Pages

Tuesday, May 24, 2011

Anggota SPRM "terlepas cakap"

Salam Sejahtera,
,

"Keterlanjuran" seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencungkil keraguan balu kepada Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, yang pada asalnya telah "redha" dengan kematian suaminya. Maziah Manap, terkejut dengan kenyataan "Bukan saya...Orang saya" dari bibir seorang pegawai penyiasat SPRM bernama Ghani, dalam satu perjumpaan pada 28 April 2011. Maziah Manap membuat repot polis pada 2 Mei 2011 di Balai Polis Kelana Jaya, mengesyaki bahawa Ghani telah "terlepas cakap", semasa perjumpaan di pejabat Kastam dengan mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian suaminya. Maziah berharap agar polis akan menyiasat maklumat tersebut.


Dalam perjumpaan pada 28 April, Maziah telah meluahkan perasaannya kepada pegawai penyiasat, termasuk Ghani. Di akhir luahannya, Maziah menyatakan bahawa dirinya redha dengan kematian suaminya, seterusnya bertanya soalan, "Apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?"


Apa yang mengejutkan Maziah adalah "jawapan yang perlahan daripada Ghani, yang menyatakan "BUKAN SAYA... ORANG SAYA". Maziah menyusul dengan pertanyaan "ORANG?", namun Ghani terus mendiamkan diri dan Jariyana bt Yusof terus mengajak Ghani keluar kerana ada operasi.


Demikianlah repot polis yang dibuat oleh Maziah pada 2 Mei 2011, didedahkan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang dalam satu ceramah di Tualang Seka pada malam 20 Mei 2011.


Kejadian "terlepas cakap" berlaku selepas penyerahan dokumen, menurut repot polis. Malah, seorang lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai "Ghani dari SPRM" menelefon anak Maziah pada 29 April, untuk meminta nombor telefon Maziah. Kejadian ini telah mencungkil keraguan Maziah Manap tentang punca kematian suaminya, Ahmad Sarbani. Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani, 56, dijumpai mati di gelanggang badminton selepas jatuh daripada tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011.


Sumber - closeTheater.

1 comment:

  1. AKU TAK PE LAGI BACA STATEMENT LU BROO,,YANG AKU TAK SEDAP BACA ADUN TEJA YG TEMAN KAN bALU ARWAH BUAT POLIS REPORT

    RENTIKAN LAH MM

    KE TAHAP MANA POLIS NAK SIASAT BROOO

    engkau sendiri pun percaya pada keadilan polis ke??

    rentikanlahhh

    ReplyDelete