK TAHU bila disoal wartawan....

Ish,ish... itulah standard pemimpin UMNO, walaupun secara hakikatnya beliau ikhlas memberi tahu yang ia tak tahu,,, tetapi itukah nilai seorang Perdana Menteri..

Namun kini penyakit memberi jawapan saya TAK TAHU nampaknya telah menular kepada seorang Menteri Kanan, yang bakal juga akan menjawat Perdana Menteri kalau UMNO tidak dihapuskan...
Mahukah kita seorang Menteri dengan sikap TAK TAHU.......

Kerajaan tak tahu siapa muat naik video ke internet: Hishammuddin


2011/04/05

KUALA LUMPUR: Polis tidak terlibat dalam memuat naik video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang ke laman web "Youtube" dan kerajaan juga tidak tahu menahu siapa yang bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Saya pun tak tau dari mana datangnya klip video dalam "Youtube" itu dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) sudah memaklumkan kepada saya bahawa ia juga bukan datang daripada pihak polis.
"Apa yang sebelum ini diberikan kepada polis, itulah yang merupakan perkara di dalam pengetahuan polis setakat ini," katanya dalam sidang media selepas menghadiri pelancaran Sistem Pemantauan Bandar Selamat di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas petikan video selama hampir dua minit itu yang ditayangkan di laman web tersebut dan beberapa blog sejak tengah hari semalam. Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata polis akan turut menyiasat petikan video itu yang dimuatkan di dalam laman "Youtube" secara menyeluruh. "Kita akan menyiasat secara menyeluruh dan telus perkara ini," katanya dalam sidang media yang sama.
Ismail berkata siasatan itu juga akan meneliti dan mengenalpasti individu yang terlibat memuatnaikkannya ke laman video itu dan blog.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi melulu kerana siasatan ke atas kes itu sedang dijalankan.
"Saya pesan kepada orang ramai, jangan buat kesimpulan dan spekulasi anda sendiri, jangan membelakangkan undang-undang dan bertindak mengikut perasaan.
"Biarkan pihak polis menyiasat perkara ini, yang penting kita hanya mahu mencari kebenaran," katanya.
Klip video pendek itu adalah suntingan video yang telah didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan pada 21 Mac lalu di Carcosa Seri Negara di sini.
Berikutan itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. - BERNAMA ,

4 comments:

  1. Minta tolonglah jangan lah si bapuk ni jadi PM.Lagi hancur negara ini.

    ReplyDelete
  2. HANG PATUT ISYTIHARKAN SORANG LAGI TOKOH. AZIZAN RAZAK MB KEDAH, CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS..

    ReplyDelete
  3. Tanyalah Rais Yatim, mesti dia tau punyerrrrr

    ReplyDelete
  4. woi luncai..aku rasa hg komen silap tajuk la!!! hg mabok jin and tonik ka atau mabok ayaq daun ketom??? hg betoi2 serrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete