Pages

Friday, June 17, 2011

Tuduhan jahat dari Rais anak yatim....

Salam Sejahtera,

Apa yang aku dok faham, geng penggodam ni tak puas hati bila SKMM tutup laman-laman web yang mereka dok download game dan movie, itu pasal mereka mengamok,,,

Tup-tup ada kaitan dengan BERSIH...pulak dah... kalau betullah sangkaan dan tuduhan Rais tu, kira OK juga, anak-anak Malaysia yang bijak-bijak IT bersama-sama menuntut keadilan,,,

Lepas ni aku harap biar penggodam ni pakat pi honggak laman WEB SPR, cari berapa ramai pengundi hantu, pengengundi yang mengundi 2-3 kali dan macam-macam tipu daya mereka... dedahkan kepada masyarakat umum,,, baru ada akai...





Bahasa

Rais percaya serangan godam laman web kaitan Himpunan Bersih 2.0

June 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Rais (gambar) juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digoda.

Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais.

Tambah beliau, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

“Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana “marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”

Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.

Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.

Menyentuh mengenai mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini, Rais berkata jemaah menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan siber dan kes-kes yang dianggap sebagai berprofil tinggi seperti menghina agama Islam, hasutan terhadap kaum dan mencerca dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak

3 comments:

  1. woi rais, apa benda yg hang dok meraban ni?

    ReplyDelete
  2. Rais Yatim is delusional (gila meraban)..i change my mode ..kah kah kah

    ReplyDelete
  3. rais indon...tgk rais igt amah. igt rais igt rogol. hahahaha menteri cap ayam.

    ReplyDelete