Pages

Sunday, May 29, 2011

Bukti Zahid Hamidi nak mengenakan Najib.....

Salam Sejahtera,

Sebelum ni isu enjin jet pejuang F15E TUDM yang hilang siapa yang buka cerita ke pengetahuan orang ramai, dan banyak isu-isu lain lagi yang berkaitan dengan ketenteraan.

Corak permainan Zahid memang boleh dibaca, sedikit sebanyak memberi penekanan kepada bos no 1nya sendiri, ia lebih berpihak kepada Muhyidin, apa tidaknya TPM dengan Pm pun dah tak sekata, buktinya baca di SINI ,

Kali ini lagi sekali Zahid memang nak mengenakan Najib, kalaulah Zahid berjaya menjadi saksi memberi keterangan di mahkamah Perancis, aku yakin sahih Najib akan terpalit dalam isu kapal selam altantuya, mau tidak mahu Najib kena letak jawatan, Muhyidin naik jadi PM, jawatan TPM cerah dalam gengaman Zahid,, dalam politik tak ada yang mustahil...


Siasatan Perancis: Menteri sedia beri keterangan
Mei 29, 11 2:55pm

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit.

Ahmad Zahid Umno VP“Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,” kata Ahmad Zahid kepada wartawan hari ini.

Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidk sah mengikut undang-undang Perancis.

Pada 2009, NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif, menjalankan urusniaga berdasarkan habuan dan menyalah-guna aset koporat.

Suaram sedang mengumpulkan dana bagi menanggung membiayai kos guaman kepada peguam-peguamnya.

Apabila diminta mengulas perkembangan itu, Ahmad Zahid berkata: “Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi.”

[Baca berita penuh]

,

1 comment:

  1. HANG NI TERBAWAK BAWAK DENGAN MASALAH DALAMAN PAS. ITULAH..AKU KATA DAH.

    PAS NI DAH NAK GHUYUB. HANG KALIH KOT MANA PUN, PAS TETAP BERKUBUR.

    APA PUN, AKU UCAP TAHNIAHLAH. DALAM PADA KUTUK SETENGAH MATI, HARI INI HANG BACA MINGGUAN MALAYSIA...

    ReplyDelete