Pages

Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah..Aku dah beransur sehat,,,.

Salam Sejahtera,

Dah 5 hari aku balik ke rumah , sejak petang rabu 18 Mei lalu, selama 14 hari aku di hospital Manjung, ergrhh beribu macam kisah yang aku hadapi, kesimpulannya yang boleh aku katakan buat pembaca semua,,, BELILAH INSURAN KESIHATAN....

Dah banyak produk-produk insuran Islam, belilah... jangan jadi macam apa yang aku rasai,.... mulanya aku aku ingat dalam kad pencen aku tertulis layak wad kelas 2, jadi apa nak kisah, bila dah masuk wad baru ketahuan aapa sebenarnya.... tak merasa pun wad kelas 2, hanya sekadar dapat makan wad kelas 2, berbeza dengan wad biasa, itu sahaja...

Bagi yang layak 1st class pun jangan nak perasan, aku peringatkan..., kerana hari jumaat 6 Mei, selepas 1 hari aku masuk, masuk satu orang tua lelaki 80 lebih umurnya, anak lelakinnya, asyik dok tanyak wad 1st class seorang sebilik untuk bapanya, punyalah bising..
Dalam pada iti anaknya itu mai ziarah bertanya khabar kat aku, bila dia dia tengok kaki aku, dia bagi tau dirinya.... rupanya dia OKU... kaki kakan palsu, accident tahun 96 hancur...., sekarang dia bersyukur dah berjaya, salah satu jawatannya ialah exco pemuda UMNO, itu yang dia bangga sangat tu, dan dia bagi tau abangnya juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Parit..., terkejut aku....

Lantak hanglah,,, cuma aku bagi nasihat jagalah bapanya selagi ada hayat, itu yang ia respek dan baik dgn aku...., cuma nak jadi cerita petang Sabtu ramai adik beradk sekeluarga yang datang ziarah bapanya....maklumlah... anak-anaknya 12 orang....

Tak lama selepas tu giliran aku pula... Muslimat PAS Lumut mai melawat aku,, berbelas orang juga,, aku rasa mungkin budak tu menyedarinya, namun aku masih buat macam biasa juga... sehinggalah pada malamnya barulah bapanya di pindahkan ke wad 1st class, itu pun asyik dia dok tanya kat stafnurse dalam wad tu.... sampai naik meluat nurse-nurse... baru nak dapat, deposit RM1000 dah bayar, wad tak dapat.. mengamuk lah depa....

Kawan bini aku, layak dapat 1st class, 3 hari sebelum aku discharge, kena masuk wad paru-paru berair, wad perempuan penuh, terpaksa duduk katil tumpang kat tengah laluan pejalan dalam wad, bila time lawatan terpaksa beralih muka ke dinding malu kat pelawat yang dok masuk ziarah pesakit, terpaksa tebal muka, mulut kena rajin dok tanya baru dapat masuk wad 1st class...

Jadi hangpa pakat fikirlah sendiri, aku tak mau nak cerita bab layanan dalam hospital. nak marah pada kakitangan hospital tak boleh, mereka hanya pelaksana tugas, doktor yang bijak-bijak, yang pakar semuanya cabut ke hospital swasta, yang tinggal........, dan aku dijadikan sebahagian dari bahan belajar untuk doktor-doktor baru keluar dari universiti..

Apa pun, semuanya ini ada hikmah yang cukup besar,... tak dapat aku nak ceritakan semuanya disini, kawan-kawan, saudara ramai yang hubungi aku, memalu hp, sms dan terima kasih diatas doa kalian semua...

Dan di dalam wad 7 juga aku banyak mengenali sifat manusia, macam-macam... biarlah menjadi koleksi ingatan diri aku, terima kasih Dr Jeremy, Dr lelaki Cina, Dr Mastura dsn kawannya Dr Baby(pregnant) yang tak jemu-jemu memberi rawatan pada aku termasuk semua sekali doktor-doktor yang lain yang aku tak ingat nama mereka, begitu juga pada semua staf nurse wad 7 terutama sekali Kak Mah (Isteri Kapten Wan Apandi) yang banyak sekali membantu aku, sekali lagi terima kasih kak Mah.... begitu adik=adik pelatih dari KKM, Pelatih dari Nilam Kolej Melaka terutama adik yang agak sehat tu,,,, dan pelatih dari SEGI kolej... terima kasih semua....

Alhamdulillah, aku dah diberi sedikit kekuatan, doa kan aku diberikan semngata untuk menulis semula, moga-moga dapat bangun melawan kembali mungkar-mungkar yang terpaksa kita hadapi saban hari....

Sehingga ketemu lagi......Wassalam....

5 comments:

  1. Hadiah yg.paling berharga dlm hidup ia lh Kesihatan.

    Syukur lh dh beransur sihat.

    Masih ada masa utk....

    Meneruskan kehidupan .

    Dan dapat menilai erti nya Rahmat/nikmat serta kebesaran Allah s.w.t.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

    ReplyDelete
  3. Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

    ReplyDelete
  4. asalam..alhamdulillah....moga2 allah limpahkan kesihatan yang bertambah baik untuk tuan.tuan,mengalir air mata saya apabila tuan mengucapkan ribuan terima kasih tuan kepada yang terbabit menjaga tuan di hospital tu.terkenang saya bagaimana mereka2 yang tidak berterimakasih kepada guru2 yang mendidik anak2 mereka di sekolah baru2 ini....sebak sungguh hati saya.

    ReplyDelete
  5. Salam.Semoga tuan bertambah sihat.Kita jangan terlalu banyak menyalahkan hospital gomen.Sebenarnya bila berada di hospital kita akan diuji dengan rezeki kita.Kita lupa bahawa ALLAH yang menentukan dimana kita pada waktu itu.Wad satu, dua atau tiga.Ibuku dimasukkan ke Hopital Manjong.Aku pujuk dia masuk wad kelas satu.Dia tak mahu.Katanya tak ada kawan.Anakku pula baru-baru ni bersalin di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.Suaminya bekerja dng syarikat swasta.Dia pula masih belum bekerja.Jadi aku depositkan RM 800.00 untuk mendapatkan wad bersalin kelas satu.Alhamdulillah...LAYANAN yang dia dapat lebih daripada HOSPITAL SWASTA.Itulah rezeki yang TUHAN berikan.Jangan lupa itu semua.Kalau kita sombong...apatah lagi sombong dengan Tuhan, pangkat besar mana sekali pun tak ada gunanya.Kesusahan yang kita dapat.

    ReplyDelete