Pages

Thursday, June 16, 2011

Apa Kata UMNO !! Mari Kita Kenali Negeri Berkebajikan Melaka....

Salam Sejahtera,

Aku tak tau nak kata apa bila baca kisah dibawah ni, apa punya manusia sepatutnya bertanggungjawab yang aku rasa hanya ada sifat-sifat naluri kebinatangan,, itu yang mampu aku sebutkan...

Mana pergi Ketua Menteri yang selalu dok pertikai negeri Kelantan,,, Sekolah Mengandung mampu dilaksanakan,,, hutang orang tak reti nak bayar.....


“TOLONG saya.” Demikian rayuan bekas jurulatih penjaga gol skuad bola sepak Melaka, Ansari Mustafa, 52, yang masih belum mendapat tunggakan gajinya berjumlah RM24,500 daripada Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA). Untuk menambahkan lagi bebanannya, Ansari kini menderita akibat jangkitan kuman pada kaki kanannya sejak sebulan lalu dan kini mengharapkan MAFA menjelaskan tunggakan gajinya berjumlah RM24,500 bagi membantu membiayai rawatan penyakitnya itu.

Jurulatih penjaga gol pasukan Melaka pada 2005 sehingga 2009 itu berkata, dia dimasukkan ke hospital sejak 12 Mei lalu setelah kaki kanannya mengalami bengkak dan doktor mengesahkan ia akibat jangkitan kuman atau dikenali celulitis. “Seminggu selepas berada di hospital, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Setiausaha MAFA memberitahu memerlukan wang sebanyak RM1,560 bagi kos pembedahan memandangkan MAFA masih berhutang dengan saya sebanyak RM24,500 iaitu gaji saya yang belum dibayar bermula 2006 sehingga 2009.

“Apabila SMS tidak dibalas, dua hari selepas itu saya sekali lagi menghubungi MAFA, namun wang yang diharapkan langsung tidak diterima sehingga ke hari ini, malah seorang wakil MAFA pun tidak melawat saya untuk bertanya khabar,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam. Menurutnya, dia terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga yang lain bagi membeli mata pisau khas untuk digunakan ketika pembedahan membuang kulit mati pada kaki kanannya itu.

Katanya, dalam hal tersebut, MAFA sepatutnya memahami situasinya yang amat memerlukan wang itu bagi kos merawat penyakitnya itu sehingga terpaksa bergantung kepada pendapatan isteri, Rahayu Hassan, 47, yang bekerja sebagai pembantu klinik. “Wang ini bukanlah untuk digunakan suka-suka, tetapi juga untuk menampung kos ubat-ubatan anak kedua yang menghidapi penyakit ketumbuhan dalam otak,” katanya. Ansari mula menyertai pasukan Melaka sebagai penjaga gol pada tahun 1978 dan meneruskan aksi dengan pasukan Kedah pada 1980 sehingga 1981 sebelum mewakili Perak pada 1982.

2 comments:

  1. kesiannnnnnnn.. mana pi ali ketam ni?? takkan menyorok kot?

    ReplyDelete
  2. dia pi masjid tanah nak bagi bantuan belacan ,,cincalok...kat warga tua dan miskin seluruh negeri melaka...

    sumber:;kawan aku

    ReplyDelete