Pages

Friday, May 27, 2011

Yahooo...Lulus..lulus...Terima kasih...

Salam Sejahtera,

Hari ini adalah hari yang paling gumbira buat umat-umat melayu penyokong dan ahli-ahli UMNO, apa tidak dengan cogankata rakyat diutamakan, maka terbuktilah sudah.... Tahniah..... terima kasih..., kham sia,,,thank you...


K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik
Mei 27, 11 4:17pm

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

[Baca berita penuh]









,

2 comments:

  1. naikkan lah... aku tak heran pun... apa lagi barangan atau perkhidmatan nak dinaikan...sila-sila naik kan... tak yah malu-malu dan segan-segan... kami penyokong 1Malaysia berada dibelakang anda...teruskan usaha murni itu....

    ReplyDelete
  2. aku sokong apa benda pun yg kera jaan nak naikkan.....

    ReplyDelete