Pages

Thursday, June 16, 2011

Negara Kebajikan - Layanan antara rakyat sendiri dengan warga asing..

Salam Sejahtera,

Semalam aku sempat tengok dalam TV Menteri KDN bersama Timbalannya membuat kenyataan dalam isu cerita DI SINI

Sebagai nak kongsi pengalaman bersama, aku pernah duduk di Singapura sejak tahun penghujunh 1982 sehingga 1985, tiga tahun aku disana sewaktu dalam TLDM dahulu, kalau hangpa kata aku bohong,,, bukti jelas ada kat bawah ni...
.



Bila dah menetap disana, kami dibekalkan dengan Pasport Terhad Malaysia - Singapura, sekarang ada lagi ke tak aku pun tak pasti...



Dan untuk memudahkan kami keluar masuk dari Johor bahru ke Woodland, dibekalkan juga kad kuning, ini untuk memudahkan atau mempercepatkan keluar masuk,, hanya anggota TLDM dan pemandu Bas Ekpress Malaysia sahaja yang dapat kad kuning,, kalau pekerja kilang di Singapore mereka akan dapat kad Pink

Apa yang aku nak cerita, walaupun kami anggota TLDM dah dibekalkan kad kuning, Imiggresen dan kastam Singaporememang dah kenal, tetapi ada kekawan aku yang bernasib malang,, kebanyakan yang bernasib ni yang badan jenis kurus macam pelakon Yassin Senario tu,,,

Boleh dikatakan setiap kali nak masuk balik ke Woodlang, pasti kena tahan dgn kastam, 100% check, sampai kena tonggeng punggung, suspect dadah, tetapi kami tak pulak rasa nak report kepada kerajaan Malaysia..diatas layanan yang kami terima...

Dan aku selalu memerhati sikap kerani/petugas imigresen memberi layanan kepada penduduk Malaysia baik waktu nak masuk atau nak keluar, tambah-tambah kalau petugas tu lelaki Cina, memang belagak terhadap rakyat Malaysia, tetapi apa yang boleh kami buat, hanya sekadar memerhati sahaja....

Tiba-tiba bila kejadian berlaku terhadap rakyat Singapura yang disyaki pendatang,,, kelam kabut Menteri dgn timbalan menteri jawab.... baru kena bogel....

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang mati di perkarangan pejabat SPRM, seorang melayu seorang lagi Cina,,, berapa lama nak keluar kenyataan, KPN taichi pi ke AG, ding-dong.... tunggu kebenaran AG baru nak buat enkeus... oiii mati..... bukan kena bogel..... inikah layanan terhadap rakyat sendiri...

Yang aku hairan mana pergi kesatuan kastam, mana pi ceupacs,,, masing-masing diam... ingatlah.. itu baru terjadi pada arwah Ahmad Sarbini dan Teoh Beng Hock, tak mustahil satu hari nanti akan berlaku kepada suku sakat kita,,, itu jam baru kita nak rasa.... aaaaaa... padan muka.... sokong lagi UMNO...

1 comment:

  1. woi imoiresen, pendatang singapore yg kena bogey hari tu hgpa tak amik buat video lucah ka?? kalau ada haria mai la kat 1malaysia...depa nk tgkkkkkkkkkkkkkk. jgn lupa bagi sekeping disc kat rais yatim...

    ReplyDelete