Pages

Sunday, May 29, 2011

Mufti Perak - Tak Salah gaji dari hasil wang judi..

Salam Sejahtera,

Isu ni dah kira lama juga dah, yang aku ingat di bawa oleh blogger Taipingmali, habis dengan aku sekali kena tempiasnya,,,

Cuma aku sedikit terkilan, begitukah nilai seorang penceramah PAS, kalau setakat ahli PAS tegar apa pun yang dibawa oleh penceramah PAS ia boleh terima, tetapi bagaimana dengan orang atas pagar yang sentiasa memikir,

Bagaimana tempohari pemimpin, ustaz-ustas yang menyokong Pakatan Rakyat membela kerajaan DAP Pulau Pinang dalam isu pemberian wang judi, tup-tup tak berapa bulan, Ustaz Azli bawa balik isu yang sama seperti UMNO Pulau Pinang bawa,, itu yang aku konfius, .dan yang jadi mangsanya pulak tok Mufti, wakakaka... Ustas Taliban hentam mufti....

Tok mufti pun tak senang duduk,, jawab mesti kena jawab,, tercabar beb!!!, kang kontrak jawatan nak kena sambung, sekali nyawa ada dibadan, selagi itu jawatan mufti.......


POLITIK

Mufti Perak bidas Azli

IPOH 28 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menyifatkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa menyerupai orang fasik kerana setiap kata-katanya sukar untuk dipercayai.

Katanya, orang seperti itu tidak wajar dipercayai kerana perbuatan memburukkan orang lain jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya nak tanya dia, semasa dia bekerja makan gaji dulu, dari mana sumber duit gaji yang diterimanya?

"Semasa zaman Rasulullah dahulu pun, duit yang dibayar gaji juga diperoleh daripada cukai arak dan judi, semua itu tidak pernah dipertikaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas kebiadapan Nor Azli yang sanggup menggelarnya sebagai 'Haramsani' kerana menerima wang yang didakwa daripada sumber haram.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Harussani berkata, tidak salah menggunakan duit tersebut kerana perkara seperti itu tidak pernah dipertikaikan pada zaman pemerintahan Islam dahulu lagi




,

1 comment:

  1. Salam,

    Semasa pemerinthan Islam dan ketika Islam berjaya menguasai 1/4 dunia, tak pernah , judi dijadikan salah sebuah institusi yang menjadikan hasil judi sebagai sumber khazanah negara. Sila Mufti , bawa contoh , khalifah atau sultan yang mana yang menerajui kerajaan berdasarkan pemerintahan Islam , menjadikan judi sebagai institusi sumber kewangan negara.

    ReplyDelete