Pages

Thursday, May 5, 2011

Apa Cerita Ni !!! Mufti Perlis..Kesian..kena lagi....

Salam Sejahtera,

Kesian Mufti Perlis......sebelum ini kenyataannya di sanggah oleh Dr Asri,,, tak sempat nak ambik nafas kena lagi..., nampaknya Dr Juanda ni kena belajar balik sejarah politik UMNO, sepak terajang UMNO dengan parti PAS, bagaimana UMNO memperkudakan PAS.

Terima kasih Dr Aziz,,, tolong ajar Dr Juanda,, bagi dia faham sikit antara politik Semenanjung dengan politik Sarawak......

Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik
Abdul Rahim Sabri
Mei 5, 11
12:19pm

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

NONEAbdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politikMalaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orangMelayu dan Islam.

"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEBeliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysiasemalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskangesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

islam hadari pas and umno 051004Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.

Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.

Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan.




,

9 comments:

  1. mufti ni pun cari makan... tu pun nak jadi mufti. nah ambik habuan...dia saja nk tunjok hero. piraaaaaaaaah....mat janda

    ReplyDelete
  2. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi dpt Tan Sri, huhuhu

    ReplyDelete
  4. tak lama lagi dpt Tan Sri, huhuhu

    ReplyDelete
  5. BETUL KATA DR AZIZ BARI. MESTI TAU SEJARAH BARU BOLEH CAKAP AGAMA.

    MAKNANYA KENA SESUAIKANLAH.AGAMA KENA IKUT SEJARAH.

    JIKA ASAS ITU DIGUNAKAN MAKNANYA PAS SEKUPANG PUN TAK BERGUNA SEBAB IA DITUBUHKAN ATAS ASAS KEKECEWAAN HAJI FUAD BILA KALAH BERTANDING.

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya Mufti ini berani tegur hubungan UMNO dengan Yahudi. Apa hukumnya berkerjasama dengan Yahudi?.. berapa banyak larangan dan tegahan? Berapa jahat Yahudi itu kepada orang Islam?.. itu yang patut di tegur dahulu.. biar pahit kemungkaran harus di tegur.. ini nak tegur soal politik buat apa.. buat malu mufti je..

    ReplyDelete
  7. tok peti nie baru nak celik politik.......
    ilmu siasah tak ada....
    tau tau kena bantai..........
    selaput kati dok melekat kuat toh......

    kah kah kah.......

    ReplyDelete
  8. kasihan luncai...kasihan luncai...kasihan luncai.... ada ka dia kata agama kena ikut sejarah. kata2 dari seorg khawarij melayu...keh keh keh. ahli kelab UMporNO ke hg ni luncai???

    ReplyDelete
  9. Tak sangka PAS dan penyokongnya begitu kurang cerdik sekali. Takkan kisah 30 tahun lebih dulu mahu dijadikan alasan bodoh tak mahu bekerjasama. Pemimpin zaman tu dah berganti.

    Itupun ada juga penyokong PAS yang taklid buta kepada pemimpin mereka.

    Tokngah

    ReplyDelete